Sahabat Ilmu

Khamis, 21 April 2011

Batas aurat antara saudara tiri

Soalan:
Assalamualaikum ..Saya ingin bertanya mengenai batas aurat antara adik-beradik tiri yang bukan seibu sebapa [dalam perkahwinan di mana si lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai anak dari pernikahan sebelumnya].Adakah dikira aurat seperti dengan mahram,atau dengan ajnabi. Dan adakah adik-beradik tiri bukan seibu sebapa itu boleh berkahwin? Terima kasih.

Jawapan:
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam.

Aurat diantara adik beradik tiri yang bukan seibu bapa adalah sama dengan aurat bukan mahram, kerana mereka boleh berkahwin di antara satu sama lain.

Mahram bermaksud orang yang diharam nikah.

Wallahu A'lam

SUMBER: JABATAN MUFTI MELAKA

Tiada ulasan: