Assalamualaikum,
Saudara, adalah menjadi suatu kelaziman bagi manusia itu, termasuk yg Islam dan beriman itu, sukakan rakan taulan. Ketika bertemu pasti berborak, dan banyaklah tajuk-tajuk yg diboarkkan mereka. Itu di kalangan lelaki. Dikalangan perempuanpun serupa. Ketika bertemu banyaklah yg diceritakan, termasuklah menceritah hal-hal orang selain brcerita tentang perkara-perkara yg tidak mendatangkan manfaat, spt program tv malam tadi atau cerita yg didengar dari sifolan dan sifolan dan sebagainya.
Saudara, di dalam Islam itu Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umatnya supya berdiam saja sahaja kalau tiada yg bermanfaat hendak dikatakan atau diucapkan atau diceritakan kpd orang lain. Dalam hadith berikut pula kita diperingatkan akbibat bercakap sesuka hati atau sukar bercakap yg tidak berfaedah.
Diriwayatkan hadith dari Isa b Thalhah hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya seorang lelaki (atau perepuan) nescaya bercakap-cakap dgn beberapa kalimah (yg dicakapkannya) tidak melihat (yakni, persan) dia akan bahaya kata-katanya itu yg menjerumuskannya (kerana kata-kata itu) selama 70 tahun (yakni, disiksa selama) dalam neraka.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara, oleh yg demikian, jadikanlah tabiat harian kita mulai hari ini jangan banyak bercakap, jangan suka berbual-bual kosong atau jangan suka duduk di kedapai kopi mamak minta secawan teh, duduk semeja dgn rakan taulan, terutama yg suka berbual-bual kosong, kerana tidak tau kita dalam perbualan kita itu kita banyak mendapat dosa, dan kita terjerumus ke dalam neraka kerana sepatah kata selama 70 tahun. Ingatlah sehari di akhirat adalah bersaman dgn 1,000 tahun kiraan waktu dunia!
Adalah lebih baik menyendiri dan berzikir dgn pelbagai zikir yg mengingati Allah (a.w) atau berselawat, yg mendatangkan banya pahala kpd kita. Malah kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya berdoa dgn kalimah:
'Allahumma inni nasalukal jannah, wama qarraba ilaiha min qaulin au 'amalin; wa-na'uzubika minnan nari, wama qarraba ilaha min qaulin au 'amalin'
Maksudnya: Ya Allah (a.w)! Sesungguhnya aku memohon kpdMu syurga dan segala sesuatu yg menghampirkan aku kpdnya dari (yakni, kerana) ucapanku dan amalanku (atau, perbuatanku); dan aku memohon perlindungan dgnMu dari neraka dan segala sesuatu yg menghampirkan aku kpdnya dari (yakni, kerana) ucapanku dan amalanku (atau perbuatanku).'
Mudah-mudahan saudara amalkan doa ini setiap kali sesudah menyelesaikan solat fardhu yg lima, insya Allah.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan