Sahabat Ilmu

Sabtu, 31 Oktober 2009

Cerpen : Keinsafan Seorang Anak

Penulis : Amin Al-Kalantani

Pada suatu pagi yang bening ketika insan bangkit daripada tidur untuk menunaikan solah subuh, terdapat sekeluarga yang masih dalam kecelaruan dan penuh dengan misteri. Keluarga tersebut ialah kepunyaan Encik Hasyim dan Puan Hasmah bersama dengan anak tunggalnya yang dikasihi, Amir Syah.

“Bang tengoklah anak awak ni!” jerit Pn Hasmah pada suaminya yang sedang berada di ruang tamu. En Hasyim yang sedang membelek buku-buku pejabatnya bergegas ke bilik anaknya.

“Apahal pulak dengan anak kita ? Awak ni betul-betul mengejutkan saya!” dia cuba mendapatkan kepastian daripada Pn. Hasmah.

“Hah tengoklah anak awak ni. Malas benar dia nak pergi sekolah! Dah pukul 7.30 pagi masih dalam kain selimut” Puan Hasmah kelihatan kesal dan kecewa di atas perlakuan anak tunggalnya, Amir Syah. Sikap Amir semasa sekolah rendah masih terbawa-bawa hinggalah dia sudah berada di tingkatan 5. Muka Encik Hasyim mula berubah. Merah padam! Langkah garang diatur segera ke katil anaknya yang sedang asyik melayan tidur.

“Amir, bangun! Kau tak tahu ke tahun ni kau nak ambik SPM? Nak jadi apa engkau ni?” tengking Encik Hasyim dengan bengis sambil menarik kuat selimut anaknya. Dia kelihatan kurang senang dengan perangai anaknya yang masih belum berubah-ubah. Amir selalu sahaja ponteng dan malas ke sekolah.Entahlah, mungkin perangainya ini dan sebati dalam diri anak tunggalnya ini.

“Alah ayah nie……Tak sportinglah! Tak pergi ke sekolah jarang-jarang tu biasalah!” Amir menarik kembali selimutnya dan tidur membelakangi ayahnya tanpa memberi respond yang diharapkan. Encik Hasyim mengeleng-ngeleng kepala dan melangkah ke arah Puan Hasmah dengan perasaan berserabut. Dia seperti hilang punca. Kalau nak diikutkan hati maunya menempeleng Amir tapi…….tak sampai hati pula. Dia cuba mengcongak hari-hari yang anak tunggalnya tidak pergi ke sekolah. Sudah banyak!…..Entah seminggu atau sebulan….

“Macamana nak buat ni bang? Takkan nak biarkan begini sahaja! Fikirkanlah cara nak buat..”soal Puan Hasmah kepada suaminya mengharap agar ada satu tindakan drastik terhadap anak tunggal mereka. Kerut-kerut kekesalan jelas terpapar pada wajahnya. Sebelum ini dia yang terkenal sebagai Setiausaha Persatuan Wanita sibuk ke sana kemari dengan mesyuarat. Duduk di rumah pun kadang-kadang sahaja. Masa tak menentu. Anaknya tidak diurus langsung hanya diberikan wang sebagai bekalan. Lebih parah lagi Encik hasyim yang juga selaku ketua keluarga sibuk dengan syarikatnya. Tiada masa baginya untuk bersama dengan anak dan isterinya di rumah.

Duka mula bercambah

“Ini semua salah awak. Asyik sangat dengan mesyuarat! Anak kita terbiar tanpa pengawasan. Awak tak ambil peduli langsung dengan anak kita!” bentak En. Hashim cuba menunding kesalahan kepada isterinya.

“Ewah, ewah…pandai awak menunding jari kepada saya seorang. Awak cuba tilik diri awak. Banyak mana yang awak ada kat rumah?!” Pn. Hasmah tidak mahu beralah. Baginya sikap anaknya Amir, tidak boleh di salah seratus peratus kepadanya. Suaminya juga sepatutnya juga dipersalahkan.

“Ah…bisinglah rumah ni!” bentak Amir bingkas bangun dari tidur. Dia lantas mencapai baju dan seluar jeansnya. Melilau mencari kunci motorsikalnya.

“Amir! Kau nak kemana tu?..ayah tak habis cakap lagi..kau dah lari. Apa nak jadi engkau ni Amir!” En.Hashim mengeleng-ngeleng kepala kekesalan. Salah dia juga tak ambil perhatian langsung dengan anak tunggalnya. Bagi dirinya, apa yang penting dapat bagi duit dan kemewahan kepada anak kesayangannya sudah mencukupi. Yang lain serah kepada dirinya sendiri nak menentukan jalan kehidupannya.

Ajal Maut di Tangan Tuhan

“Amir….ayah dan ibu terpaksa menghadiri satu lawatan ke luar negara. Amir jaga diri baik-baik tau. Dengar cakap nenek. SPM sudah dekat. Jangan main-main.” Pesan Pn. Hasmah kepada anaknya Amir.

“Mak…mak tolong nasihat-nasihatkan lah Amir tu…kami dah tak tahu macamana cara nak ubah sikap dia…”Rayu Pn.Hasmah kepada ibunya, Mak Kiah.

“Mah…melentur buluh biar dari rebungnya lagi..Kalau dah besar panjang susah kita nak melenturnya…Kau dan Hasyim kena banyak berdoa lepas solat. Ni, aku lihat kau berdua culas benar nak solat. Kadang-kadang buat, kadang-kadang terlepas! Dah tu pula nak pergi bersiar-siar ke luar negara. Anak dibiarkan!”..Mak Kiah berleter kepada anaknya. Terasa juga kekesalan dalam dirinya. Anaknya Hasmah juga tidak berjaya dididik dengan baik.


“Mak..ni. Kita minta tolong dia…dia pula nak ceramah kita!” Hasmah mencebik lantas menukar topik.

“Mak. Nanti sepanjang ketiadaan kami ni. Mak tolonglah tengok-tengokkan Amir. Kami dah tinggalkan duit secukupnya sepanjang dua minggu ni untuk dia. Untuk mak kami masukkan dalam akaun nanti.”…Hasmah seolah-olah merayu kepada Mak Kiah.

“Yalah-yalah. Mak akan cuba yang sedaya termampu! Tapi ingat…kau berdua kena banyak-banyak berdoa. Jangan alpa nak menunaikan solat fardhu. Kewajipan-kewajipan lain-lain pun kena buat. Nanti tak berkat rezeki dan hidup kita ni!”..Mak Kiah memesan dengan ikhlas. Harap anaknya Hasmah dan menantunya Hasyim dengarlah nasihatnya.

“Oklah mak…kami cuba! Maklumlah kadang-kadang sibuk sangat mak…” ringkas jawapan En.Hashim.

Sudah seminggu lebih En.Hashim dan Pn.Hasmah berlepas ke luar negara. Anak mereka, Amir semakin liar.

“Amir…nenek nak cakap sikit ni….”Mak Kiah cuba juga hendak nasihatkan cucunya ini.

“Nek..ada apa ya…Kalau pasal SPM , Amir dah tak nak dengar. Malas dah…sekolah Amir dah tak minat! Hari ni last Amir pergi sekolah”..Amir menjawab spontan. Harapannya Mak Kiah tak berleter panjang.

“Tak boleh mir…SPM dah dekat…lagi tak sampai sebulan…macam mana amir nak jawab nanti!”…

“Amir dah tak minat nak ambik SPM! Duit dah banyak buat apa nak belajar lagi. Ayah dan mak dah carikan apa susah!” Amir menjawab.

Pangg!!! Tamparan singgah di muka Amir.

“Jangan cakap macamtu, Amir!” Mak Kiah hilang sabar dengan sikap cucunya yang seorang ni. Benar-benar menguji dirinya.

“Ah..nenek pun dah tak suka dengan Amir! Tak apalah!!

—---------------

Amir! Pengetua minta ko ke bilik dia sekarang juga!..seorang pengawas menyampaikan arahan Pengetua sekolah.

Ada apa ni? Aku tak buat salah apa-apalah…

Alah pegi ajerlah…

Di bilik pengetua, Amir tergangam.

Dilihatnya neneknya menangis teresak-esak.

Di bilik itu ada pengetua dan guru kelasnya.

Sah, nenek dah buat aduan kepada pengetua yang aku ni tak nak ambik SPM. Bisik hati kecilnya.

“Nenek…kenapa buat Amir macamni…malu lah Amir!”

“Amir…bersabar dulu…duduk dulu!” Pengetua mengeluarkan arahan.

“Diharap awak bawa bertenang dan sabar.”

Lain macam jer pengetua ni.

“Ibu dan ayah awak kemalangan di luar negara! Mereka berdua sudah……..” Pengetua macam susah nak sebut…

“Mereka berdua telah meninggal!!”

Berderau darah Amir…Betulkah begini jadinya?….Ah…mereka berdua memang tak ambil peduli pasal diriku…biarlah…..mereka pergi..senang

Amir pantas keluar dari bilik pengetua. Jiwanya bertambah kosong…sekosong kasih sayang yang hilang…..

Sinar Keinsafan

“Amir…tolong ayah amir…tolong…….”

“Amir tolong ibu, amir…tolong…….”

“Tidakkk!!!!!!……..”

Amir berpeluh lebat. Sudah tiga malam berturut-turut mimpi yang sama bermain dalam tidurnya.

Mimpi ngeri melihat wajah ayah dan ibunya.

Apakah petanda ini…Jiwanya menjadi tidak keruan…tidak menentu….resah…gelisah…

“Amir, kenapa menjerit tadi?”

“Tak nek. Saya bermimpi ibu dan ayah lagi. Mereka di siksa penuh ngeri. Mereka minta tolong dengan Amir!”

“Amir!…Walaupun ayah dan ibumu tidak sepenuhnya mencurahkan kasih sayang kepadamu. Tapi ingatlah Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang telah mengurniakan seorang ayah dan seorang ibu kepada engkau! Sekarang Allah SWT telah menarik nikmat kedua-duanya.”

Amir terkedu mendengar luahan iklhas dari neneknya. Dia kini sedang mencari-cari akan dirinya yang sebenarnya…Ya…apa yang ku dambakan sebelum ini ialah kasih sayang kedua orang tuaku. Perhatian…dan belaian ibubapa kepada anakknya.

“Namun, Amir…Ingatlah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang begitu menyayangimu berbanding kedua ibubapamu walau mereka menyayangimu sebesar gunug manapun!”

Fikirannya terawang-awang dengan nasihat neneknya. Mula mencari dirinya yang sebenar. Siapa aku yang sebenarnya?

“Amir, nenek bercadang nak hantar Amir ke pondok di Pantai Timur. Di samping belajar, kita sama ikuti kelas agama di sana. SPM tetap juga Amir ambil kat sana ya!”

Amir menganguk-angguk tanda setuju. Dia mesti mecari identiti dirinya yang sebenar.

Kasih sayang Allah pada Hambanya

“Kehidupan dunia ini…hanyalah sementara sahaja. Dunia ini merupakan tempat kita menyiapkan bekalan.

Jangan sekali-kali kita terpesona dengan nikmat dunia yang menipu.

Lihatlah ibu dan ayah kita yang pergi dulu.

Mampukah mereka membawa segala harta kemewahan mereka ke dalam kubur?

Harta yang mampu dibawa bersama ialah harta yang bermanfaat di jalan Allah SWT.

Ingatlah bahawa keredhaan Allah SWT terletak kepada keredhaan kedua bapamu.

Walaubagaimana sekalipun bapa dan ibumu terhadapmu, cintailah mereka yang telah bersusah payah mengandungkan mu dan mencari sesuap nasi kepadamu.” Nasihat tuan guru mengalir laju seperti sungai yang bersih mengalirkan kotoran pekat dalam jiwa si pendengar.

Tanpa diduga, mengalir air panas daripada kelopak mata Amir. Terasa rindu dan bersalah kepada orang tuanya.

Sebelum ini, dia seorang pendendam. Dendam dengan ibu ayahnya yang tidak mencurahkan kasih sayang sejati kepadanya.

Namun dengan tazkirah yang cukup lazat dan manis daripada Tuan Guru mampu melunakkan hatinya yang keras seperti batu menjadi selunak dan selembut sajli.

Air matanya tidak tertahan-tahan lagi..Kenapa keinsafan ini menuntut pengorbanan yang cukup besar. Hadirnya setelah hilang ibu dan ayah di sisi.

Dalam diam, Amir bertekad untuk menjadi anak yang soleh. Masih tergiang dan segar diingatannya…

Ada 3 perkara yang akan menjadi bekal manusia :

1.Anak yang soleh
2.Harta yang bermanfaat
3.Ilmu yang bermanfaat

InsyaAllah dia akan cuba menjadi anak yang soleh…mudah-mudahan Allah menolong kedua ibubapanya di alam barzah. InsyaAllah SPM akan datang dihadapi dengan penuh persiapan sebagai hadiah untuk keduanya.

Mak Kiah tersenyum puas.. Termakbul juga doanya…Jauh dilubuk hatinya…Inilah tanda kasih sayang Allah…walaupun Dia mengambil ibu dan ayahnya…Allah memulangkan anaknya ke landasan Iman. Walau berbeza alam, kasih sayang mereka kembali bertaut dan bersatu dalam Kasih Sayang Allah.

Nama : Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani
Nama pena : Amin Al-Kalantani
6 Oktober 2009 /Selasa
1.46pagi

http://amin1982.wordpress.com

Wanita muslim pertahan agama kelar leher suami

31/10/2009 3:04am

NEW YORK 31 Okt. - Seorang wanita muslim yang dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol telah mengelar leher lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur, menurut kenyataan laporannya kepada pihak polis.

Rabia Sarwar, 37, warganegara Pakistan, mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000).

Dia memberitahu polis dalam satu kenyataan bertulis bahawa dia telah didera secara emosi oleh suaminya, Seikh Naseem dan dipaksa mencabuli kepercayaan agamanya.

“Dia menyebabkan saya melakukan banyak perkara yang melanggar Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

“Saya lakukan itu semua semata-mata untuk memuaskan hatinya tetapi di dalam hati saya, ia bagaikan peperangan,” katanya.

Naseem telah dikelar di leher, pipi dan tangannya pada Rabu lalu sebelum bergelut dengan Rabia dan menghubungi pihak polis dari rumahnya di bandar New York, menurut pihak berkuasa. - AP

Jumaat, 30 Oktober 2009

CERAMAH PERDANA


KHUTBAH JUMAAT

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1 – 6 surah al-Waqi’ah :

إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Maksudnya : Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran

Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Tanah yang tetap terhampar kini bergegar dan runtuh yang menelan bangunan dan manusia. Angin pula bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan. Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat. Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat nanti. Masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu umat manusia samada telah bersedia untuk menuju akhirat atau terus terpedaya dengan tipuan dunia. Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Anas bin Malik katanya :

قال الرسول : لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَكُوْنُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ وَالشَّهْرُ كَالجُمْعَةِ وَتَكُوْنُ الجُمْعَةُ كَاليَوْمِ وَيَكُوْنُ اليَوْمُ كَالسَّاعَةِ وَتَكُوْنُ السَّاعَةُ كَالضَّرْمَةِ بِالنَّارِ
Maksudnya : Tidak akan berlaku qiamat sehingga masa menjadi terlalu singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seumpama seminggu, seminggu pula dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seolah-olah satu jam sahaja dan satu jam berlalu bagaikan satu percikan api sahaja

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan kepada kita bagaimana keadaan umat akhir zaman dengan qiamat terlalu dekat ibarat dua jari yang bersebelahan sahaja. Bila kita lihat apa yang berlalu disekeliling kita menunjukkan bahawa hampir kesemua alamat atau tanda-tanda qiamat yang diberitahu oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w telah pun berlaku antaranya sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:

قال الرسول : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki

Akibat buta agama dan lari daripada melaksanakan perintah Allah dalam kehidupan seharian maka pelbagai jenayah dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita. TV dan akhbar tidak sunyi daripada menyiarkan berita tentang rompakan, pembunuhan dan buang anak akibat penzinaan yang semakin parah. Walau pun sudah terlalu banyak peringatan Allah terutama yang terbaru selsema babi, rebut taufan Filiphina dan gempa bumi Indonesia namun pengajaran yang sepatutnya mengetuk hati manusia tidak digunakan. Manusia sentiasa mencari alasan bahawa itu semua adalah bencana alam kerana gempa bumi contohnya berlaku kerana Indonesia berada dalam kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sedangkan Malaysia berada di luar kawasan bahaya itu. Ingatlah bahawa ia tidak mustahil berlaku terutama berdasarkan rekod dari 2000 hingga Mei 2009, sebanyak 69 kali gempa bumi dilaporkan berlaku di Malaysia iaitu masing-masing 31 kali di Semenanjung dan Sabah, manakala tujuh lagi di Sarawak walau pun tidak sekuat dan sedahsyat negara lain. Jangan tunggu bala musibah menimpa atas batang hidung sendiri batu mahu insaf dan bertaubat kepada Allah. Takutlah kepada Allah sepanjang masa dan tempat bukannya takut kepada kepada penyakit dan bencana alam. Kita begitu sedih dan marah dengan kenyataan menghormati Ramadhan dan takut selsema babi menyebabkan sambutan kemerdekaan disambut sederhana tetapi bila konsert kumpulan hip hop Amerika pada 25 September lalu sempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout maka segalanya halal.
Begitu juga halalnya konsert penyanyi kulit hitam yang terkenal dengan imej lucah dan rosak akhlak yang asalnya dijadualkan esok tetapi ditangguhkan bukannya diharamkan maka tiada lagi suara yang menyatakan takut pada selsema babi dan sebagainya. Jika dibiarkan makhluk perosak ini bermaharajalela mempermainkan Allah maka tunggulah saat kehancuran. Pilihlah samada kita terus membiarkan maksiat dan menunggu bala yang dahsyat atau kita bangkit menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan mendapat keberkatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 179 surah al-A’araf :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Mimbar Jumaat pada hari ini tidak ketinggalan untuk mengajak kita untuk merenungi beberapa peristiwa pelik yang lain yang berlaku sekeliling kita seperti sejadah berdiri seolah-olah sedang solat di beberapa tempat di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang yang terus disiasat samada ia betul-betul terjadi atau pun bahan permainan budak nakal. Jika benar-benar berlaku maka ambillah iktibar bukannya dijadikan bahan khurafat seperti untuk menyedarkan umat Islam agar sentiasa menjaga solat terutama secara berjemaah. Kita mesti menangani masalah meninggal solat yang semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini terutama bila mendengar suatu kajian di mana 95 peratus pelajar sekolah menengah dan sekurangnya 60 peratus pelajar universiti tidak lengkap solat.

Kita juga tertarik dengan komen Majlis Mufti Rusia yang menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia 9 bulan di selatan Rusia merupakan amaran Allah kepada semua penduduk Islam di Rusia dan seluruh dunia agar mengikuti perintah Allah dengan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan membersihkan diri daripada dosa yang membolehkan kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah. Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa hidup hatinya iaitu diberitahu tentang pahala dan syurga maka berebut untuk mendapatkannya manakala bila disebut tentang bahaya dosa dan neraka maka gementar hati memikirkannya. Jangan sekali-kali kita menjadi manusia yang mati hati walau pun telah banyak peringatan yang didatangkan oleh Allah namun dia bukan sahaja tidak mengambil iktibar malah bertambah jahat melawan Allah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tidak ketinggalan untuk kita sama-sama merenungi beberapa pengajaran daripada peristiwa gempa bumi Indonesia. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 petang [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 petang [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya 1 Oktober jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 58 ] dan [ Jam 8:52 bersamaan Surah ke 8 ayat ke 52 ]. Secara susunan dalam al-Quran maka surah ke 17 ialah surah al Israa’ manakala surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

Bila direnungi satu persatu ayat-ayat tersebut iaitu bermula dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 16 :

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Maksudnya : “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
Diikuti dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 58 :

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا
Maksudnya : “Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).”
Manakala firman Allah dalam surah al -Anfaal ayat 52 :

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Kita memohon kepada Allah agar pertamanya dapat mengeluarkan kita dari sengketa yang berlaku sesama kita. Seterusnya diberi keimanan dan keilmuan yang kukuh untuk mengumpul kekuatan bagi mengahadapi serangan dari dalam iaitu dari golongan munafiq yang ingin melihat kerosakan kepada umat Islam dan serangan luar dari kuffar yang sentiasa mengintai peluang untuk terus menjahanamkan Islam dan umatnya. Kekuatan dan kemenangan ini akan terhasil jika Umat Islam benar-benar beriman kepada Allah Taala.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ
العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْ

Rabu, 28 Oktober 2009

Hampir Gadai Sebuah Iman Dengan 20 Sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT -- AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Inilah kisah...IMAN BIAWAK...sama-sama renungkan

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritaan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dlm sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a bahwa rasululLah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat lalu tiba-tiba datanglah seorang Arab badwi dari keturunan bani Sulaim ke hadapan RasululLah.Beliau membawa bersamanya seekor biawak (dob) padang pasir yang ditangkapnya.Beliau bercadang untuk membakar haiwan itu untuk menjadi makanannya.

Sebaik sahaja melihat orang ramai yang berjalan di kawasan itu beliau tertarik untuk mendekati mereka, lantas bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi itu.Apabila mendapat penjelasan daripada sebahagian sahabat yang hadir bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mencari laluan mendekati Nabi lantas segera berkata : Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad ! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggmebirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya!

Umar al-Khattab yang meriwayatkan ksah ini menjadi marah dengan sikapnya lalu beliau bangkit dan berkata : Wahai Nabi ! Biarlah saya mengkhiri hidupnya ! Nabi telah menjawab permintaan Umar dengan tenangnya : Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahwa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi ! Nabi kemudiannya telah berkata kepada Arab badwi itu : apa yang menyebabkan engkau mengatakan demikian kepadaku ? Engkau sepatutnya menghormati aku dalam perhimpunan bersama para sahabatku ! Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya menghina Nabi dengan berkata : Demi tuhan lata dan Uzza ! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu , katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi sa.w.RasululLah s.a.w telah memanggil biawak itu dan kedengaran suaranya menjawab panggilan Nabi dengan bahasa Arab yang fasih difahami oleh semua yang hadir : ya wahai Nabi s.a.w ! nabi bertanya kepada biawak itu : Kepada sapakah engkau beriman ? Jawab biawak itu : Saya beriman kepada Tuhan yang diangit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan dalam neraka itu azabNya ! tanya nabi lagi : Aku ini siapa wahai biawak ? jawab biawak itu : Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang menyokong dan memperjuangkan Tuan , dan binasalah orang yang mendustakan Tuan!.

Mendengar kata-kata biawak yang sangat lancar itu, Arab badwi itu lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir lalu berkata : Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri , engkau amat kukasihi zahirku dan batinku, dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruhNya.

RENUNGAN PAGI


Hendaklah sentiasa bertaubat dan mengingati Allah..
Jauhkan diri dari dosa dan maksiat..
Jadilah Hamba Yang Beriman Dan Bertaqwa

Hendaklah sentiasa

Persoalan Mandi Wajib

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Selasa, 27 Oktober 2009

Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya.............................

Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Wallahu a’lam.

CERITA PENGAJARAN

SUMBER: DARI MAJALAH MANAR ISLAM ISKANDARIAH MESIR.

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, mayat gadis itu dibawa turun lalu diletakkan di pinggir jalan. Orang ramai berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

JAGA TEPI KAIN ORANG???

Kepedulian Yang di Syariatkan

Mengambil peduli dan mencampuri urusan orang lain sememangnya ada batas yang dibenar dan ada batas yang dilarang . Namun secara umumnya kita dibenar mencampuri urusan orang lain selama mana ia bermaksud untuk kebaikan .

Seperti contoh , jiran yang kelaparan atau kesakitan atau ditimpa musibah atau melakukan maksiat . Kita mesti mengambil tahu malah wajib hukumnya kita mengambil tahu dan mencampuri urusan mereka agar kita dapat membantu mereka . Jika lapar kita hulurkan makanan , jika sakit kita hantarkan ke klinik , jika ditimpa musibah kita hulurkan bantuan dan jika mereka melakukan maksiat maka kita menasihati dan mencegahnya.

Sabda Rasulullah saw :

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukan dikalangan orang Islam .

Tetapi mencampuri urusan orang lain sehingga mendedahkan aibnya yang sebelumnya tidak diketahui oleh sesiapa atau sengaja menjatuhkan maruahnya tanpa sebab yang syarie maka hukumnya jelas dilarang oleh syara' .

Nabi saw pernah menghadiri seorang wanita Yahudi yang sedang nazak ( menghadapi sakaratul maut ) untuk mengajarnya agar bersyahadah bahawa Tiada Tuhan yang Layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah , sedang Yahudi itu adalah orang yang bertanggungjawab menyakiti Nabi saw sepanjang hidupnya.

Nabi saw tidak mengambil sikap : " Biarlah urusan dia , nak mati ke atau nak hidup ke . Itu dia punya pasal , sementelah pula sewaktu hidupnya dia adalah seorang yang jahat " .

Sebaliknya Nabi saw tunjukkan sikap kepeduliannya lalu ziarah dan ajar yahudi itu mengucap 2 kalimah syahadah demi menyelamatkannya dari disambar oleh api neraka .

WALLAHUA'LAM

Isnin, 26 Oktober 2009

Pakaian Yang Diharamkan

Ulama termasyhur, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, berkata Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat, nipis, jarang atau boleh menggambarkan bentuk badan selain menampakkan apa di sebalik pakaian itu.

Menurutnya, Islam juga mengharamkan pakaian yang menelanjangkan setengah badan, khususnya tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing. Beliau memetik hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian separuh bogel, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian…” (Riwayat Muslim).

Al-Qardawi dalam bukunya, Halal dan Haram Dalam Islam menghuraikan hadis berkenaan: “Dikatakan kepadanya berpakaian bogel kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis dan jarang, sehingga pakaian itu menampakkan bentuk tubuh di sebalik pakaian itu, sebagaimana kebanyakan pakaian wanita pada zaman ini. “Bonjol unta itu adalah tulang tinggi di tengkuknya yang diserupakan kepala wanita itu dengan bonjol berkenaan, kerana ditinggikan rambutnya ke atas kepala. “Seolah-olah Rasulullah sudah melihat di belakang ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, di mana dikhususkan tempat-tempat istimewa yang dikenal dengan nama salun rambut.” Kalangan ulama Islam bersetuju yang wanita seharusnya berperi laku dan berpakaian yang tidak menarik perhatian seksual kepada dirinya apabila berada dengan seseorang berlainan jantina.

Sesetengah ulama pula memperincikan bahagian yang perlu ditutupi iaitu semua tubuh kecuali muka dan tangan (pendapat yang diaplikasikan di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia/Nusantara). Malah, ulama lain mengatakan semuanya perlu ditutup kecuali mata, menggunakan kain seperti ‘chador’ (hijab labuh seperti dipakai wanita Iran) atau ‘burqa’ (pakaian labuh bertutup semua badan kecuali mata). Hijab dipakai di kebanyakan dunia Islam.

Dalam hubungan ini al-Quran ada menerangkannya, seperti pada surah an-Nur, ayat 31, antara lain bermaksud: “Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

” Wanita bukan saja perlu memastikan pakaiannya menutup aurat apabila di khalayak, tetapi juga mengenakan pakaian yang dikhususkan untuk mereka. Rasulullah mengisytiharkan, antara yang dilarang atas wanita untuk memakai pakaian lelaki, sebagaimana dilarang ke atas lelaki memakai pakaian wanita. (Maksud dari hadis diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Hakim).

Begitu juga Rasulullah melaknat lelaki menyerupai wanita, di samping wanita yang menyerupai lelaki. (Dari hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan lain-lain lagi). Malah, termasuk dalam larangan dalam tutur bicara, gerak laku, cara berjalan, berpakaian dan seumpamanya. Walaupun wanita berdepan aturan ketat dalam berpakaian, mereka diberikan keistimewaan berbanding lelaki, kerana dibenarkan memakai emas dan sutera. Keistimewaan itu sesuai dengan citarasa dan tuntutan kewanitaannya yang suka berhias. Tetapi mereka dilarang menggunakan untuk menggoda dan menaikkan semangat nafsu syahwat lelaki lain, selain suaminya.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya , maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina.” (Riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Allah Taala mengancam kaum wanita dengan firman-Nya berikut, maksudnya: “Janganlah wanita-wanita itu menghentak-hentakkan kakinya di tanah, agar diketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya.” (an-Nur:31) Berpakaian pula, baik wanita mahupun lelaki, tidaklah secara berlebih-lebihan dan mengangkat diri, untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah.

“Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong.” (al-Hadid:23)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang menyeretkan kainnya kerana sombong , Allah tidak akan memberikan pandangan kepadanya di hari kiamat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuan berpakaian juga bukan untuk menagih kemasyhuran. “Sesiapa yang memakai pakaian menagih kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa, ada seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a katanya: “Pakaian yang macam mana yang boleh aku memakainya? Jawabnya: Pakaian yang tidak sampai dibangga-banggakan oleh orang-orang yang jahat dan dan tidak dicelanya kamu oleh orang-orang yang ahli ilmu dan bijaksana. (Riwayat Thabrani)

Hukum Memakai Pakaian Yang Nipis atau Ketat??

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

Syariat melarang kita berpakaian yang nipis dan ketat serta menampakkan bentuk badan dan warna kulit. islam itu bukan sengaja melarang sesuatu perkara tetapi ada sebab dan musababnya..
Hukumnya samalah seperti tidak berpakaian pada pandangan syariat dan hukum islam kerana seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan di anggap masih terdedah seperti yang disebutkan dalam hadith nabi di atas.

Yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perkataan 'terlanjang' itu ialah seorang wanita yang berpakaian ketat dan nipis hingga menampakkan susuk tubuh dan warna kulit..keadaan itu samalah seperti tidak berpakaian..zahirnya mereka berpakaian tetapi sebenarnya terlanjang.

Tutup aurat dari pandangan mata menurut imam syafi'e adalah wajib. ciri-ciri yang membawa kepada tidak menutup aurat samalah seperti memakai pakaian yang ketat,jarang dan pendek yang menampakkan bentuk badan atau bayangan warna kulit(baju jarang). semua ini tidak harus dipakai mengikut syariat islam kerana tidak mejamin terhadap kesempurnaan dalam menutup aurat yang disuruh oleh Allah dan RasulNya.

Hukum memakai yang ketat, jarang serta pendek mendedah kulit adalah haram dan berdosa besar kerana sengaja ingin menzahirkan bentuk badan serta mendedah aurat yang sememangnya wajib ditutup. Dalil syariat telah menetapkan kewajiban ke atas wanita untuk menutupi kulitnya sehingga tidak diketahui warnanya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah radiallahu anha. Telah dinyatakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah memasuki kawasan Nabi SAW dengan berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam segera memalingkan mukanya dan bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya apabila seorang perempuan itu telah baligh (datang haid), tidak sepatutnya dia menampakkan anggota tubuh badannya kecuali ini dan ini (sambil Rasulullah mengisyaratkan muka dan kedua telapak tangan”

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa kain yang nipis/jarang tidak memenuhi etika menutup aurat, bahkan ia dianggap telah membuka aurat sekiranya seorang wanita memakai pakaian yang nipis. Ini ditegaskan dengan keadaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam memalingkan mukanya sewaktu Asma’ masuk.

Dalil lain yang mengukuhkan lagi perkara ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari Usamah. Dinyatakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam tentang kain yang nipis (al-qabtiyah) kerana beliau telah memberikan kepada isterinya untuk dipakai. Mendengarkan tentang perkara yang disampaikan itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Suruhlah isterimu untuk mengenakan kain nipis (al-ghilalah) lagi di bahagian dalamnya, kerana aku khuatir kalau sampai nampak warna tubuhnya.”

Frasa kata qabtiyah bermaksud sehelai kain nipis, sebaik sahaja Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam mengetahui Usamah telah memberikan kain nipis kepada isterinya untuk dipakai, baginda segera memerintahkan agar Usamah menyuruh isterinya memakai pakaian lapisan kain yang lain agar tidak kelihatan warna kulitnya di sebalik kain itu.

Dewasa kini..banyak busana2 yang direka khas buat kaum wanita..memang sangat cantik..tapi jika diperhatikannya..remaja dan wanita kini lebih gemar memilih fabrik yang nipis dan jarang..tak tahulah kenapa mungkin panas barangkali..

Di samping itu, menampakkan gerak-geri dengan lenggang lenggok yang boleh menarik perhatian mata yang memandang, menaikkan rasa keinginan dan membuahkan nafsu syahwat dipihak kaum lelaki yang bermata keranjang dan kaki perempuan..wanita itu menempah fitnah ke atas dirinya sendiri.

Rasulullah menegaskan dengan sabdanya:

" wanita itu aurat. apabila ia keluar sentiasa menjadi hasutan serta gangguan syaitan." (at-tarmizi)

Hadith ini menyuruh kita menutup aurat..kerana aurat itu menunjukkan tanda murahan andai dipamerkan ke khalayak ramai. apabila seseorang wanita itu meninggalkan rumahnya dalam keadaan tidak menutup aurat, maka akan timbullah bibit-bibit fitnah terhadapnya..

Berdasarkan demikian, maka tuntutan terhadap tutup aurat itu adalah lambang kepada wanita beriman, dan iman pula merupakan pakaian hati. tidak sempurnalah andai seseorang itu beriman tetapi tidak menutup aurat kerana menutup aurat itu adalah tuntutan kepada jasad yang beriman.sekiranya hati itu rela dengan pendedahan sama ada pendedahan itu nipis atau ketat serta singkat bermakna hati itu sudah dinodai dengan kehendak nafsu syaitan yang sangat jauh dari sinaran iman..

Wallahua'lam..

Aadabul Ikhtilaf

Oleh Abu Anas Fathurrahman bin Dawoed, BA Syariah, Universiti Islam Madinah
Guru Agama, Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah

Pendahuluan
Isu perbezaan pendapat merupakan sunnatullah yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah suatu realiti yang berpunca dari kepelbagaian tahap minda atau keupayaan mental, perbezaan bahasa dan latar belakang, begitu juga dengan persepsi seseorang yang berbeza terhadap sesebuah dalil atau nas. Kesemuanya ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian serta percambahan pandangan dan pendapat.

Salah satu tanda kebesaran Allah ialah mencipta makhluk dengan keunikannya tersendiri. Setiap makhluk yang diciptakan dengan keunikannya menunjukkan tanda kebesaran Allah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa perbezaan ini boleh berlaku sejak dari zaman sahabat sehinggalah ke hari ini. Al-Imam ash-Shaatibi di dalam kitabnya al-I'tisom menyebut:

"Sesungguhnya perbezaan pendapat yang terjadi pada zaman sahabat hingga ke hari ini berlaku pada masalah-masalah ijtihadiyyah. Pertama kali ianya berlaku pada zaman khulafa' ar-Raasyidin dan sahabat-sahabat yang lain, lalu berterusan sehingga zaman para taabiin dan mereka tidak saling mencela di antara satu sama lain" (al-I'tisom 2/191)

Hal ini juga menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah kepada umat manusia.

Al-Qaasim bin Muhammad bin Abi Bakar as-Siddiq dalam hal ini ada menyatakan: "Sesungguhnya perbezaan pendapat dikalangan sahabat adalah satu rahmat bagi manusia" (Jaami' Bayaanil Ilm 2/901)

Berkata Umar bin Abdul Aziz: "Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeda pendapat, kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan" (Jaami' Bayaanil Ilm 2/902)

Telah berkata Imam Malik: "Sesungguhnya perbezaan pendapat di kalangan ulama' adalah rahmat dari Allah ke atas umat ini, setiap seseorang di kalangan mereka mengikut apa yang benar pada pandangannya, setiap dari mereka berada dalam petunjuk dan setiap dari mereka inginkan keredhaan Allah" (Kasyful Khafa' 1/68)

Adab-Adab Dalam Berbeza Pendapat

Perbezaaan pendapat yang berlaku di kalangan umat Islam terdahulu dalam sejarah awal Islam dan masih berlaku hingga kini adalah sebahagian daripada manifestasi kepelbagaian ini. Fenomena ini bermanfaat dan positif sekiranya perbezaan itu tidak melampaui batas dan tetap menjaga adab-adab dan etika yang betul sepertimana yang digariskan oleh syara'. Perlu diketahui bahawa adanya perkara-perkara yang boleh kita menerima perbezaan pendapat dan inilah yang dinamakan sebagai perkara-perkara juz'i (cabang) atau zanni (tidak muktamad), manakala dalam perkara-perkara kulli (dasar) atau qat'i (muktamad) maka kita tidak sekali-kali boleh mempertikaikannya.

Ulama' telah menetapkan beberapa garis pandu mengenai adab-adab dan etika dalam berbeza pendapat, di antaranya:

1. Ikhlas dan jauhkan diri dari mengikut hawa nafsu.

Ikhlas adalah syarat agar amalan kita dapat diterima oleh Allah. Maka adalah satu kewajipan bagi seseorang yang ingin menegakkan atau mencari kebenaran supaya menghindarkan dirinya dari hawa nafsu.

Sifat kemegahan pada diri sendiri dalam mencari kebenaran juga adalah suatu sifat yang harus dihindarkan agar kita tidak digolongkan dalam sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang menuntu ilmu untuk bertikam lidah dengan para ulama', atau ingin memalingkan wajah-wajah manusia kepadanya maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka" (at-Tirmizi 414)

Salah satu dari tanda-tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu sanggup menerima kebenaran walaupun datangnya seseorang yang lebih rendah martabatnya, sepertimana yang berlaku kepada Amirul mu'minin Umar di mana beliau telah menerima kebenaran walaupun datangnya dari seorang perempuan yang lebih rendah martabatnya.

2. Mengembalikan segalanya pada al-Quran dan Sunnah dan jauhkan dari sifat ingin memenangkan diri.

Firman Allah yang berbunyi:
"Jika kamu semua berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan Rasul" (an-Nisa' 59) c Menjadi satu kewajipan bagi setiap insan untuk menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai tempat rujukan yang paling utama dan menjadikannya alat neraca yang menimbang setiap pendapat yang dikeluarkan.

Allah merahmati para ulama' yang sentiasa memberi peringatan kepada kita agar tidak mengambil kata-kata mereka seratus peratus melainkan setelah kita nilai ianya dengan al-Quran dan Sunnah. Bukan satu di antara mereka yang mengatakan "apa yang kamu dapat dariku mengenai suatu pendapat yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah maka campakkanlah ianya ke tembok"

Orang yang ikhlas tidak hanya memikirkan untuk mengalahkan lawannya sebaliknya dia lebih mementingkan kebenaran walaupun kebenaran itu datang dari lawannya.

3. Tidak mencela pandangan atau ijtihad ulama' lain dalam masalah-masalah ijtihaadiyyah.

Satu perkara yang harus kita terapkan dalam mana kita berbeda pendapat ialah jangan sesekali kita menghina atau merendahkan pandangan orang lain selagimana ianya berada dalam lingkungan permasalahan yang boleh diperselisihkan oleh syara' iaitu perkara- perkara juz'i (cabang) atau zanni (tidak muktamad).

Imam al-Auzaa'i telah ditanya mengenai seorang lelaki yang mencium isterinya, samada ianya membatalkan wuduk atau tidak. Beliau menjawab: "jika aku ditanya maka aku akan menjawab, wajib ke atasnya berwuduk, tetapi jika dia tidak berwuduk maka aku tidak akan mencela atau menghinanya". (Fathul Barr Fi Tartib at-Tamhid 3-245)

4. Menghormati pandangan ulama' yang berbeza pandangan dengannya dalam masalah juz'i dan mengambil pandangannya jika perlu.

