Nasihat yang Indah dari Sufyan Ath-Thawri Rahimahullah (Wafat 161H)
Sufyan pernah menulis kepada salah seorang saudara muslimnya:http://theclearsunnah.wordpress.com
“Semoga Allah, dengan rahmat-Nya, melindungi aku dan kamu dari neraka. Saya berpesan kepadamu dan diriku untuk takut kepada Allah. Dan aku memberi peringatan kepadamu untuk tidak berubah kepada kejahilan selepas kamu telah belajar, tidak berpaling kepada kehancuran selepas kamu telah melihat dan mengenal kebenaran, dan tidak meninggalkan jalan (lurus) setelah ianya nampak jelas padamu.
Janganlah kamu tertipu oleh orang-orang duniawi, dan tidak merasa terlalu kagum dengan cara mereka berusaha dan rakus mengumpul hal-hal duniawi, untuk azab (yang akan menyelubungi mereka pada hari kiamat) yang amat berat.
Azab (pada hari kiamat) adalah amat dahsyat, tetapi apa yang lebih menakutkan bahawa ianya sudah semakin dekat.
Jadi sibukkann dirimu seluruhnya dengan akhirat, dan kosongkan hatimu dari semua fikiran lain; Selepas kamu melakukan itu, berusaha keraslah! Jangan membuang masa! Dan hindarkan diri dari dunia dan godaannya! Berjalanlah ke akhirat (dengan ibadahmu) sebelum kamu dibawa ke sana … sesungguhnya aku telah memberi kepadamu nasihat yang sama yang telah aku berikan untuk diriku.
Dan fahamilah bahawa kejayaan datangnya dari Allah SWT. Kunci untuk mendapatkan pertolonganNya adalah doa, ibadah, rasa penyesalan atas kelalaian masa lalu, dan penyerahan diri sepenuhnya kepadaNya.
Harimu dan malammu tidaklah lama, jadi gunakan waktu yang tersisa dengan bijaksana, dan jangan lalai dalam memenuhi hak-hak Tuhanmu.
Aku memohon kepada Allah, Yang telah merahmati kita untuk mengenalNya , untuk tidak mempercayai kepada diri sendiri, dan saya memohon agar Allah SWT menjadi Pemelihara dan Penolong, sepertimana Dia adalah Pemelihara dan Penolong kekasihNya iaitu hamba-hambaNya yang benar.
Berhati-hati dari melakukan perkara yang akan merosakkan amalanmu, dan ketahuilah bahawa riya’ (menunjuk-nunjuk) merosakkan amalan seseorang; dan kamu merasa sombong dan lebih hebat dari saudara muslimmu , padahal sebenarnya ia melakukan lebih banyak amalan darimu, atau mungkin ia melakukan amalan dengan niat yang lebih murni dari yang kamu lakukan.
Dan walaupun kamu tidak merasa sombong, waspadalah terhadap menumbuhkan rasa cinta untuk dipuji.
Berhati-hatilah selalu untuk tidak terjerumus kepada mencintai pujian orang lain tentang amalan baikmu, atau atas penghormatan yang mereka berikan dan anugerah kepadamu kerana amalan-amalan baikmu itu.
Dan waspadalah terhadap perasaan menginginkan orang lain membantumu dalam urusan peribadimu hanya kerana mereka telah merasa kagum dengan amalan-amalan baikmu.
Kamu pasti mendakwa (seperti halnya orang lain), bahawa kamu melakukan amalan baik hanya demi Allah SWT; Oleh itu jadikalah apa yang didakwa itu kepada kenyataan.
Jika kamu ingin kurang berkeinginan kepada dunia ini – kebendaan, kekayaan, dan kesenangannya – dan lebih berkeinginan kepada akhirat – Syurga dan kebahagiaan nya – maka seringlah mengingati kematian.
Dan ketahuilah bahawa kamu mempunyai harapan jangka panjang untuk dunia ini – yangmana sesipapun seharusnya tidak memilikinya- jika kamu takut Allah hanya sedikit atau jika kamu sembarangan melakukan dosa.
Dan seseorang akan merasa cukup menyesal dan sengsara pada hari kiamat jika ia mempunyai pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.”
Terjemahan Transcribe : The Biography of Sufyan At-Thauree, Rahimahullaah, laman 181-182
Sufyan pernah menulis kepada salah seorang saudara muslimnya:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan