Sahabat Ilmu

Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RAMADHAN. Papar semua catatan

Selasa, 23 Ogos 2011

Panas!! Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) Haramkan Tazkirah??

Posted by Addin at 8/23/2011

Berita 1.30 TV3 (22/8/2011 ) tadi Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah mengangu majlis ilmu. Ya rabbi ya karim.....subhanallah......majlis agama pahang berpegang pada fatwa mana...?? Hukum mana...?? dalam imam 4 mazhab mana yang mengatakan majlis tazkirah mengangu ibadat ....?? Majlis tazkirah itu juga ibadat, majlis solat tarawikh adalah sunnat.....? Tazkirah majlis ilmu yg wajib...??

Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) sudah menjadi alat Umno Pahang...??? Majlis tazkirah MUIP kata menganggu ibadat solat tarawikh....??? Solat habis baru buat tazkirah...yang mana yang kata menganggu....??? Solat tarawikh sunnat....??? Tazkirah (majlis ilmu ) wajib....??? Fatwa mana MUIP guna...?? Hukum mana MUIP guna..??? Tidak ada ibadat wajib menganggu ibadat sunat.....???? Mengapa peminum arak tak di hukum sebat di Pahang...????? Umno bukan Islam tapi Umno sudah kafir......???
Kredit : fb asfanizam

Addin :
Dah lama tak tengok berita TV3 suku
http://addin77.blogspot.com/2011

Isnin, 22 Ogos 2011

Panduan Ringkas I’tikaf


Definisi I’tikaf:

Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:

Dalil al-Quran:

وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187

“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid”(Al Baqarah : 187)

Dalil-dalil As-Sunnah:

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ عَشْرَةَ أَيَّامٍ ، فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِى قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Hukum I’tikaf

Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ]

Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak pernah meninggalkannya.

Waktu I’tikaf

I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya.

Batasan Waktu:
Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al-Fatawa 15/441]

Di Manakah Lokasi I’tikaf?

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul Bari, 4/271 ]

Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”.

Para ulama’ berbeza pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami’/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?

Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana masjid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah di Malaysia, dipanggil surau/musolla]

Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar ia dilakukan di masjid jami’/masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jumaat.

Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?

Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.

Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. [HR. al-Bukhari no. 2041 ].

Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan.

Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidilfitri.

Bolehkah wanita melakukan I’tikaf?

Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ فِى كُلِّ رَمَضَانَ ، وَإِذَا صَلَّى الْغَدَاةَ دَخَلَ مَكَانَهُ الَّذِى اعْتَكَفَ فِيهِ – قَالَ – فَاسْتَأْذَنَتْهُ عَائِشَةُ فَأَذِنَ لَهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya. ” [HR. al-Bukhari no. 2041]

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]

Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami, keadaan yang aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syara’ seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf

1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluaan yang mendesak.

2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ].

Adab-adab I’tikaf

Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, zikir, berselawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Shahih Fiqh Sunnah, 2/150-158]

Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri’tikaf. Dia hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang elok, mandi, bersikat rambut. Ini terbukti pada kisah ‘Aisyah menyikatkan rambut Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ketika baginda sedang beri’tikaf.

Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.

Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf

1) Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam masjid.

2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain.

3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.

4) Mandi dan berwudhu di masjid.

5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid.

Faedah-Faedah I’tikaf

1. I’tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi Salllahu ‘Alaihi Wassalam untuk mendapatkan malam Lailatulqadar
2. Orang yang melakukan i’tikaf akan dengan mudah mendirikan solat fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i’tikaf seseorang selalu beruntung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama
3. I’tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam masjid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid
4. I’tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa. Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal yang diharamkan
5. I’tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikmatannya.

Memburu Lailatulqadar

Dalil al-Quran:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3

”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3).

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” (Ad-Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-Thabari, 21/6 ]. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]

Hadis-hadis berkaitan Lailatulqadar:

Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ’alaihi wassalam bersabda: “ Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [al-Bukhari:1901 dan Muslim: 760]

Aisyah Radiallahu ’anha berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam mengasingkan diri (di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.” [al-Bukhari:2020 dan Muslim:219].

Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan.” [al-Bukhari]

Ibn Umar Radiallahu ’anhu berkata: “Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang terakhir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165].

Doa di Malam al-Qadar

Daripada ‘Aisyah Radiallahu ‘Anhu:

قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?” Bersabda Nabi : disebutlah doa: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”
[HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.]

Rujukan:

http://islamqa.com/en/cat/469
http://muslim.or.id/ramadhan/panduan-itikaf-ramadhan.html
http://belajarislam.com/panduan-ilmu/702-itikaf

Media Lebih Besarkan Syawal – Dr Haron Din

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan maghfirah yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia saban tahun. Tetapi malangnya di Malaysia, kelebihan dan keberkatan beramal di bulan Ramadhan tidak begitu tertonjol kerana ditenggelami oleh seruan keseronokan menyambut 1 Syawal.

Jika ada pun untuk Ramadhan ialah iklan-iklan berbuka puasa secara mewah di hotel-hotel dan sebagainya.

Justeru, tokoh ulamak tersohor tanahair Dr. Haron Din kembali memperingatkan umat Islam akan hadith Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud berkata baginda kepada kaum muslimim “Kamu menghampiri suatu bulan yang mana tidak ada yang lebih baik daripadanya melainkan Ramadhan.”

Manakala kepada kaum musyrikin pula Nabi s.a.w. bersabda “Dan pada kaum musyrikin tidak ada bulan yang buruk dan celaka melainkan bulan Ramadhan.”


Dengan mengutamakan sambutan raya iaitu bulan syawal, apakah umat Islam tidak suka akan amalan di bulan Ramadhan iaitu berpuasa sebagai amalan yang diwajibkan dan berbagai-bagai amalan sunat yang lain yang semuanya dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran pahala yang amat besar.

Ia situasi seolah-olah hendak cepat menyambut hari raya dan biarlah puasa di dalam Ramadhan berlalu cepat. Ramadhan seperti merimaskan kerana segala punca nafsu dan syahwat terpaksa dikekang.

Sedangkan para sahabat dan jenerasi awal yang dididik oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. amat gembira apabila hendak memasuki bulan berpuasa iaitu Ramadhan dan amat sedih apabila Ramadhan hendak berakhir.

Mereka gembira dan bersyukur kerana dilanjut usia oleh Allah s.w.t. agar dapat bertaubat dan membersihkan diri serta dapat mengulangi amal soleh yang pahalanya dilipat-gandakan oleh Allah s.w.t.

Prof. Dato’ Dr. Haron Din berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanannya di MADI, Jejawi, Perlis, juga sebagai kuliah khas sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini.

Beliau mengingatkan umat Islam agar mencapai tahap puasa ke tiga iaitu puasa akhirat atau puasa syariat, iaitu hakikat puasa yang dianjurkan Nabi s.a.w dan diamalkan oleh para sahabat. Inilah puasa yang benar-benar dapat mengubah peribadi seseorang ke arah insan bertakwa.

Ramadhan adalah bulan pertarbiahan dimana setiap muslim sejati berharap agar menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila keluar dari madrasah Ramadhan.

Ini adalah kerana setiap muslim akan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan amalan masing-masing dan berharap pengampunan daripada Allah s.w.t. sempena di bulan penuh keberkatan itu. Di bulan Ramadhan kata Allah, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Mereka bersedih kerana akan ditinggalkan Ramadhan dan belum tentu akan bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang.

Justeru itulah maksud hadith Nabi tersebut apabila datang Ramadhan ia memisah dua kategori manusia iaitu manusia beriman dan manusia yang munafik.

Nabi dan para sahabat lebih bimbang dengan golongan munafik dari golongan kafir. Justeru itulah Nabi berpesan kepada salah seorang sahabat baginda, Abu Dzar di dalam hadithnya yang mashyur bermaksud “Kamu ikhlaskanlah hati kamu di dalam beragama.”

Golongan munafik wujud sepanjang zaman. Golongan orang Islam yang tiba-tiba tidak suka Islam menang untuk memimpin politik di dalam negara ini adalah contoh golongan munafik, jelas Dr. Haron Din lagi.

Justeru itu Dr. Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menyeru kepada seluruh umat Islam agar bertekad pada Ramadhan tahun ini untuk berpuasa berlandaskan puasa syariat bukan puasa bertaraf puasa awwam.

Puasa syariat adalah puasa yang sebenarnya, yakni bukan sahaja tidak makan dan minum dan menjaga segala anggota, tetapi juga membebaskan pemikiran yang boleh menjejaskan aqidah seorang yang beriman.

Jika tidak, dikhuatiri kita tidak beroleh apa-apa dari puasa kecuali lapar dan dahaga, itulah puasa awwam.

Manakala kepada kaum musyrikin pula Nabi s.a.w. bersabda “Dan pada kaum musyrikin tidak ada bulan yang buruk dan celaka melainkan bulan Ramadhan.”

Dengan mengutamakan sambutan raya iaitu bulan syawal, apakah umat Islam tidak suka akan amalan di bulan Ramadhan iaitu berpuasa sebagai amalan yang diwajibkan dan berbagai-bagai amalan sunat yang lain yang semuanya dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran pahala yang amat besar.

Ia situasi seolah-olah hendak cepat menyambut hari raya dan biarlah puasa di dalam Ramadhan berlalu cepat. Ramadhan seperti merimaskan kerana segala punca nafsu dan syahwat terpaksa dikekang.

Sedangkan para sahabat dan jenerasi awal yang dididik oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. amat gembira apabila hendak memasuki bulan berpuasa iaitu Ramadhan dan amat sedih apabila Ramadhan hendak berakhir.

Mereka gembira dan bersyukur kerana dilanjut usia oleh Allah s.w.t. agar dapat bertaubat dan membersihkan diri serta dapat mengulangi amal soleh yang pahalanya dilipat-gandakan oleh Allah s.w.t.

Prof. Dato’ Dr. Haron Din berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bulanannya di MADI, Jejawi, Perlis, juga sebagai kuliah khas sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini.

Beliau mengingatkan umat Islam agar mencapai tahap puasa ke tiga iaitu puasa akhirat atau puasa syariat, iaitu hakikat puasa yang dianjurkan Nabi s.a.w dan diamalkan oleh para sahabat. Inilah puasa yang benar-benar dapat mengubah peribadi seseorang ke arah insan bertakwa.

Ramadhan adalah bulan pertarbiahan dimana setiap muslim sejati berharap agar menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan apabila keluar dari madrasah Ramadhan.

Ini adalah kerana setiap muslim akan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan amalan masing-masing dan berharap pengampunan daripada Allah s.w.t. sempena di bulan penuh keberkatan itu. Di bulan Ramadhan kata Allah, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Mereka bersedih kerana akan ditinggalkan Ramadhan dan belum tentu akan bertemu Ramadhan lagi di masa akan datang.

Justeru itulah maksud hadith Nabi tersebut apabila datang Ramadhan ia memisah dua kategori manusia iaitu manusia beriman dan manusia yang munafik.

Nabi dan para sahabat lebih bimbang dengan golongan munafik dari golongan kafir. Justeru itulah Nabi berpesan kepada salah seorang sahabat baginda, Abu Dzar di dalam hadithnya yang mashyur bermaksud “Kamu ikhlaskanlah hati kamu di dalam beragama.”

Golongan munafik wujud sepanjang zaman. Golongan orang Islam yang tiba-tiba tidak suka Islam menang untuk memimpin politik di dalam negara ini adalah contoh golongan munafik, jelas Dr. Haron Din lagi.

Justeru itu Dr. Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menyeru kepada seluruh umat Islam agar bertekad pada Ramadhan tahun ini untuk berpuasa berlandaskan puasa syariat bukan puasa bertaraf puasa awwam.

Puasa syariat adalah puasa yang sebenarnya, yakni bukan sahaja tidak makan dan minum dan menjaga segala anggota, tetapi juga membebaskan pemikiran yang boleh menjejaskan aqidah seorang yang beriman.

Jika tidak, dikhuatiri kita tidak beroleh apa-apa dari puasa kecuali lapar dan dahaga, itulah puasa awwam.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Terkini: Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2011



Guna SMS untuk Bayar Zakat Fitrah




Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :
• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.

• HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.

• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.

• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

BADAR AL-KUBRA: Akhlak Junjungan SAW

Perang Badar al-Kubra yang berlaku dalam bulan Ramadhan telah menyaksikan berbagai kepayahan dan kesukaran yang ditempohi Junjungan Nabi SAW dan para sahabat baginda sekalian. Jarak antara Kota Madinah dan Badar yang lebih kurang 160 kilometer ditempoh oleh para mujahid ini bersama Sayyidul Mujahidin SAW dengan berjalan kaki dan bergilir-gilir menunggang unta yang hanya 70 ekor.