Contoh tauladan lain yang boleh diambil ialah dari kisah imam besar kita al-Syafi‘e rahimahullah yang mengimami solat subuh di masjid berhampiran kubur Abu Hanifah. Beliau solat tanpa membaca doa qunut dan apabila ditanya oleh seseorang sehabis solat, beliau menjawab: "Adakah aku ingin melakukan sesuatu yang berlainan dari apa yang diajar oleh Abu Hanifah padahal aku berada berhampirannya". (Hujjatullah al-Balighah 335)

5. Meninggalkan beberapa perkara sunnah kerana tidak mahu menyanggahi orang ramai.

Seringkali para ulama' memberi peringatan di dalam kitab-kitab mereka tentang perkara ini. Agar kita meninggalkan beberapa perkara yang kita anggap sunnah demi perpaduan dan demi menghormati pandangan ulama' yang lain apabila kita berada di tempat atau di majlisnya.

Berkata Abdur Rahman bin Yazid: Kami bersama Abdullah bin Mas'ud. Ketika kami masuk ke masjid Mina dan amirul mu'minin sedang menjadi imam pada ketika itu, lalu Ibnu Mas'ud pun bertanya: "Berapa rakaatkah amirul mu'minin solat?" mereka menjawab: Empat rakaat. Lalu Ibnu Mas'ud melakukan solat empat rakaat. Setelah selesai solat kami bertanya kepada Ibnu Mas'ud: "Tidakkah kamu telah memberitahu kami bahawa Rasulullah dan Abu Bakar telah melakukan solat dua rakaat?" Beliau menjawab: "Ya, bahkan sekarang juga aku mengatakan demikian, akan tetapi Uthman menjadi imam dan aku tidak mahu menyanggahinya". (as-Sunan al-Kubra 3/144).

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam majmu' fataawa berkata: "Jika seorang ma'mum mengikuti solat imam yang membaca qunut di waktu solat fajar atau solat witir maka hendaklah dia qunut bersama imam, samada imam berqunut sebelum atau selepas ruku'. Jika imam tidak melakukan qunut maka hendaklah ma'mum tidak melakukannya bersama imam, walaupun jika imam memandang bahawa qunut itu adalah sunnah dan ma'mun berpendapat sebaliknya lalu dia meninggalkan pandangannya demi perpaduan" (majmu' fataawa 22/268)

6. Menjauhi sifat ta'assub (fanatik) dan berkelompok.

Salah satu sifat yang harus kita hindarkan untuk memperolehi jalan kebenaran dan tidak menegakkan benang yang basah ialah sifat fanatik terhadap pegangan mazhab, kumpulan, negara atau guru-gurunya. Sifat fanatik dan berkelompok hanya akan menjadikan orang yang berbeza pendapat tidak mahu berganjak dari pandangannya. Apa yang mereka lakukan bukanlah semata-mata kerana Allah Taala tetapi disebabkan faktor-faktor lain.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengatakan: "Cintailah seseorang dengan berpatutan kerana mungkin dia kelak akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang secara berpatutan kerana mungkin kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai." (Timizi 1920)

Tanamkan dalam diri dengan pegangan bahawa setiap manusia boleh diterima dan boleh ditinggalkan kata-katanya melainkan Nabi Muhammad , kerana hanya baginda sahajalah yang ma'som dan terhindar dari kesilapan.

7. Utamakan sikap persaudaraan (ukhuwwah)

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu." (al-Hujurat 10)

Adakalanya di dalam perbincangan untuk mendapatkan kebenaran akan terjadi perselisihan dan pertelagahan, maka di waktu itu hendaklah kedua belah pihak menyedari bahawa perpaduan dan persaudaraan itu lebih diutamakan dari perpecahan.

Banyak lagi perkara-perkara penting yang harus diterapkan dalam perbincangan serta perdebatan untuk meraih kebenaran. Apa yang disebutkan hanyalah beberapa perkara penting yang harus ditekankan. Perhatikanlah kata-kata Dr Yusuf al-Qardhawi mengenai perkara ini: "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jamaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin. Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setanding dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan. Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah" (as-Sahwah al-Islamiyyah 27)

Perbahasan di kalangan bijak pandai agama haruslah diteruskan dan disuburkan agar ianya dapat menjana generasi yang lebih peka dan lebih terbuka mindanya. Akan tetapi jika perbahasan yang berlaku tidak didasari oleh rasa ikhlas dan menjauhkan dari sifat ta'assub, maka dari perbahasan tersebut akan lahirlah perbalahan. Adab-adab dalam berbeza pendapat harus diterapkan di dalam diri kita agar perbahasan dan perbezaan yang berlaku dikalangan umat Islam menjadi satu rahmat bagi kita dan bukannya satu bencana yang melanda. Wallahu A'lam

Rujukan

- Raf'ul Malam an Aimmatil A'lam Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, al-Maktabul Islami.
- Al-Khilaf bainal Ulama' Asbaabuhu wa Mauqifuna Minhu, Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimeen, http://www.ibnothaimeen.com
- Jaami' Bayaanil Ilm, Abu Naim al-Asbahani Matbaah as-Saadah.
- Sunan ad-Daarimi, Abdullah bin Abdur Rahman, Dar ibn Hazm.
- Majmu' al-Fataawa Islam Ibn Taimiyyah Maktabah al-Obaikan
- Fathul Barr fi at-Tartib al-Fiqhi li Tamhid Ibn Abdil Barr, Muhammad al-Maqrawi, Majmu' at-Tuhaf an-Nafais ad-Dauliah
- As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi, Dar al-Kutubul al-Ilmiah
- Fikhul Khilaf Dr Awadh bin Mohd Al-Qarni, Dar al-Andalus al-Khadra'
- Adabul Ikhtilaf, Said bin Abd al-Qadir,
- al-I'tisom, Ibrahim bin Musa, Maktabah at-Tauhid
- As-Sahwah al-Islamiyyah bayna al-ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al- Mazmum, Yusuf al-Qardhawi, Dar al-Sahwah

Sumber : http://www.pergas.org.sg/RisalahJan06/RisalahJan06/Jan06_Fiqh.html

Perjuangan Menegakkan Agama Allah

Banyak orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar .

Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:



· قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

· إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ



“Orang orang Arab badui itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

Dr. Yusof Al-Qardawi, Ulama' Yang Berwibawa

1. Kelahiran dan Kelayakan.

Lahir di salah sebuah perkampungan Safat Turab Markaz Mahallah Kubra Muhafazah Gharbiah Republik Arab Mesir pada 9 September tahun 1926M. Merupakan seorang anak yatim. Beliau dipelihara oleh bapa saudaranya dan dibawa kepada salah seubah kelas dari kader-kader kampung. Beliau adalalah seorang budak yang memahami dan cerdik. Sempurna menghafaz al quran Al Karim dan mendalami(mahir) hukum-hukum tajuwid sedangkan ketika umurnya belum menjangkau 10 tahun. Masyarakat kampung mengutamakan beliau untuk menjadi imam dalam sembahyang khususnya waktu solat Subuh, dan jarang sekali dari mereka yang tidak menangis dibelakangnya ketika itu.

Kemudian beliau menghabiskan pelajaran rendah dan menengahnya di Maahad Azhari. Beliau adalah penuntut terbaik. Bukti kecemerlangannya terpancar sejak kecil lagi sehingga beliau digelar Al A'lamah pada tahap 4 rendah. Kedudukan sijil menengahnya pula adalah yang kedua terbaik di seluruh Mesir. Beliau seterusnya meneruskan pengajian dalam kuliah Usuluddin di Universiti Al Azhar, dari situ beliau mendapat ijazah tertinggi pada tahun 1952-1953. Beliau adalah penuntut terbaik dari jumlah semua 180 orang. Kemudian memperolehi ijazah Alamiah dan diploma pendidikan dari kuliah bahasa Arab 1954 dengan kedudukannya di tempat pertama dari jumlah mereka 500 orang pelajar.

