Sahabat Ilmu

Rabu, 8 Februari 2017

Gong Xi Fa Cai


Himpunan H355


Jangan Cepat Menghukum Orang

Disebut dalam sebuah Hadis al-Qudsi, bahawa di dunia dahulu terdapat dua orang bersaudara dari kalangan Bani Israel. Salah seorangnya sangat baik manakala seorang lagi sangat jahat. Suatu hari yang baik menggelarkan yang jahat sebagai ahli neraka dan dosanya tidak mungkin akan diampunkan Allah. Lalu Allah mematikan kedua-duanya serta memanggil mereka menghadap-Nya. Akhirnya Allah memasukkan yang jahat ke dalam syurga manakala yang baik dicampakkan ke dalam neraka.

Berikut adalah nas sebenar hadis yang dinyatakan dalam kisah di atas:

كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ

“Pada zaman dahulu, terdapat dua orang lelaki dari kalangan Bani Israel yang bersaudara tetapi berbeza karakternya, salah seorangnya pelaku dosa dan seorang lagi rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah ini melihat saudaranya berbuat dosa, ia menyuruhnya untuk berhenti dari perbuatan dosanya.

Pada suatu hari ahli ibadah itu berkata lagi; Berhentilah dari berbuat dosa. Pelaku dosa itu menjawab; Biarkan aku, Allah telah menetapkan aku bahawa engkau diutus-Nya untuk mengawasi apa yang aku lakukan. Lantas ahli ibadah itu menempelaknya; Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni-Nya atau kamu tidak mungkin dimasukkan Allah ke dalam syurga.

Kemudian Allah mencabut nyawa kedua-dua lelaki itu dan mengumpulkan keduanya di hadapan Allah Rabb al-‘Alamin. Allah berfirman kepada lelaki ahli ibadah itu; Apakah kamu lebih mengetahui daripada Aku? Adakah kamu dapat mengubah apa yang telah berada dalam kekuasaan tangan-Ku? Kemudian Allah berfirman kepada pelaku dosa itu pula; Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah itu dikatakan; Masuklah orang ini ke neraka.” (Riwayat Abi Daud)

Ini menunjukkan bahawa semua perkara adalah bidang kuasa Allah Ta’ala. Kita sebagai hamba tidak boleh campur tangan dengan menentukan sama ada orang itu ahli syurga atau ahli neraka.

Senario orang kita hari ini mudah sangat menuding orang ini ahli neraka, orang ini jahat sampai mati, dosanya tidak terampun. Sedangkan nasib kita sendiri akan datang pun kita tidak tahu.

Dakwah adalah kewajiban setiap individu Muslim, tetapi menghakimi seseorang dengan menentukan takdirnya bukanlah urusan manusia. Boleh jadi di dunia dia jahat, tetapi di akhirat kelak Allah memasukkan dia ke dalam syurga-Nya.

#Beramallah dengan ikhlas dan ajaklah orang lain kpd kebaikan
#Jangan ada rasa hebat, riyak dan sombong dlm diri dan dlm amalan, kelak binasa
#Doalah kpdNya agar dikekalkan kita atas hidayah Islam dan agar org lain jg mdpt hidayah agar sama2 dpt ke syurgaNya

🐊Ust naim

TAUBAT

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadilawal 1438H☆

فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ مُبِينٌ

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata" [Surah az-Zariyat 50]

#Bagi manusia-manusia yang bersalah, berdosa, tersalah dan terlanjur maka segeralah kembali ke jalan taubat dan kembali mentaati Allah swt, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang diancam oleh Allah swt dengan ancaman azab.

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan" [Surah az-Zumar 54]

#Nabi saw bersabda:

“Seandainya kamu berbuat dosa sehingga tompokan dosa itu setinggi langit kemudian kamu benar-benar bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubat kamu” (Sahih Ibnu Majah)

#Wahai seluruh umat Islam, pintu taubat ada di hadapan kita dan sentiasa terbuka luas, ia menanti kedatangan kita. Jalan orang-orang yang bertaubat telah dihamparkan. Ia merindukan pijakan kaki kita. Maka ketuklah pintunya dan tempuhlah jalannya. Mintalah taufik dan pertolongan kepadaNya untuk membantu kita.

إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ

“Sesungguhnya Tuhanmu sangat luas ampunannya” (Surah an-Najm 32)

♡Ingatlah!! Hati tidak akan menjadi baik, merasa bahagia, tenang dan tenteram kecuali dengan beribadah kepada Rabbnya, cinta dan kembali kepadaNya (bertaubat)♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN        
bit.ly/tadabburkalamullah
 
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

NUKILAN PERJUANGAN

"Peribadi yang lahir dari acuan aqidah Islam yang benar, fikrah Islam yang jelas dan akhlak Islam yang soleh, yang akan mewarnai kehidupan yang sejahtera di dunia dan terpelihara di akhirat"

#Murnikan aqidah, teguhkan iman dan kualitikan amalan

🐊Ust naim

UJIAN - Rezeki


RENUNGAN BERSAMA

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI...*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI...*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH...*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
*LAUT INI PENUH BERKAT...*

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim, Walau sekadar doa.

Fakta Angka 2


Fakta Angka 1


Jumaat, 18 November 2016

Nukilan Santai

Sungguh sombong manusia yang tidak memerlukan petunjuk-Nya atau mereka-rekanya sesuai dengan pikirannya sendiri. 

Rabu, 9 November 2016

Lubang besar dijalan raya

TOKYO: Satu kejadian lubang benam gergasi berlaku di tengah bandar Jepun pada Selasa, 'menelan' sebahagian daripada jalan besar dengan lima lorong.

Lubang besar itu berkeluasan kira-kira 20 meter kali 15 meter, mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Fukuoka.

Dikhuatiri lebih banyak runtuhan akan berlaku.

Rakaman televisyen menunjukkan dua lubang berasingan membesar berikutan mendapan tanah di hadapan stesen kereta api Hakata selepas pukul 5 pagi (waktu tempatan).

"Keadaan gelap di luar, dan sangkaan pertama saya, adakah jalan betul2 runtuh?" kata seorang pemuda yang menyaksikan kejadian lubang benam kepada penyiar NHK.

"Bila saya lihat, dua lubang sudah ada di sana, dan ia terus menjadi lebih besar.

"Yang paling saya takuti adalah sebatang tiang lampu isyarat jatuh di persimpangan jalan di tempat saya berdiri. Saya rasa, saya perlu keluar dari sini," katanya.

Lubang itu terus membesar dan menjelang pagi ia berada pada kedalaman dua tingkat, dan ditakungi air akibat saluran paip pecah.

Polis menutup kawasan berkenaan dan melakukan proses pemindahan di bangunan sekitar.

Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan.

Biro pengangkutan Fukuoka berkata, projek pengembangan yang sedang berjalan di sebuah laluan kereta api bawah tanah berdekatan, mungkin dikaitkan dengan punca lubang benam berlaku.

Fukuoka merupakan bandar terbesar di pulau Kyushu di Jepun. - AFP

Nak Jadi Alim??

Berkata Al- Imam Abu Haazhim -رحمه الله- (wafat thn 140 H) :

” لاَ تكون عَالمًا حتَّى تكُونَ فيِكَ ثلاث خِصالٍ: لاَ تَبغِي عَلىَ مَنْ فوقكَ، وَلاَ تحقرْ مَنْ دُونَكَ، وَلاَ تأخذْ عَلىَ عِلْمِكَ دُنْيَا “

“Engkau tidak akan menjadi 'alim (orang yang berilmu)  kecuali padamu ada tiga perangai:

1. Tidak bersikap yang melampaui batas terhadap yang di atasmu (ilmunya -pent-),

2. Jangan engkau rendahkan yang di bawahmu (ilmunya -pent-),

3. Janganlah dunia tujuanmu dalam Ilmu agama ini.

[Sumber: Syu'abul Iman Karya Imam Baihaqi,  jilid 2, hal 288]

Selasa, 8 November 2016

Insan Yang Dirindui Dirinya dan Kalamnya


HASAD/DENGKI YANG TERPUJI

عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «لا حسد إلا في اثنتين رجل علمه الله القرآن فهو يتلوه آناء الليل وآناء النهار، فسمعه جار له، فقال: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل، ورجل آتاه الله مالاً فهو يهلكه في الحق، فقال رجل: ليتني أوتيت مثل ما أوتي فلان فعملت مثل ما يعمل

Maksudnya: "Tiada hasad melainkan dalam dua keadaan":

1. Iaitu seorang lelaki yang Allah mengajarkannya al-Quran lalu beliau membacanya sepanjang malam dan siang lalu didengari oleh jirannya lalu jirannya berkata: Alangkah baiknya jika aku diberikan sebagaimana diberikan fulan tadi aku beramal sebagaimana dia beramal. 

2. Dan seorang lelaki yang diberikan Allah harta kemudian dia menggunakannya di jalan yang benar. Lalu lelaki tersebut berkata: Alangkah baiknya aku diberikan sebagaimana diberikan kepada fulan, aku beramal sebagaimana dia beramal.


MASA YANG MAHAL

MASA


Pesanan Ustaz Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man

Malam ini pendek saja.

Bayangkan kita mempunyai sebuah akaun yang memberikan kita RM86,400 setiap subuh.

Tapi akaun ini tidak membawa baki ke hari esok. Apa yang tidak dapat dihabiskan hari ini, akan dihapuskan pada waktu malam.

Apa yang kita akan buat?

Sudah tentu kita akan mengeluarkan setiap sen daripada akaun tersebut tiap-tiap hari sebelum malam.

Betul tak?

.........
.........
.........

Sebenarnya Allah telah memberikan setiap kita, satu akaun bank yang sebegitu.

Akaun itu bernama 'MASA'.

Setiap subuh, Allah memberikan kita 86,400 saat untuk digunakan.

Pada setiap malam, masa yang tidak dilaburkan untuk perkara berfaedah akan dilupuskan setiap malam.

Ia tidak berbaki. Ia tidak berhutang.

Apa yang hilang, adalah kehilangan pada kita sendiri kerana tidak melaburkan hadiah yang diberikan Allah tiap-tiap hari dengan baik.

Kita tidak boleh mengambil kembali masa yang hilang. Kita juga tidak boleh meminjam masa daripada hari 'esok'.

Duit (Masa) yang ada hari ini perlu dihabiskan dalam hari ini. Oleh itu, laburlah pada perkara-perkara yang memberikan kesihatan, kegembiraan dan kejayaan.

Jam tengah berjalan. Gunalah sebaiknya anugerah Allah itu.

Senyum

ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA

☆Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1438H☆

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia maha halus urusan pentadbiranNya, lagi maha mendalam pengetahuanNya!"(Surah al-Mulk 14)

#Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah mengatakan maksud al-Lathif itu ialah:

1. Allah mengetahui segala sesuatu secara detail.
2. Allah selalu berbuat baik, penyayang terhadap hamba-hambaNya.

#Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

أَنَّهُ لَطِيفٌ يُدْرِكُ الدَّقِيقَ خَبِيرٌ يُدْرِكُ الْخَفِيَّ وَهَذَا هُوَ الْمُقْتَضِي لِلْعِلْمِ بِالْأَشْيَاءِ

“Allah itu Lathif, maksudnya mengetahui segala sesuatu secara terperinci (detail). Dan Khabir, maksudnya mengetahui segala yang tersembunyi (samar). Hal ini menunjukkan luasnya ilmu Allah terhadap segala sesuatu"

#Ini menunjukkan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang ada dalam hati berupa berbagai niat dan keinginan. Begitu juga dengan setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukan maka Allah tahu dan lihat kesemuanya?!

#Allah swt berfirman:

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

“Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.” (Surah az-Zukhruf 80)

#Seseorang pernah bertanya pada Nabi saw:

وَمَا تَزْكِيَةُ النَّفْسِ ؟

“Apakah yang dimaksudkan dengan hati yang bersih (suci)?”

Baginda saw menjawab:

أَنْ يَعْلَمَ أَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ مَعَهُ حَيْثُ كَانَ

“(Iaitu) seseorang mengetahui bahawa Allah ‘azza wa jalla selalu bersamanya di mana saja dia berada” (HR at-Thabrani. Sahih)

♡Pengetahuan Allah meliputi segala hal ehwal alam ini. Samada yg kita lakukan pahala atau dosa, baik atau buruk semuanya di bawah pengawasan dan pengetahuan Allah. Lakukan kebaikan shj sepanjang kehidupan. Pastikan kita berwaspada dgn dosa dan kemurkaan Ilahi♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN      
bit.ly/tadabburkalamullah
 
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Mutiara Kata

Cintailah Ilmu, Kejarlah Ilmu dan Aplikasikan Ilmu dengan mengamalkannya. InsyaAllah kita mampu menjadi Hamba Allah yang berjaya didunia dan akhirat. 

Yang penting, jangan sombong dengan Ilmu yang kita miliki, seperti yang disabdakan oleh yang mulia Rasulullah saw:

"Sebarkan ilmu dariku walaupun satu ayat". 

Semoga kita menjadi Hamba Illahi yang taat.

Belajarlah... Jangan sesekali rasa alim...

Seorang penyair berkata:
ما حوى العلم جميعا أحد
لا ، ولو مارسه ألف سنة
“Tak ada seorangpun yang dapat menguasai semua ilmu yang ada, Tak akan dapat, meskipun ia mempelajarinya selama seribu tahun lamanya”.
(Miftahus Sa’adah, Ahmad bin Musthafa : 1/6).

Kata-Kata Hikmah

Imam al-Khathib al-Baghdadi:
العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما
“Orang alim dapat mengenali orang jahil karena dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”. (Al Faqih Wal Mutafaqqih : 2/365).

Selasa, 25 Ogos 2015

Janji kemenangan

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَا ۚ وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَإِ الْمُرْسَلِينَ

"Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu"

[Surah Al-An'aam 34]

#Dalam Tafsir Ibnu Kathir dijelaskan bahawa ayat tersebut merupakan satu hiburan dan ta’ziyah bagi nabi saw lantaran didustakan oleh kaumnya.

#Ayat ini juga merupakan perintah kpd Baginda saw agar bersabar seperti sabarnya para ulul ‘azmi dan merupakan janji dari Allah iaitu akan diberi pertolongan dan kemenangan seusai didustakan dan disakiti, sebagaimana firman Allah swt di dlm surah al-Mujadalah ayat ke-21:

كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (pasti menang terhadap golongan yang menentang)". Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa"

#Perjuangan menegakkan Islam pasti akan dirintangi dgn pelbagai ujian dan cabaran. Bersabarlah, nescaya Islam dan perjuangan Islam pasti akan menang akhirnya.

♡Janji kemenangan oleh Allah itu pasti dan berjuanglah tanpa rasa putus asa♡

🐊Ust naim
-https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
-http://ustaznaim.blogspot.com

Redha Allah

Telah berkata Aisyah ra tentang sabda Rasulullah,

مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللهِ بِسُخْطِ النَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ وَ أَرْضَى عَنْهُ النَّاسِ وَ مَنِ الْتَمَسَ رِضَى النَّاسِ بِسُخْطِ اللهِ سَخِطَ اللهُ عَلَيْهِ وَ أَسْخَطَ عَلَيْهِ النَّاسَ.

Artinya, “Barangsiapa yang mencari ridha Allah dengan kemurkaan manusia, maka Allah akan ridha kepadanya dan akan membuat manusia ridha kepadanya. Sedangkan orang yang mencari ridha manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah akan murka kepadanya dan akan membuat manusia murka kepadanya.”(HR. Ibnu Hibban, Mawaridh adh-Dham’an; 1542)

5 Ujian

Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah saw bersabda

,الْمُؤْمِنُ بَيْنَ خَمْسِ شَدَائِدَ: مَؤْمِنٌ يَحْسُدُهُ, وَ مُنَافِقٌ يُبْغِضُهُ, وَ كَافِرٌ يُقَاتِلُهُ, وَ نَفْسٌ يُنَازِعُهُ, وَ شَيْطَانٌ يُضِلِّهُ.

Artinya, “Orang mu’min senantiasa berhadapan dengan lima ujian yang menyusahkan, yaitu:

-oleh mu’min yang mendengkinya,
-oleh munafik yang selalu membencinya,
-oleh kafir yang selalu memeranginya,
-oleh nafsu yang selalu bertarung untuk mengalahkannya, dan
-oleh setan yang selalu menyesatkannya.”

(Al-Firdaus bi Ma’tsur al-Khithob, 4/181)

Gementar Hati

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"

[Surah Al-Anfal 2]

#Sejarah awal Islam menyaksikan org spt Sayidina Umar al-Khattab yg keras hatinya dan kuat menentang Islam, boleh bergetar hatinya dan cair egonya ketika mendengar bacaan al-Quran buat pertama kalinya lalu terus memeluk Islam

#Kenapa hati kita tidak bergetar membaca ayat2 Quran yg menyebut nama Allah dan janji2Nya??

#Kenapa dgn membaca al-Quran, tdk timbul rasa hina diri di depan Tuhan dan kita tdk dpt menghayati kebesaran dan keagungan Allah melalui kalamNya?

#Salah satu drpd sebabnya krn ayat2 yg dibaca itu tidak difahami maksudnya dan kita pun tidak mahu berusaha utk memahaminya, selain kerana hati yg kotor dan terhijab. Maka tidaklah dpt membezakan antara ayat2 rahmat dan ayat2 azab

#Sejarah menyaksikan bagaimana generasi sahabat yang mendapat sentuhan keimanan dari Rasulullah SAW benar-benar tersentuh dengan al Quran. Kata Hassan Al Banna bagi mereka al Quran umpama arus elektrik, semakin sensitif jiwa mereka semakin terasa sentuhan al Quran.

#Diceritakan bahawa Sayidina Umar r.a ketika menjadi Khalifah pernah pada suatu malam keluar mengintai keadaan umatnya. Ketika sampai disebuah rumah dia lalu terdengar bacaan al Quran surah at Thur. Ketika sampai ayat yang ke 7 dan 8: “Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya”, ketika itu dia berkata, ini memang janji yang benar lalu dia terus rebah dan pengsan. Sayidina Aslam yang bersamanya lalu menggendongnya pulang. Sayidina Umar RA selepas itu sakit selama sebulan..

♡Subhanallah, dahsyatnya keimanan mereka sehingga berjaya memperolehi impak maksimum gegaran hati bila disebut nama dan kalam Allah.. kita bagaimana???♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Dengar Quran

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"

[Surah Al-Araf 204]

#Imam at-Tabari dlm tafsirnya menjelaskan, ayat ini menyuruh kita agar bukan hanya mendengar ayat2 suci al-Quran, malah kita perlu memahami dan mengambil pengajaran drpd ayat2 suci yg didengari itu.

#Kita blh mdapat pahala bkn shj dengan membaca al-Quran, malah dgn mendengarnya jg kita blh mdpt ganjaran

#Ganjaran ini akan diperolehi dgn lumayan lbh2 lagi jika kita mendengarnya dlm solat

#Selain itu, ganjaran akan bertambah lumayan jika mendengar dan memahami tuntutannya serta tadabbur dgn sepenuh jiwa

#Mari kita renungi perkataan Imam Ibnu Jarir ath-Thabari:::

"Aku betul-betul merasa aneh terhadap orang yang membaca al-Quran, akan tetapi dia tidak mengetahui tafsirnya, bagaimana dia dpt menikmati bacaan al-Qur’an?"

#Dari ‘Abdullah bin Syaddad bin Had mengatakan: “Aku pernah mendengar Umar membaca surah Yusuf dalam solat Subuh dan aku mendengar isakan tangisnya. Aku berada di akhir saf. Tangisannya saat beliau sedang membaca surah Yusuf 12:86: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihankanku"

♡Indahnya kalam Allah bila difahami dan dihayati serta diamalkan dlm kehidupan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

♡Hukum Simpan Kuku Panjang♡

☆Perbuatan menyimpan kuku yg panjang melebihi kebiasaan merupakan perbuatan yg menyalahi sunnah Nabi saw.

☆Perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh hukumnya dlm kalangan majoriti ulama.

☆Bahkan, jika lbh drpd 40 malam kuku tsebut tidak dipotong, maka hukumnya adalah tersangat2 makruh. Sebahagian ulama' menghukumkan haram. Pdgn ini dipilih oleh Imam as-Syaukani dlm kitab Nayl al-Author

☆Bkata Imam an-Nawawi dlm kitabnya al-Majmu': Penetapan tempoh masa dlm perbuatan memotong kuku dalah bergantung kpd situasi seseorang. Apabila dilihat sudah panjang melebihi kebiasaan, maka hendaklah dipotong

♡Sesungguhnya, setiap perkara yg diajar oleh Nabi saw ada hikmah dan kebaikannya♡

~Ust naim

Bidadari Syurga

♡Tadabbur Kalamullah♡

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

"Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya"

[Surah Ad-Dukhan 54]

#Bidadari syurga di gelar Hurul Ain

#Makhluk yg tersangat indah yg diciptakan Allah sbg hadiah utk hamba2Nya yg soleh, beriman dan bertaqwa

#Mereka tinggal tetap di dlm syurga menunggu kehadiran calon suaminya yg beriman ketika di dunia

#Bidadari terdiri drp para gadis yg cantik jelita. Tdk ada persamaan dgn segala kecantikan yg ada di dunia

#"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan" (Surah ar-Rahman 58)

#"Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)" (Surah al-Waqiah 36)

#"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya" (Surah as-Saffat 48)

♡Ingatlah bahawa tiada bidadari buat org kafir, fajir (sering melakukan dosa), munafiq, penderhaka dan pelaku maksiat♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
(5 Jun 2015)

Maksud Syukur

♡Tadabbur Kalamullah♡

 ....وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

...."Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"

[Surah Saba' 13]

#Menurut Makhlad bin al-Hussain bahawa syukur adalah meninggalkan maksiat

#Abu Hazm berpdpt bahawa setiap nikmat yg tidak sedikitpun mendekatkan diri seorang hamba kpd Allah sbg penciptanya maka ia adalah bencana

#Tdpt satu atsar yg diriwwayatkan oleh Hasan al-Basri:

Nabi Musa berdialog dgn Allah swt, kata Musa: Wahai Tuhanku, bagaimana seharusnya Adam menunaikan syukur kpdMu atas apa yg Engkau kurniakan kpdnya. Engkau jadikannya dgn TanganMu. Engkau tiupkan kpdnya RuhMu. Engkau tempatkan dia di dlm SyurgaMu. Engkau arahkan malaikatMu sujud kpdnya, maka mereka semuanya sujud kpdnya. Lantas Allah berfirman: "Wahai Musa, Adam mengetahui bhw semua nikmatnya itu drpKu, lantas dia sentiasa memujiKu dgn mengucapkan Alhamdulillah. Maka itu adalah kesyukuran atas apa yg Aku anugerahkan kpdnya"

#Menurut Ibnu Mas'ud r.a: "Iman itu ada 2 bahagian. Sebahagiannya sabar dan sebahaiannya lg ialah syukur"

♡Lawan bg syukur ialah kufur♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
(4 Jun 2015)

Dosa

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

[Surah Al-Baqarah 160]

#Dlm memahami hal ini, Abu al-Laits as-Samarqandi menjelaskan bhw dosa manusia terbahagi kpd 2 jenis iaitu:

1. Dosa antara manusia terhadap Allah.

-Dosa dgn Allah akan terampun dgn bertaubat ttpi dgn 3 syarat:
a.Menyesal dlm hati
b.Berniat tdk mengulangi kesalahan
c.Membaca istighfar dgn lidah

2. Dosa sesama manusia

-Dosa dgn manusia hendaklah memohon maaf dgn orang terbabit. Selagi manusia itu tdk memaafkan atau menghalalkan maka dosa itu masih belum terampun

#Kata hukamak:

"Bangunkan semula apa yg telah kamu robohkan. Cucilah semula apa yg telah kamu palitkan najis. Perbaikilah apa yg telah kamu rosakkan. Jernihkan semula apa yg telah kamu keruhkan. Pulangkan semula apa2 yg sudah kamu terambil dgn cara tidak sah dan kembalikanlah kpd Tuhanmu apa yg telah engkau larikan drpNya tanpa izinNya"

♡Sesungguhnya rahmat Allah kpd manusia sgt luas. Allah memberikan jln kembali kpd ketaatan, ampunan dan rahmatNya..Rebutlah peluang keemasan ini♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
(3 Jun 2015)

Api Dunia dan Api Neraka

♡Tadabbur Kalamullah♡

أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ # أَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ # نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ

Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71) Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? (72) Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai "peringatan" (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir (73)

[Surah Al-Waqiah 71-73]

#Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimah 'peringatan' ini dgn berkata:

"Maknanya, api dunia ini sbg peringatan bagi api akhirat yg paling besar"

#Imam al-Zamakhsyari dlm Tafsir al-Kasyaf mengatakan:

"Allah menggantungkan sebab2 kehidupan dgn api, jg membuat seluruh manusia memerlukannya agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah swt"

#Demikianlah firman Allah yg memberi perkhabaran mengenai api neraka agar manusia meninggalkan amalan dan sikap yg mengundang kemurkaanNya serta mjadi penyebab dihumban ke dlm api neraka

♡Jauhi dosa kerana api neraka 70 kali ganda kepanasan api dunia♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Derita di Mahsyar

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa"

[Surah Ibrahim 48]

#Dijelaskan dlm Tafsir Ibnu Abbas:

"Iaitu hari perubahan bumi dengan bumi yang lain dengan keadaan yang berbeza. Pergantiannya iaitu ditambah dan dikurangi misalnya diratakan gunung dan lembahnya"

#Drp Sahl bin Sa'id as-Sa'idiy r.a drp Nabi saw:

"Tuhan akan himpunkan semua manusia pd hari kiamat di atas satu bumi yg putih kemerah-merahan spt sebiji roti gandum putih yg baharu dibakar. Bumi yg suci bersih tidak ada pdnya gunung ganang@ bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda@ kesan yg menunjukkan bahawa bumi itu pernah didudiki@ dimiliki orang" [al-Bukhari&Muslim]

#Imam at-Tabrani meriwayatkan bhw manusia akan berdiri di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun dlm keadaan tdk diberi makan dan minum. Tekak dan leher pecah akibat kehausan yg maha luar biasa. Perut terasa terbakar krn kelaparan yg sudah tidak tertanggung

#Tempoh 50ribu tahun tsebut adalah mengikut jangka masa hari ini. Dlm surah as-Sajdah ayat 5 dikatakan bhw sehari di akhirat spt kadar 1000 tahun didunia

#Namun, mufassirin menyebut lbh drp 50000 tahun sbgmana dinyatakan dlm surah al-Maarij ayat 4 (Lihat Tafsir Ibn Kathir)

#Tdpt byk penderitaan yg akan dilalui manusia di mahsyar:

1. Manusia berada dlm keadaan takut dan cemas (an-Naazi'at ayat 8-9)

2. Berdiri terjemur di bawah panas matahari yg panasnya hanya Allah yg mengetahui (rujuk HR Muslim&Tirmizi)

3. Berdiri dlm banjir peluh yg mencurah-curah (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

4. Berdiri dlm keadaan telanjang tanpa seurat benang di tubuh (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

#Apa yg patut kita lakukan utk meringankan kesusahan di mahsyar?

Bkata Abdullah bin Abbas r.a: "Sesiapa yg ingin diringankan oleh Allah swt ketika berdiri di Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah pd malam hari dlm keadaan sujud dan berdiri krn takutkan dahsyatnya akhirat" (Ibn Jarir, Tafsir ath-Thabari)

♡Beristiqamahlah dgn apa shj amalan soleh yg memungkinkan kita diberi kemudahan ketika berhimpun di Pdg Mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim