Sahabat Ilmu

Ahad, 29 Jun 2014

RAMADHAN KAREEM


♡TAZKIRAH 1 RAMADHAN♡

~Assalamualaikum sahabat2 seIslam~

Diceritakan bahawa Syeikh Abdul Aziz bin Abi Daud menghamparkan tilamnya, lalu ia meletakkan tangannya sambil bkata:

"Lembutnya engkau wahai tilam, tetapi tilam di syurga lebih lembut lagi"

Kemudian ia pun bangun sembahyang malam sehingga masuk waktu subuh.

~Allah...Alllah...hebatnya orang2 soleh di masa lalu..Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita meneladani mereka..aamiiin~

Firman Allah swt:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Surat Al-Isra : 79]

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

1. Jauh daripada segala penyakit
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4. Percakapannya mengandungi hikmah
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2. Dipermudahkan hisab
3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

♡Sama2 kita memohon keoada Allah agar dikurniakan kekuatan dan kemudahan untuk bangun beribadah di malam hari♡

Ustaz Naim
11.30pg/Sg buaya
1 Ramadhan 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Rabu, 18 Jun 2014

☆HUKUM MENGEJEK ORANG SOLEH☆

☆HUKUM MENGEJEK ORANG SOLEH☆

"Menghina dan mengejek-ngejek wali2 dan orang2 soleh dengan tiada ada bukti adalah dosa besar dan Allah Taala akan memerangi mereka sebagaimana dalil hadis2 dan siapa orang yang diperangi Allah maka ia akan binasa pad dirinya atau anak pinaknya atau hartanya. Mengejek-ejek dan menghinakan itu boleh membawa kufur dan keluar dari agama Islam kerana wali-wali dan orang2 soleh itu dimuliakan Allah"

[FATWA BRUNEI BIL 67 M/S 2648]

♡KAMI CINTAKAN ULAMA' & ORANG YANG SOLEH♡

Ustaz Muhamad Naim
Semenyih/10pg
20 Syaaban 1435H
http://ustaznaim.blogspot. com

☆ILMU YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PENTAFSIR AL-QURAN☆



"Syarat mentafsir al-Quran dikehendaki orang yg hendak mentafsirkannya mempunyai 15 ilmu":

1. Bahasa Arab
2. Nahu
3. Tasrif
4. Isytiqaq
5. Ma'ani
6. Bayan
7. Badi'
8. Qiraah
9. Usuluddin
10. Usul Feqah
11. Asbabun Nuzul
12. Qasas
13. Nasikh Mansukh
14. Fekah
15. Hadis yg menerangkan mujmal dan mubham dan
16. Ilmu al- Mauhibah iaitu suatu ilmu yg dikurniakan Allah kpd org yg beramal dgn apa yang ia telah ketahui

Sumber Rujukan:FATWA BRUNEI BIL 39, m/s 878

♡Dari Ibn Abbas r.a: "Dan sesiapa yang mengatakan sesuatu mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri, maka bersiap-siaplah tempatnya di dalam api neraka"♡

~Ust Naim Hashim~
Semenyih/8.00pg
20 Syaaban 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Rabu, 11 Jun 2014

♡Mengenali Sahabat&Mertua Nabi saw (Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a)♡

♡Mengenali Sahabat&Mertua Nabi saw (Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a)♡

1. Nama sebenar: Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr

2. Nasab Abu Bakar bertemu dgn Rasulullah saw pd moyangnya Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai

3. Kata Aisyah r.anha:
" Beliau bkulit putih, kurus, nipis kedua pelipisnya, pinggangnya kecil (sehingga kainnya selalu turun dr pinggangnya), wajahnya selalu berkeringat, matanya hitam, berkening lebar, tidak blh bsajak dan selalu mewarnai janggut dgn inai@ katam"

4. Abu Bakar adalah lelaki pertama yg memeluk Islam

5. Pd awal keislamannya, Abu Bakar tlh menginfakkan harta yg dimilikinya sbyk 40 ribu dirham

6. Abu Bakar mmpunyai kedudukan yg tinggi serta semangat dan kesungguhan yg jitu byk mmberi manfaat kpd Islam

7. Abu Bakar pernah bkahwin dgn bberapa wanita antaranya:

♡Qutailah bt Abd al-Uzza bin Abd bin As'ad semasa jahiliyah. Lahirlah Abdullah dan Asma'

♡Ummu Ruman bt Amir bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman bin Kinanah. Lahir Abdurrahman dan Aisyah

♡Asma' bt Umais bin Ma'ad bin Taim al Khath'amiyyah. Lahir Muhammad

♡Habibah bt Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair dari Bani al-Harith bin Khazraj. Lahir Ummu Kalthum

☆Semoga bermanfaat dan beramal dgnnya☆

Ust Naim Hashim
2.39 pg/Sri Manjung
Rabu/11 Jun 2014
http://ustaznaim.blogspot.com

♡Mengenali Sahabat&Mertua Nabi saw (Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a)♡

♡Mengenali Sahabat&Mertua Nabi saw (Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a)♡

1. Nama sebenar: Abdullah bin Uthman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin Taim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr

2. Nasab Abu Bakar bertemu dgn Rasulullah saw pd moyangnya Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai

3. Kata Aisyah r.anha:
" Beliau bkulit putih, kurus, nipis kedua pelipisnya, pinggangnya kecil (sehingga kainnya selalu turun dr pinggangnya), wajahnya selalu berkeringat, matanya hitam, berkening lebar, tidak blh bsajak dan selalu mewarnai janggut dgn inai@ katam"

4. Abu Bakar adalah lelaki pertama yg memeluk Islam

5. Pd awal keislamannya, Abu Bakar tlh menginfakkan harta yg dimilikinya sbyk 40 ribu dirham

6. Abu Bakar mmpunyai kedudukan yg tinggi serta semangat dan kesungguhan yg jitu byk mmberi manfaat kpd Islam

7. Abu Bakar pernah bkahwin dgn bberapa wanita antaranya:

♡Qutailah bt Abd al-Uzza bin Abd bin As'ad semasa jahiliyah. Lahirlah Abdullah dan Asma'

♡Ummu Ruman bt Amir bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman bin Kinanah. Lahir Abdurrahman dan Aisyah

♡Asma' bt Umais bin Ma'ad bin Taim al Khath'amiyyah. Lahir Muhammad

♡Habibah bt Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair dari Bani al-Harith bin Khazraj. Lahir Ummu Kalthum

☆Semoga bermanfaat dan beramal dgnnya☆

Ust Naim Hashim
2.39 pg/Sri Manjung
Rabu/11 Jun 2014
http://ustaznaim.blogspot.com

Khamis, 5 Jun 2014

~Mengenali Muhammad Rasulullah saw~

Assalamualaikum shbt2 sekelian

♡Perkara2 Yang Khusus Kepada Rasulullah saw♡

1. Musuh merasa takut sblm menemui Rasulullah saw dlm jarak tempoh sebulan

2. Rasulullah saw dianugerahi kefasihan dlm berbicara

3. Terpelihara drpd dosa

4. Keluarga dan keturunan Baginda dilarang menerima zakat dan sedekah

5. Diantara dua bahunya ada tanda kenabian

6.Qiyamullail di wajibkan baginya

7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga

8. Isteri2 Baginda dilarang dinikahi oleh sesiapapun

9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang

10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kpd seluruh umat manusia

♡Kami merinduimu ya Rasulullah♡

Ust Naim
Gunung Keriang/10.22pg
5 Jun 2014/Khamis
http://ustaznaim.blogspot.com

HARGAILAH MEREKA


♡Tips Untuk Ghairah Dalam Perjuangan♡

Assalamualaikum shbt2 seIslam..

♡Tips Untuk Ghairah Dalam Perjuangan♡

1. Melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.

2. Mengkaji sejarah kepahlawanan Islam.

3. Membayangkan serta meyakini pahala dan balasan yang dijanjikan oleh Allah swt.

4. Mencontohi kehidupan para rijal/pejuang pilihan sepanjang zaman dalam menyebarluaskan dakwah ini

Berkata Imam Hasan Al Banna mengungkapkan impiannya dalam ‘Risalahnya Kepada Pemuda’ bahwa ia sanggup menaklukkan dunia dengan rijal-rijal pilihan di bawah binaannya:

“Siapkan 12 ribu rijal-rijal pilihan, aku akan bina mereka dan aku akan taklukkan dunia bersama mereka.”

Firman Allah swt untuk di hayati, difahami dan diberi tindakan dalam kehidupan:

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

[Surah ali Imran ayat 139]

♡Setiap insan yg mengucap 2 kalimah syahadah adalah pendakwah dan pejuang untuk memartabatkan agama Allah swt♡

Ust Naim
Mergong/4.32ptg
5 Jun 2014/Khamis
http://ustaznaim.blogspot.com

LEBIH BAIK DIAM

♡Lebih baik diam jika dihadapkan terhadap persoalan yang belum kita ketahui♡

Firman Allah SWT :

"Janganlah kamu bersikap terhadap sesuatu yang kamu tidak ketahui." (QS al-Isra ': 36).

Sabda Nabi saw:

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di akhirat nanti adalah orang yang paling jelek akhlaknya, orang yang banyak bicara, orang yang bercakap dengan mulut yang dibuat-buat (mereka-reka cerita) dan orang yang sombong"
(Jami 'al-Shaghir)

Selasa, 3 Jun 2014

♡SIFAT UTAMA BAGI PARA WALI ALLAH♡

Assalamualaikum sahabat2 seislam

Berkata Dr.Aidh Abdullah al-Qarni: Ada 10 kriteria bagi para wali Allah:-

1. Ikhlas dalam beramal
2. Menjadikan Rasulullah saw imam, pemimpin dan suri teladan
3. Mencintai dan membenci semata-mata kerana Allah
4. Tidak menyimpan perasaan dengki, benci, dan dendam kepada sesiapa sahaja dari hamba Allah swt
5. Menyempurnakan ibadah2 fardhu dan membekalkan diri dengan ibadah2 sunat
6. Akidah mereka adalah akidah ahli sunnah wal jamaah
7. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta tidak kikir dalam menyebarkan ilmu
8. Sentiasa ingin mencintai dan bersatu dengan kaum muslimin serta tidak menyukai perpecahan
9. Kembali kepada al-Quran dan hadis dalam menyelesaikan perselisihan dan perpecahan
10. Berkata benar dan menjauhi perkataan yang batil

Firman Allah swt:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

[Surah Yunus ayat 61-63]

Muhamad Naim Haji Hashim
11.10pg/Sg Buaya
Ahad/3 Syaaban 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

Isnin, 2 Jun 2014

♡JOM BERFIKIR♡

Assalamualaikum sahabat2 sekelian


Berkata Abu Laith: Jika seseorang ingin mencapai fadilat tafakur, maka hendaklah berfikir dgn 5 cara:

1. Memikirkan ayat2 yg membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah

2. Memikirkan nikmat pemberian Allah

3. Memikirkan pahala yg dijanjikan oleh Allah

4. Memikirkan seksaan hukuman Allah

5. Memikirkan apa yg diredhai dan dimurkai oleh Allah

Firman Allah swt:

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

وَفِي أَنْفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

[Surah az-Zariyat ayat 20-21]

♡Slmt membaca dan berfikir♡

Muhamad Naim Hj Hashim
9.35pg/Sg Buaya
http://ustaznaim.blogspot.com