Pada tahun 1958 beliau berjaya mendapat diploma maahad pengajian bahasa arab tertinggi dalam bahasa dan sastera. Tahun 1960 beliau berjaya mendapat pengajian tertinggi yang menyamai Master degree dalam jabatan ulum quran dan sunnah kuliah usullddin. 1973 beliau mendapat gelaran Doktor falsafah dengan pangkat cemerlang bersama Syaraf ula dalam kuliah yang sama. Tajuk risalahnya ialah mengenai zakat dan kesannya dalam menyelesaikan keadaan gejala sosial. Beliau terlewat mendapat ijazah ini akibat dari keadaan politik mesir.

2. Pekerjaan Rasmi.

Tugas yang biasa baginya ialah dengan berkhutbah dan menjadi tenaga pengajar di Masjid, kemudian menjadi Musyrif Maahad bagi imam-imam naungan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mesir (Auqaf). Seterusnya beliau ditukarkan ke pejabat umum bagi thaqafah Islamiah di Al Azhar Syarif untuk menyelaraskan sistem percetakannya dan konsep amal di pejabat kesenian bagi pentadbiran dakwah dan pertunjuk (Irshad).

Pada tahun 1961M, beliau dipinjamkan ke Maahad menengah agama. Di sana beliau membangunkannya dengan metod kombinasi manhaj turasi dan moden. Tahun 1973, kuliah tarbiah bagi banin dan banat dibangunkan sebagai asas Universiti Qatar lalu beliau dipindahkan ke situ untuk mengasaskan jabatan agama pengajian Islam dan mengetuainya. Tahun 1977, beliau mengetuai pengasasan kuliah syariah dan pengajian Islam di Universiti Qatar. Beliau tetap di situ sebagai rektornya hingga akhir tahun 1990. Beliau juga menjadi mudir dan pengasas pengkajian sunnah dan sirah Nabawiah Universiti Qatar dan masih lagi di bawah pentadbiranya hingga hari ini. Beliau pernah dipinjamkan dari daulah Qatar ke Republik Algeria pada tahun 1990/91 untuk mengetuai majlis-malis keilmuan bagi universiti dan maahad Islam, kemudian beliau kembali ke Qatar sebagai mudir bagi markaz pengkajian sunnah dan sirah.

3. Usaha Dan Aktivitinya Dalam Khidmat Islam.

Ustaz Syiekh Dr. Yusuf Qardawi salah sorang ulama Islam yang berketrampilan masa kini dalam keilmuan idea dakwah pentarbiahan dan jihad dalam dunia Islam seluruhnya timur dan barat. Jarang sekali wujud seorang muslim kini melainkan pasti akan bertemu dengannya samada diarena pembacaan, kitab risalah,maqalah, fatwa, atau muhadaroh, khutbah pengajian, hadith, jawapan dijami` atau jamiah, nadi atau penyiaran, tv dan keset serta seumpamanya. Aktivitinya tidak terhad kepada khidmat Islam sahaja disatu segi atau bidang tertentu bahkan luas dari itu dan berbagai bidangnya di setiap lapangan terdapat alamat kewujudanya.

4. 10 Bidang Yang Terpenting Yang Diceburi Oleh Beliau.

1. Penulisan Ilmiah.
2. Feqah dan Fatwa.
3. Dakwah dan Taujih.
4. Forum dan Simposium.
5. Perekonomian Islam.
6. Lawatan dan Muhadharat.
7. Aktiviti Kemasyarakatan.
8. Tarsyid dan Sohwah.
9. Aktiviti Haraki dan Jihad.
10. Pengelibatan di dalam keahlian intitusi intitusi dan badan rasmi.

5. Bidang penulisan ilmiah.

Penulisan dan karangan merupakan antara bidang yang paling teserlah pada diri beliau. Beliau merupakan orang yang alim dalam karangan dan muhaqiq,sepetimana yang disifatkan oleh Al A`llamah Abu Hasan AnNadawi di dalam kitabnya Rasail Al I`lam. Tulisan beliau juga disifatkan oleh Al A`llamah Syiekh Abdul Aziz bin Baz sebagai tulisan yang mempunyai pengaruh di dalam dunia Islam.

Melihat hasil tulisan karangan dan pengkajian beliau dapat meyakinkan bahawa beliau adalah seorang penulis dan pemikir yang sebenar. Tidak berulang-ulang tulisannya dan mempunyai ciri penulisan tersendiri mempunyai tajuk-tajuk penulisan yang terkandung sesuatu yang baru di dalamnya seperti pembetulan pemahaman keaslian fikr menjelasksn kekaburan mendetailkan ringkasan menjawab keraguan dan kesangsian yang di lontarkan serta keteterangan falsafah.

Beliau telah menulis di dalam pelbagai bidang thaqafah Islam yang mana bilangan menjangkau ratusan.dan ianya dibaca oleh para cendiakwan dunia Islam dengan pelbagai riaksi dan sambutan. Jesteru itu tulisan beliau dicetak di dalam bahasa Arab beberapa kali dan sebahagian besarnya diterjemah ke bahasa tempatan dunia Islam. Jika ditinjau di negara-negara Islam didapati kitab beliau di sana samada di dalam bahasa arab atau di dalam bahasa tempatan.

Terdapat beberapa keistimewaan di dalam tulisan beliau di antaranya adalah seperti berikut:

1. Tulisan beliau secara asas bersandarkan turath ilmu Islam yang berpegang quraan dan sunnah metodologi salaffussaleh tetapi tidak mengabaikan perkembangan zaman moden menghimpunkan di antara keaslian turath dan perkembangan semasa dengan cara sebenar.

2. Mnghimpunkan antara penyaringan ilmi dan penelitian fikr dan taujih islahi.

3. Membebaskan daripada taqlid dan taasub mazhab sepertimana membebaskan dari mengikut pemikiran mazhab-mazhab yang diambil dari barat mahupun timur.

4. Uslub tulisan beliau di kenali sebagai uslub yang mudah mumtani` iaitu uslub ahli sastera yang mahir lagi unggul.

5. Tulisan yang berbentuk sederhana tidak melampau dan tidak pula sebaliknya.

6. Berdiri teguh dalam mengahadapi serangan dakwaan yang meruntuhkan yang datang dari luar dan dawaan pemalsuan dan pembelotan dari dalam dan beriltizam dengan Islam yang sebenar seta menafikan pelmalsuan yang melampau dan penakwilan yang jahil.

Disamping itu juga beliau berkerjasama di dalam menyusun buku bagi pihak kementerian pendidikan di negara Qatar dan Maahad agama khas yang jumlahnya melebihi dua puluh dan ia diperakui oleh kementeriannya Penyusunan tersebut mencakupi selivers bagi mata pelajaran Tafsir, Hadis, Akhlak, Tauhid, Fekah dan Kemasyarakatan Islam pengkajian Islam Falsafah dan Akhlak.

6. Feqah dan Fatwa.

Di antara usahanya yang terserlah ialah usaha beliau di dalam bidang fekah dan fatwa. Beliau tidak menyampaikan ceramah atau dilihat di dalam mu`tamar atau nadwah melainkan beliau dihujani soalan-soalan yang pelbagai mengenai Islam untuk dijawab dan jawapan yang diberi diterima pakai oleh orang ramai yang terdiri daripada cendiakiawan muslimin yang mana jawapan tersebut bercirikan tiori ilmiah dan begitu rasional untuk diterima pakai.

Beliau juga merupakan tempat rujuk yang dipercayai dikalangan muslimin di dunia Islam mahupun di luar dunia Islam. Hal ini dapat diketahui melalui surat-surat yang begitu banyak menghujani beliau dan juga permohonan fatawa yang sampai kepadanya sehinggakan beliau menyatakan tidak mampu untuk menjawab keseluruhanya. Selain dari menjawab secara langsung beliau kadangkala selalu menjawab segala persoalan atau fatwa melalui telefon ditambah pula siaran khas atau rancangan tetap yang di selenggarakan Radio dan TV Qatar bagi menjawab soalan soalan para pendengar dan penonton.

Metod fatwa beliau telah diterangkan di dalam pendahuluan bukunya Fatwa Mua`sarah.

7. Dakwah dan Taujih.

Melalui minbar masjid dengan berkhutbah dan mengajar, beliau menyampaikan dakwah.Semasa beliau masih
menuntut di kuliah usuluddin beliau berkhutbah di Masjid Al Toha di Mahallah Kubra salah satu bandar yang terkenal masjid tersebut di sebut sebagai masjid Syeikh Yusuf. Beliau telah mengimamkan ribuan makmum di dalam solat Jumaat.

Setelah beliau keluar dari penjara pada tahun 1956 beliau telah dipanggil Kementerian Auqaf setelah tamat peperangan Suez untuk berkhutbah di masjid Zamalik di Kaherah. Beliau telah mengimamkan ribuan makmum sehinggakan beliau dilarang untuk berkhutbah di zaman Abdul Nasir Presiden Mesir yang kedua.

Ketika dipinjamkan ke Qatar pada tahun 1961 beliau menjadikan masjid sebagai wasilah bagi menyebarkan dakwah. Beliau berceramah dan mengajar dan berfatwa sehingga hari ini. Beliau menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Khattab yang disiarkan secara langsung melalui TV negara Qatar. Begitu juga khutbah di dua hari raya, Aidilfitri dan Adha. Di dalam media massa pula beliau menyampaikan dakwah seperti mengajar di tv dan radio Qatar. Sebagai contohnya beliau mengajar Hadis dan Tafsir di dalam rancangan Nur dan Hidayah,Huda Al Islam di setiap petang jumaat rancangan ini ditonton juga oleh penonton luar dari negara Qatar seperti Bahrin, Imarat dan Saudi. Terbaru pula beliau menceburi di dalam dakwah melalui tv setelit yang mana rancangan yang paling popular Syariah Wal Hayah yang dapat diikuti melalui Chanel Al Jazirah.

Manakala makalah dan kajian Ilmiah beliau di cetak dan disebarkan melalui majalah Al Azhar, Nur Islam, Minbar Islam, Dakwah, Sya`ab, Ahram, Afaq Arabi, Liwa Islami, di Mesir. Hadhorah Islam di Damsyik, Alwa`yu Islami, Al Arabi, Almujtama` di Kuwait, Alsyihab di Berut, Al Baa`th di India, Manar Islami di Abu Dhabi.

Manakala di media elektronik pula terdapat Laman Web Yusuf Qardhawi dan beberapa kajian beliau telah di CD kan seperti Feqah dan Fatwa, Akhlak dan Tazkiah.

8. Mu`tamarat dan Nadawat.

Di dalam beberapa Mutamar di peringkat antarabangsa yang telah diadakan telah menyaksikan kehadiran beliau memberi kesan dan kejayaan.terhadap mu`tamar tersebut.
Di antara mu`tamar yang telah beliau sertai:

1. Mu`tamar Iktisad Islami Sedunia yang pertama di bawah tajaan Universiti Malik Abduk Aziz di Makkah Al Mukarramah.

2. Mu`tamar Taujih Al Da`wah Wa I`dad Dua`h Sedunia yang pertama di bawah Ria`ayah Universiti Islam di Madinah.

3. Muktamar Feqah Islam Sedunia yang pertama yang diadakan di Riadh, dan banyak lagi.

5. Bidang Ekonomi Islam.

Keterlibatan beliau di dalam ekonomi Islam samada dari segi tiori ataupun praktikal sudah begitu lama.

Dari segi tiori beliau telah mememberi penerangan kebanyakanya melalui muhadharat dan durus tentang ekonomi Islam dan beliau telah mengarang beberapa buah buku yang begitu masyhur di dunia Islam antaranya Feqh Zakat, masalah kemiskinan dan bagaimana Islam mengatasinya.

Keperhatinan beliau di dalam ekonomi Islam dapat dilihat di dalam pendahuluan bukunya yang bertajuk “Bai` Al Murabahah” menurutnya aku amat mengambil berat tentang ekonomi Islam adalah sebahagian keperhatinanku dengan syariat Islam dan menyeru kepada menggunakanya di dalam kehidupan harian dan menjadikannya sebagai alternatif kepada sistem ekonomi ciptaan maknusia.

Dengan usaha beliau ini lajnah bank pembangunan Islam telah memutuskan untuk memilih beliau bagi memenangi anugerah bank tersebut pada tahun 14 11 H di dalam ekonomi Islam di atas sumbangan beliau begitu banyak dalam bidang ini.

Begitu juga beliau pernah mendapat Anugerah Malik Faisal dengan kenyataan dalam pengajian Islam tahun 1413H. Tahun 1996 beliau mendapat Anugerah A'to Ilmi daripada Rektor Universiti Islam Antarabangasa Malaysia. Beliau juga mendapat anugerah dari Sultan Hasanah Bolkiah (sultan Brunai) pada tahun 1997 dalam Feqh Islami.

9. Di Antara Buku Karangan Beliau.

1. Feqh Wa Usuluh
2. Halal Wal Haram Fil Islam
3. Fatawa Al Muasirah 1.2.3
4. Ijtihad Fi Syariati Islam
5. Min Feqh Daulah Fi Islam
6. Fatawa baina Indhibat Wal tasib
7. Iqtisad Islam
8. Feqh Zakah
9. Fawaid Bunuk Hia Riba Haram
10. Bai` Murabahah Lil Amri Bil Syira
11. Musykilah Faqr Wakaifa A`lijuha Islam
12. Ulim Al Quraan Wa Sunnah
13. Sobr Fil Quran AlKarim
14. Aqlu Wal I`lmu Fil Quraan Al Karim
15. Kaifa Natamal Maal Quraan Al Azim
16. Kaifa Nataamal Maal Sunnah Nabawiah
17. Al A`qidah
18. Iman Wal Hayah
19. Wujud Allah
20. Haqiqatul Tauhid
21. Aliman Bil Qadar
22.Fiqh Daulah (Fiqh Kenegaraan)
dan banyak lagi.

Hadis Minggu Ini : Macam-macam Jenis Ulama

(Hadis ini akan di kupas dan disampaikan pada malam ini 26 Okt 2009 di Surau Al-Ikhwan Kembojasari selepas Maghrib)

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : العلماء ثلاثة - رجل عاش بعلمه وعاش الناس به. ورجل عاش الناس به وأهلك نفسه . ورجل عاش بعلمه ولم يعش يه غيره.
(أخرجه الديلمي في مسند الفردوس)


Ertinya :
Daripada Anas radhiallahu ‘anhu bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “ Ulama itu ada tiga jenis– Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (yang mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dengan ilmunya”. H.R Ad-Dailami

Keterangan
Orang yang alim itu bermacam-macam. Yang mula-mula ini misalnya lebih berperanan dari yang lain. Masyarakat sangat merasakan peranannya dan dia juga mempunyai keahlian dalam memberikan layanan kepada semua lapisan masyarakat, maka kewujudannya di tengah-tengah masyarakat laksana lampu yang menyinari kawasan di sekelilingnya. Danada pula orang alim yang berperanan di dalam masyarakat, orang lain dapat mengambil manfaat dari ilmunya, tetapi dia sendiri jauh dari mengamalkan ilmu yang ada di dalam dadanya, seperti sebatang lilin yang membinasakan dirinya sendiri walaupun ia dapat menerangi kawasan yang ada di sekelilingnya.

Dan ada pula orang yang alim yang dia dapat mengambil manfaat dari ilmunya, tetapi dia tidak dapat menyampaikan ilmunya kepada orang lain, mungkin dia tidak mempunyai kemampuan untuk menyampaikan ilmunya kepada orang lain, dan boleh jadi juga dia tidak mampu menyampaikan ilmu dan oranglain sukar memahami apa yang disampaikannya.

Itulah orang alim, sememang tidak sama peranannya, namun mereka tetap tidak merosakkan masyarakat.

Ahad, 25 Oktober 2009

Fikir-fikirkan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur,di tangan kanannya ada pemadam.
`
Guru itu berkata,"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
`
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
`
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
`
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.
`
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
`
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."
`
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
`
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
`
Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
`
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."
a
Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
`
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan."
`
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."
`
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
`
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
``
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
`
Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...Sekian, semoga ada manfaatnya.