Imam Ahmad bin Hanbal RA dalam musnadnya meriwayatkan bahawa ketika Perang Badar tentera Islam menaiki unta secara bergilir-gilir dengan setiap 3 orang berkongsi seekor unta tunggangan. Maka adalah Junjungan Nabi SAW bergiliran dengan Sayyidina `Ali RA dan Sayyidina Abu Lubabah RA. Ketika tamat masa giliran Junjungan Nabi SAW, maka dua sahabat mulia tersebut berkata kepada baginda: " Wahai Rasulallah, biarlah kami berjalan dan tetaplah tuan atas tunggangan." Namun baginda menolak cadangan dua sahabat tersebut dengan sabdanya:

ما انتما بأقوى مني و لا انا بأغنى عن الأجر منكما

" Kalian tidaklah lebih kuat daripada aku, dan aku tidak kurang mendambakan pahala daripada kalian."

Allahu ... Allah, lihat betapa mulianya akhlak Junjungan Nabi SAW. Betapa tawadhu`nya baginda sehingga baginda menyatakan bahawa baginda juga amat mengharapkan pahala sama seperti para sahabatnya yang mulia. Junjungan Nabi SAW sekali-kali tidak mengambil kesempatan atas para sahabat baginda. Sungguh bertuah sesiapa yang bersahabatkan baginda, tuah yang berpanjangan dari dunia sehingga ke syurga. Teramat kejilah sesiapa yang lancang mulut menghina orang-orang yang menjadikan sahabat baginda. Moga dengan keberkatan Ramadhan dan jah sahabat-sahabat pilihan, para pejuang Badar, kita dirahmati dan diberkati Allah sentiasa.


http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/08/akhlak-junjungan-saw.html

Isnin, 15 Ogos 2011

PUASA MELATIH DIRI SUPAYA SIMPATI KEPADA ORANG MISKIN

PENULIS: USTAZ IDRIS AHMAD

Puasa ialah amalan kerohanian seorang hamba dengan Allah SWT. Mereka yang berpuasa sanggup meninggalkan makan minum semata-mata kerana Allah SWT. Puasa mendidik manusia untuk bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada mereka yang mempunyai lebihan rezki. Ketika berpuasa kita terasa lapar dan dahaga, kesemuanya mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik yang masih ramai di dalam negara kita walaupun negara, sudah mencapai kemerdekaan 54 tahun. Paling malang sekali isi rumah miskin ia melibatkan orang Islam, sedangkan pemimpin negara ialah orang Islam. Rakyat tertanya-tanya kenapa Sabah dan Trengganu mendahului negeri termiskin di negara ini, sedangkan negeri tersebut menghasilkan “emas hitam”.

Sebenarnya masih ramai rakyat yang tidak cukup zat, berapa ramai kanak-kanak ke sekolah dengan perut kosong kerana tidak ada makanan yang hendak dialas perut ketika ke sekolah. Kesemua ini menuntut kepada kita yang menunaikan Ramadhan merasai keperitan penderitaan yang mereka alami sepanjang masa. Sedangkan kita hanya Allah uji dalam masa lapan jam sahaja untuk sebulan Ramadhan.

Ibn Abbas Radhiallahu’anhuma meriwayatkan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (Bukhari)

Seperti yang kita maklum baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah seorang yang sangat dermawan seperti disebut oleh Anas bin Malik radhiallahu’anhu:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (Bukhari dan Muslim)

Dermawan baginda dikatakan melebihi angin yang menghembus kencang. Diibaratkan demikian kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi tanpa banyak berfikir, sebagaimana angin yang berhembus. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh baginda adalah amat perlu kita sebagai umat nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ingin mengikut jejak langkah baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam melatih diri kita supaya menjadi seorang yang melihat orang sekeliling kita.

Beberapa insiden yang tragis berlaku di dalam negara kita baru-baru ini dengan berita orang yang melarat terpaksa menagih simpati kepada gereja, ia amat memalukan umat Islam. Menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik, terutama agensi kerajaan seperti Baitul Mal, pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi ini yang mempunyai kewangan yang kukuh sepatutnya mesti mengambil berat, berbanding dengan individu dan NGO yang mempunyai kekangan kewangan.

Kita mengharapkan, pejabat agama atau pejabat pungutan zakat yang begitu sistematik ketika memungut zakat, perlulah melakukan perkara yang sama ketika mengagihkan kepada mereka yang berhak. Kerana ini adalah hak mereka bukan untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak ada kaitan untuk membela nasib mereka. Jika kita sanggup bersusah payah ketika hendak memungut zakat, maka wajib pula kita bersusah payah untuk memberi kepada yang berhak. Permudahkan prosedur, bukan menyusahkan mereka yang sudah susah. Jika ini berlaku, akhirnya gereja yang memudahkan mereka memberi bantuan. Konsepnya samalah mereka yang terjebak meminjam Along, kerana mudah berbanding berurusan dengan bank.

Sekurang-kurangnya apa yang terjadi di Gereja Methodist Damansara Utama menyedarkan kita umat Islam dan institusi yang mengagihkan zakat, supaya lebih pro aktif untuk membantu mereka yang berhajat. Kemanakah wang kutipan zakat yang beratus juta setiap tahun? Logiknya sudah tidak ada lagi orang miskin yang merempat? Muallaf yang dibuang keluarga meminta sedekah dan menagih simpati. Kesemua ini terjadi kerana berlaku pengagihan yang tidak betul dan mengkhianat amanah, maka tunggulah bala daripada Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam “Siapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan orang Muslim, maka ia bukan di kalangan aku”.

Jika mereka pergi mengadu nasib kepada institusi bukan Islam maka Allah SWT akan menyiksa kita kerana mengabaikan saudara seagama mereka. Waliyazubillah
http://idrisahmad.wordpress.com/2011/08/11/puasa-melatih-diri-supaya-simpati-kepada-orang-miskin/

Penghuni Hadzhiratul Qudsi

Imam al-Faqih Abul Laits as-Samarqandi al-Hanafi meriwayatkan Sayyidina `Ali RA menyatakan bahawa di antara sebab bagi Sayyidina `Umar RA untuk menganjurkan sholat Tarawih dilaksanakan secara berjemaah adalah kerana satu hadits yang baginda dengar daripada Sayyidina `Ali RA.

Hadits tersebut menyatakan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Adalah bagi Allah di sekitar arasy itu satu tempat yang dinamakan sebagai "Hadzhiratul Qudsi" yang dicipta daripada nur. Padanya terdapat malaikat - malaikat yang tiada terhitung jumlahnya melainkan Allah ta`ala. Mereka beribadah kepada Allah `azza wa jalla tanpa henti-henti sepanjang masa. Ketika menjelang malam-malam bulan Ramadhan, para malaikat ini meminta keizinan Allah untuk turun ke bumi agar mereka dapat bersholat bersama-sama anak Adam. Maka turunlah mereka ke bumi pada setiap malam tersebut, lalu sesiapa yang disentuh oleh mereka atau menyentuh mereka nescaya dia akan memperolehi kebahagiaan yang tiada penderitaan setelahnya selama-lamanya".

Mendengar sabdaan ini, maka Sayyidina `Umar pun berkata : " Kita lebih berhak untuk ini" (yakni lebih berhak dan perlu untuk memperolehi kelebihan ini), lalu baginda pun menghimpunkan manusia untuk bertarawih secara berjemaah dan menegakkannya.

Diriwayatkan bahawa Sayyidina `Ali RA apabila keluar pada malam bulan Ramadhan dan mendengar bacaan al-Quran dari masjid-masjid dan melihat lampu - lampu yang menghiasi / menyinari masjid-masjid tersebut, berdoa dengan katanya: "Semoga Allah menerangi kuburnya `Umar sebagaimana diterangkannya masjid-masjid dengan al-Quran."

Mudah-mudahan masjid-masjid kita juga sentiasa makmur dengan para mushalli yang beribadah dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT, bukan sahaja dalam bulan yang mulia ini, bahkan dalam bulan-bulan yang lain juga.

Dicatat oleh Abu Muhammad

http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/08/penghuni-hadzhiratul-qudsi.html

Isnin, 8 Ogos 2011

DALAM GOLONGAN MANAKAH KITA BERADA

Puasa umpama laut yg luas & dalam.
Ada yg melihat sampah & buih di atas permukaannya.
Ada yg melihat ikan & hasil laut di dalamnya.
Namun ada yg mampu melihat "emas hitam" (petroleum) di dasarnya.


Jumaat, 5 Ogos 2011

"Universiti" Ramadhan Sebuah Jihad Pentarbiahan Diri


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum sahaja tetapi mengekang hawa nafsu daripada perbuatan yang sia-sia. Beerti jihad berpuasa juga menuntut kita menjaga pandangan mata, telinga, mulut dan hati supaya selari dengan tuntutan syarak. Menahan pandangan daripada perkara yang haram, menahan pendengaran dan percakapan daripada perkara yang sia-sia, akhir sekali menjaga hati supaya sentiasa ikhlas dan mengharapkan keredhaan dari-NYA.

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar ."Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu".
Segala tuntutan itu bukan sahaja beerti mendefiniskan "puasa" itu sendiri, tetapi secara tidak langsung mendidik diri kita semasa berada "universiti" Ramadhan supaya sukses semasa proses pentarbiahan. Akhir sekali momentum kejayaan di "universiti" Ramadhan diteruskan apabila melangkah keluar dari pintu Ramadhan nanti.

Soalnya, Apakah kita sudah bersedia menyiapkan diri untuk ke "universiti" tersebut? Apakah kejayaan Ramadhan sekadar terhenti di kala menjelangnya bulan Syawal? Bersama-sama renungkan...peluang kita adalah sama semasa di dunia, tetapi berbeza dikala hitungan amal di akhirat kelak. Justeru, rebutlah segala ruang dan peluang yang ada di "universiti" Ramadhan yang mulia ini.

Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

http://www.mohamadazhan.com

Khamis, 4 Ogos 2011

Hadis : Jangan Menolak Sedekah

Hadis :
Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : "Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku." Nabi bersabda: "Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu." (Muslim)

Huraian :
Masyarakat moden sekarang lebih mudah dan senang bersedekah. Ini bersesuaian dengan peredaran masa yang membolehkan kita bersedekah menggunakan potongan melalui bank serta yang terbaru bersedekah atau menderma menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon mudah alih. Al-Quran menyebut yang maksudnya:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mu'allaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah:60).
Pada zaman ini tidak hairan jika dikatakan ramai manusia sanggup menipu untuk mendapatkan sedekah. Sebaliknya amat menghairankan dan jarang-jarang berlaku orang yang menolak sedekah sedangkan keadaan fizikal dan hidupnya amat memerlukan. Mereka tidak meminta jauh sekali ingin mendesak dalam mendapatkan sesuatu daripada orang lain. Dalam hal ini Islam sesungguhnya amat menggalakkan kita agar berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan dan Islam tidak menggalakkan kita meminta sedekah.

Namun seandainya sesuatu itu datang tanpa diduga atau diminta ia dianggap sebagai pemberian dan rezeki daripada Allah SWT. Terimalah ia dengan penuh kesyukuran mudah-mudahan rezeki itu akan bertambah bahkan membolehkan kita bersedekah pula kepada orang lain. Kata orang ‘tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah." Dengan perkataan lain Islam menggalakkan kita bersedekah namun Islam tidak sekali-kali menggalakkan kita menjadi orang peminta sedekah.

Selasa, 2 Ogos 2011

5 rahsia nikmati ibadat puasa

DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1.Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.

Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

3. Menyihatkan badan.

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.

Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud: “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103).

http://dakwah2u.blogspot.com

Isnin, 1 Ogos 2011

KEHEBATAN RAMADHAN

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tiba Bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu Neraka dan dibelenggu semua syaitan.”- Riwayat Bukhari

TAZKIRAH RAMADHAN: BERBUKA PUASA

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat  Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum
ianya menjadi lebih besar.

Selamat berbuka dan wassalam.
shukur.com

TAZKIRAH RAMADHAN: KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam
shukur.com

TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183-
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan wassalam.
shukur.com

Jumaat, 29 Julai 2011

11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan

Oleh: al-bahanj

"
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka

Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Shahmuzir Nordzahir
- www.muzir.wordpress.com