Sahabat Ilmu

Rabu, 8 Mac 2017

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 007๐Ÿ’Š

"Sebagai seorang pejuang Islam, sudah tentu bebanan dan tugas yang dipikul tersangat banyak. Oleh itu setiap pejuang memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan. Oleh itu kita kena menjaga ibadah dengan baik, solat perlu menjadi makanan harian, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma’thur, beristighfar kepada Allah dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw"

#Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup yang bahagia.

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 006๐Ÿ’Š

"Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang pejuang Islam. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Islam dan perjuangannya. Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat"

#Ikhlaslah hanya kerana Allah swt...
#Berjuanglah demi mencapai keredhaan Allah swt...

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 005๐Ÿ’Š

"Sifat sabar itu memang pahit. Namun, kepahitan ini seperti ubat yang akan membawa kesembuhan bagi tubuh yang sakit"

#Sifat sabar mengandungi banyak hikmah dan manfaatnya.
#Sebagai pejuang maka kita kena banyak sabar kerana perjuangan memerlukan masa yang lama dan panjang.
#Berdoalah pada Allah agar kita sentiasa tenang dan sabar.

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 004๐Ÿ’Š

Berkata seorang ulamak Tabien Madinah, Abu Hazim Salamah bin Dinar:

"Tidaklah seseorang memperbaiki hubungannya dengan Allah swt, melainkan Allah akan memperbaiki hubungannya dengan semua hambaNya. Tidaklah seseorang yang merosakkan hubungannya dengan Allah swt, melainkan Allah akan merosakkan hubungannya dengan semua hambaNya"

#Baiki dan pulihkan hubungan kita dengan Allah swt. Jadilah manusia yang patuh, taat dan bertaqwa, moga Allah sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 003๐Ÿ’Š

Jangan kita menyangka mereka yang selama ini mendabik dada berjuang Islam selama-lamanya kekal istiqamah, tetapi akhirnya ada juga yang lari terjun meninggalkan perjuangan. Di sinilah kita diajar dalam setiap solat membaca, memahami dan juga menghayati ayat:

ุงู‡ุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” (Surah al-Fatihah 6)

Kenapa kita mengulang-ulang permintaan yang sama ini setiap kali solat? Apa belum luruskah jalan kita selama ini? Bukan bermaksud begitu. Sebaliknya jalan lurus ini sangat mencabar. Bermacam dugaan di sepanjang jalan, memerlukan bantuan hidayah dan pertolongan daripada Allah sentiasa.

#Tingkatkan ilmu, kefahaman dan amal2 yang soleh sebagai penguat jiwa dan dalaman.
#Mohonlah bantuan Allah swt agar sentiasa istiqamah.
#Lazimkan diri di dalam majlis2 ilmu, majlis zikir, majlis Quran, usrah dan majlis2 yang mendatangkan hidayah dan kekuatan iman.

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 002๐Ÿ’Š

Firman Allah swt:

ูˆَู„ْุชَูƒُู† ู…ِّู†ูƒُู…ْ ุฃُู…َّุฉٌ ูŠَุฏْุนُูˆู†َ ุฅِู„َู‰ ุงู„ْุฎَูŠْุฑِ ูˆَูŠَุฃْู…ُุฑُูˆู†َ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆูِ ูˆَูŠَู†ْู‡َูˆْู†َ ุนَู†ِ ุงู„ْู…ُู†ูƒَุฑِ...

“Dan hendaklah ada dari kalangan kamu suatu kumpulan umat yang menyeru kebaikan, mengajak kemakrufan dan mencegah kemungkaran..” (Surah Aali-Imran 104)

*"Bekerja untuk kemenangan Islam hendaklah sentiasa dimuhasabah agar ia sentiasa selaras dengan tuntutan ilmu dan akhlak Islam. Demi menjamin keberkesanan gerakan dakwah dan perjuangan Islam, kerja yang tersusun dan berterusan dalam gerakan adalah merupakan faktor yang terpenting"*

#Pastikan setiap pejuang bertambah ilmu dan amalnya setiap hari.
#Bekerjalah secara berjemaah, berakhlak, berterusan dan tersusun (perancangan rapi).
#Sampaikan kebenaran dan cegahlah kemungkaran mengikut kemampuan masing2.

๐ŸŠUst naim
Teratak Hijau Putih

๐Ÿ’ŠTazkirah Usrah 001๐Ÿ’Š

"Perjuangan Islam hendaklah didasari dengan aqidah yang benar dan teguh. Tanpa aqidah yang benar dan teguh maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafiq yang ikut bersama Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada Aqidah Islamiyyah. Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah swt. Aqidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan. Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila aqidah kita tidak kukuh"

#Kukuhkan aqidah dan mantapkan amal soleh.
#Perjuangan mesti berpaksikan aqidah yang benar lagi sahih.

๐ŸŠUst Naim