Sahabat Ilmu

Jumaat, 29 April 2011

KHUTBAH JUMAAT 22 APRIL 2011

cid:image001.gif@01CB4059.9ADCF4F0
Sidang Jumaat Sekelian
Menunaikan solat jumaat dan mendengar khutbah adalah salah satu program yang Allah aturkan untuk orang-orang yang beriman bagi mencapai ketaqwaan. Taqwa kepada Allah adalah aset penting manusia di muka bumi Allah ini. Kemuliaan seorang insan, menurut perspektif Islam, adalah berdasarkan ketinggian taqwanya . Islam tidak menilai kemuliaan seseorang insan berasaskan rupa paras, keturunan, warna kulit, bangsa, pangkat atau banyaknya harta benda.  Di samping ibadah solat, solat jumaat, berpuasa di bulan ramadhan dan ibadah2 yg lain yang menjana taqwa, taqwa juga dikaitkan dengan usaha menegakkan keadilan. Allah menyatakan di dalam Al-Quran , firmannya yg bermaksud:
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (al-Maidah)
Lihatlah betapa intimnya hubungan keadilan dengan ketakwaan. Oleh itu, kita wajib tegakkan keadilan hatta ke atas musuh kita iaitu orang yang kita benci !!!. Lawan keadilan adalah kezaliman . Jika Islam menyeru kita menegakkan keadilan, Islam juga dalam masa yang sama melarang kita melakukan kezaliman. Bahkan bukan sahaja kita dilarang melakukan kezaliman , cenderung kepada kezaliman pun dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman:
HUD: 113. dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang Yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Bagi melihat bagaimana ayat tersebut diterjemah ke dalam dunia realiti, saya ingin berkongsi kisah masyhur tafsiran seorang ulama Islam yang melarang seorang tukang jahit menjahit jubah seorang pembesar Islam yang zalim iaitu Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi. Hajjaj adalah seorang taghut yang telah banyak membunuh ramai orang Islam termasuk para ulama’. Al-kisah maka suatu hari jubahnya koyak dan beliau telah meminta para tukang jahit di seluruh Kota Bahgdad menjahit jubahnya yang koyak tersebut. Seorang demi seorang tukang jahit menolak permintaanya untuk menjahit jubahnya. Ditakdirkan Alllah ada seorang tukang jahit yang sudi mengambil jubah Hajjaj tersebut tetapi beliau meminta masa untuk menjahit jubah tersebut. Penangguhan itu kerana tukang jahit tersebut ingin meminta pendapat para ulama terlebih dahulu sebelum beliau memutuskan untuk menjahit jubah Hajjaj tersebut. Maka beliau telah berjumpa seorang ulama ( dikatakan ulama tersebut adalah Ibnu Sirrin) bagi mendapatkan fatwa tentang hal tersebut.
Ulama tersebut melarang tukang jahit tersebut menjahit jubah tersebut kerana jubah tersebut adalah milik seorang yang zalim. Ulama tersebut menyandarkan fatwanya di atas ayat “ Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang membuat zalim nanti kamu akan disentuh dengan api neraka.” Bagi ulama tersebut menjahit jubah sizalim adalah termasuk di dalam golongan mereka yang menyokong kezaliman atau cenderung kepada kezaliman.
Sidang Jumaat Sekelian..
Kalau menjahit jubah sizalim tergolong di dalam kategori menyokong kezaliman , bagaimanakah agaknya golongan yang mengubah hukum Allah taala dan digantikan dengan hukum bikinan manusia, menukar undang2 al-Quran seperti hukum sebat kepada penzina dan peminum arak, hukum potong tangan keatas pencuri, hukum bunuh kepada yg murtad kepada hukuman denda rm1000, 20020,3000, penjara setahun, 2tahun, 3 tahun, menipu dalam pilihanraya, menipu dalam pengagihan harta negara, menggubal akta yang zalim seperti ISA dan menggunakan akta zalim tersebut menangkap orang tanpa bicara dan banyak lagi. Kalau yang mengubah, menukar dan menggubal hukum yang zalim, begitu juga akta yang zalim dikira sebagai zalim, tidakkah golongan yang menyokong, memilih, membantu, bersekongkol, memberi undi bagi memastikan golongan yang zalim itu terus berkuasa dan mengekalkan akta zalim tersebut tidak termasuk di dalam golongan yang cenderung atau menyokong kezaliman ? Nescaya yang menyokong juga tidak akan lepas dengan kezaliman tersebut bahkan mereka juga akan terpalit dengan segala dosa kezaliman itu dan bakal dijilat oleh api neraka..
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w orang Arab jahiliyyah berpegang kepada fahaman asabiyyah ( nasionalisme ) yang amat kuat. Asabiyyah jahiliyyah membenarkan mereka menolong kaum dan suku sakat mereka tanpa mengira kaum mereka menzalimi orang lain atau dizalimi oleh orang lain. Di dalam kedua-dua keadaan tersebut , Arab jahiliyyah akan tetap menolong dan membantu kaum mereka. Rasulullah s.a.w. mengubah konsep dan cara berfikir yang menyeleweng tersebut. Rasulullah s.aw menyatakan hendaklah kamu menolong saudara kamu iaitu sizalim dan mereka yang dizalimi ( madzlum ) . Para sahabat boleh menerima saranan Rasululullah s.a.w bahawa mereka yang dizalimi hendaklah ditolong tetapi bagaimana caranya untuk menolong mereka yang zalim ?. Lihatlah jawapan hebat Rasulullah s.a.w : Sabda Nabi s.aw: Tolonglah mereka yang zalim tersebut dengan menghentikan kezaliman mereka. Dengan lain perkataan jangan sokong mereka dan jangan biarkan mereka yang zalim terus berkuasa !!!
Pembicaraan isu kezaliman di dalam Al-Quran dinyatakan di dalam pelbagai dimensi. Antaranya kezaliman dikaitkan juga dengan kegagalan berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan. Allah berfirman
Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim (Al-Maidah 45).
Memang layak manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah digelar dengan gelaran sizalim. Mana tidak ? Tidakkah manusia dijadikan oleh Allah daripada mereka tidak tahu apa-apa sehinggalah Allah mengurniakan sedikit ilmu kepada mereka. Lihatlah betapa banyaknya nikmat yang Allah turunkan untuk manusia tanpa sebarang bayaran. Tumbuhan-tumbuhan dan haiwan malahan segala yang ada di muka bumi dijadikan oleh Alah untuk mereka berkhidmat kepada manusia.  Di samping nikmat yang banyak Allah juga , dengan rahmat dan kasih sayangNya kepada hambaNya menurunkan undang-undang dan peraturan untuk mengatur kehidupan manusia di muka bumi ini, Wajarkah insan yang menerima budi menolak hukum yang Allah turunkan kepadanya dengan memilih hukumnya sendiri ? Jika manusia yang tidak mengenang budi manusia yang lain pun dikutuk oleh manusia , tidakkah golongan yang tidak mengenang budi Allah tidak layak digelar sizalim. Ingatlah hukum Allah tidak boleh ditolak dan diketepikan. Menolak hukumnya adalah syirik kepadaNya. Antara wasiat Luqman Al-Hakim sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran: (Luqman 13)
13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".
Sidang Jumaat Sekelian,
Dalam konteks pemimpin jahat dan zalim ini, Allah SWT telah memberitahu kita semua dalam Surah Muhammad ayat 22;
 
"(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerusakan di mukabumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?"

Dalam ayat ini, ulama' tafsir menghuraikan pemimpin yang tidak beriman (munafiq, perasuah dan zalim) ada 4 ciri utama. iaitu;
1.     bertindak sesuka hati
2.    menahan orang tanpa bukti
3.    mengkayakan diri, keluarga dan kroni
4.    gila kuasa
Allah SWT menegaskan rakyat tidak selamat di bawah pemerintah yang zalim dan jahat. Malangnya mutakhir ini umat Islam sudah semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Al Qur'an sudah hilang dari jiwa mereka manakala Sunnah, hukum2 syarak dianggap sudah tidak relevan lagi masakini. Apa yang tinggal hanyalah perkataan Islam di kad pengenalan. Serta hidup hanya memikirkan tentang habuan dan harta dunia semata2. Akibatnya, Allah SWT menurunkan bala' dengan membiarkan pemerintah jahat dan zalim terus berkuasa di negara ini ekoran kedegilan umat Islam sendiri. Masalahnya, bukan setakat pemimpin yang jahat dan tidak beriman itu saja yang akan dihumban ke dalam Neraka, malah para pengikut dan penyokong mereka turut sama dilempar sama ke dalam Jahannam. Wana'uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68 yang berbunyi;
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
Kepada seluruh umat Islam, mimbar menyeru segeralah meninggalkan serta menukar pemerintahan secular zalim kepada pemerintahan islam sementara masih ada umur. Kembalilah kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah semuga hidup kita berbahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.
Wallahuaqlam..

(Disampaikan oleh Ibnu Muslim di Surau al-Ikhlas (surau Jumaat) Bandar Sg Buaya Rawang Selangor)

4 ulasan:

Fajar Subuh berkata...

Assalamualaikum,
mohon untuk disampaikan khutbah di masjid kami

IBNU MUSLIM berkata...

waalaikumussalam..

sangat2 dialukan.. selamat berdakwah..wassalam

Tanpa Nama berkata...

Mohon copy

IBNU MUSLIM berkata...

silakan tuan..