Sahabat Ilmu

Isnin, 27 Julai 2009

HUKUM BERSENTUHAN DALAM ISLAM

SOALAN:
Mengapakah ada yang mengatakan suami isteri tidak batal wuduknya jika bersentuhan?

JAWAPAN:
Ulama keempat-empat mazhab berbeza pendapat mengenai hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang ajnabi, samada membatalkan wudu' atau tidak. Mengikut mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki, tidak batal wuduk. Manakala mengikut mazhab syafii, batal wuduk.

Yang mengatakan tersebut, mungkin mengikut mazhab selain dari mazhab Syafii. Sebagai orang awam, kita wajib mengikut salah satu dari empat mazhab agar terselamat ibadah kita dari berbagai pendapat yang bertentangan. Oleh itu, jika anda seorang yang bermazhab Syafii, carilah guru dan kelas yang mengajar Fiqh Mazhab Syafii. Agar ia tidak terkeliru dengan pendapat-pendapat mazhab lain.

Begitu juga, jika kita ragu-ragu terhadap apa jua yang disampaikan, wajib kita bertanya guru tersebut atau ahli agama lain tentang pendapat tersebut mengikut mazhab mana.


SOALAN:
Adakah batal wudhu seseorang itu jika lelaki bersentuhan kulit dengan adik perempuan/ kakak kepada datuk/ nenek (nenek saudara)?

JAWAPAN:
Adik perempuan bagi datuk adalah nenek saudara seseorang. Nenek saudara tiada ikatan darah yang langsung kepada seseorang. Oleh itu, batal wuduk jika bersentuhan dengan nenek saudara, tidak kira samada sebelah ibu atau bapa.

SOALAN:
Adakah sentuhan antara sepupu membatalkan wudhu'?

JAWAPAN:
Islam membenarkan perkahwinan antara sepupu kerana mereka bukan mahram. Maka, bersentuhan antara mereka tanpa berlapik adalah membatalkan wuduk.

SOALAN:
Batalkah wudhu' jika tersentuh antara adik beradik tiri?

JAWAPAN:
Adik beradik tiri, samada sebelah bapa atau ibu, adalah seperti adik beradik sendiri. Tidak batal wudhu' antara mereka, dan tidak batal wudhu' dengan anak-anak mereka.


SOALAN:
Batalkah wudhu seorang wanita jika tersentuh dengan wanita bukan Islam? Bagaimana pula lelaki yang tersentuh lelaki bukan Islam?

JAWAPAN:
Tidak batal wudhu' wanita jika ia bersentuhan dengan wanita, tidak kira Islam atau bukan Islam. Begitu juga dengan lelaki. Wudhu wanita hanya batal jika ia bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya, termasuk suaminya. Dan sebaliknya untuk lelaki dan wanita yang bukan mahramnya, termasuk isterinya.

SUMBER: MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1) adakah batal wuduk jika bersentuhan antara ibu dan anak lelaki yang sudah baligh?
2) Dan anak perempuan yang baligh bersentuhan dengan bapa?
3) adakah juga batal wuduk jika anak lelaki dan anak perempuan seibu dan sebapa bersentuhan sebelum mengerjakan solat?

Tanpa Nama berkata...

haaahahahah jawab la sendriiiii?/??

Tanpa Nama berkata...

nampak nya pihak tuan tidak profesional mewujudkan blog ini..susah sangat ke nak jawab pertanyaan yang di ajukan????saya tahu saya jahil dalam bab agama...kalau saya tak keliru, tak kan saya tanya soalan pada pihak tuan.

IBNU MUSLIM berkata...

Maaf kerana lambat menjawab:

1.tak batal.
2.tak batal
3.tak batal

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Salam, apakah hukumnya bersentuhan dgn nenek kepada isteri kita. (nenek mentua)

IBNU MUSLIM berkata...

boleh salam..tq

Tanpa Nama berkata...

adakah wudhu seorang lelaki yg sudah baligh akan batal jika bersentuhan dengan kanak2 perempuan yg belum baligh?

IBNU MUSLIM berkata...

tak batal wudhuk

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. ustaz.
sy nak bertanya , adakah batal wuduk jika sy bersentuhan dengan anak sedara lelaki sy sendiri ?

diharap ustaz dapat membantu. terima kasih..

IBNU MUSLIM berkata...

waalaikumussalam..

tak batal wudhuk. tapi kalau anak saudara lelaki suami puan-batal wudhuk

tq