Sahabat Ilmu

Memaparkan catatan dengan label KHUTBAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHUTBAH. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2011

Undang-undang Islam DiLaksana Kebahagiaan DiRasa


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 12 surah as-Sajadah :

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Maksudnya : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami engkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”

Islam adalah suatu agama yang lengkap dalam mengatur seluruh kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukum ini bukan untuk memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah di mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya. Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan biasanya ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam persoalan puasa antara matlamat daripada pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan penderhakaan terhadap Allah SWT dalam kehidupan disamping baik untuk kesihatan. Begitu juga hukum hudud seperti kerat tangan bagi kesalahan mencuri bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh. Terdapat 6 perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini iaitu [1] memelihara agama atau aqidah, [2] memelihara diri atau jiwa, [3] memelihara keturunan, [4] memelihara maruah [5] memelihara akal dan [6] memelihara harta

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 48 surah an-Nisa’ :

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

Perkara yang paling penting yang wajib kita jaga ialah aqidah daripada terpengaruh dengan ajaran sesat apatah lagi murtad. Pada hari ini begitu banyak masalah dan perkara yang cuba menggugat aqidah umat Islam terutama ketika kebanyakan umat Islam jahil tentang agama mereka sendiri. Berkaitan kesalahan murtad atau keluar daripada agama Islam, sudah ditetapkan hukumannya bunuh melainkan pesalah bertaubat. Aqidah atau pegangan seseorang akan rosak melalui 3 cara iaitu [1] Iktiqad (kepercayan) antaranya dengan meayakini sesuatu perkara yang membatalkan iman, syak pada perkara yang yang wajib beriman dengannya dan syak pada perkara yang dinyatakan oleh agama secara qati’e (putus). [2] Perkataan antaranya mendustakan Allah dan Rasul dan perkara yang wajib beriman dengannya, memaki Allah dan Rasul, engkar perkara yang nyata wajib dengan dalil qati’e (putus), menghalal perkara yang nyata haram atau mengharam perkara yang nyata halal dengan dalil qati’e (putus), mempersenda dan membuat olok-olok dengan agama dan berkata dengan suatu yang menjadikan syirik atau kufur. [3] Perbuatan antanya jangan memperbuat suatu yang menjadikan syirik atau kufur, Jangan memperbuat suatu yang menyerupai syirik atau kufur

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 33 surah al-Isra’ :

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّـهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Kedua kita wajib menjaga diri daripada membunuh orang lain tanpa sebenar atau bunuh diri sendiri. Kita dapat saksikan bagaimana masalah pembunuhan semakin serius termasuk jenayah membunuh diri di mana statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Kebanyakan kes bunuh diri akibat putus asa dalam menyelesaikan masalah seperti hutang, kerja, rumahtangga dan sebagainya. Islam memandang berat masalah ini di mana nabi Muhammad s.a.w telah banyak memberi amaran keras terhadap orang bunuh diri sendiri seperti maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 2 surah an-Nuur:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Islam begitu mementingkan penjagaan terhadap zuriat keturunan dengan mewajibkan kita menutup semua pintu zina termasuk pergaulan bebas, cara berpakaian dan sebagainya. Kita begitu bimbang bila jenayah membuang bayi kembali menghantui masyarakat. Begitu juga hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. Sayyidina Umar Ibni Al-Khattab pernah berpesan, “Didiklah anak-anak kamu, sesungguhnya mereka dilahirkan untuk zaman yang bukan zaman kamu.” Kata syair : Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh, jika akhlak mereka sudah lumpuh mereka pun akan lenyap

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Islam mewajibkan kita supaya menjaga maruah dengan akhlak mulia serta melarang menjatuhkan maruah orang lain termasuk tuduhan zina tanpa bukti dan sebagainya. Islam juga mewajibkan kita supaya menjaga akal daripada dirosakkan terutama dengan arak dan dadah serta perbuatan yang lain yang membawa kepada hilangnya akal. Begitu juga penjagaan syariat Islam terhadap harta supaya tidak dicerobohi sesuka hati termasuk mengambil tindakan yang tegas terhadap kesalahan mencuri dan merompak. Bila kita renungi dengan fikiran yang waras dan matang maka akan menambahkan lagi keyakinan kita terhadap kehebatan Allah dan keadilan sistem Islam di mana semuanya untuk kebaikan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat bukannya sebagai penyekat kebebasan dan penindasan yang menzalimi manusia. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 38 surah al-Maidah:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

http://ekhutbah.wordpress.com/

KHUTBAH JUMAAT: MENGENALI AQIDAH PERJUANGAN

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat Islam dan Iman kepada kita. Dengan nikmat inilah kita menikmati kehidupan hakiki sebagai seorang muslim yang bertaqwa dan mengharapkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Marilah kita menggarap taqwa dengan memperkukuhkan keimanan dan akidah kepada Allah, mendalami ilmu-Nya dan beramal dengan-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Landasan atau asas pokok agama Islam itu ialah menanamkan akidah Tauhid ke dalam setiap sanubari dan jiwa umat manusia.

Segala perbuatan dan tingkah laku manusia sekiranya ingin dilihat berjaya dan memperoleh kemenangan hendaklah ditegak dan dibangunkan di atas akidah tauhid.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 18:

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, demikian juga malaikat-malaikat dan orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian). Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Seseorang wajib meyakini secara teguh dalam hati dan mempercayai bahawa dia mempunyai Tuhan iaitu Allah SWT, tiada suatu pun yang sebanding dengan-Nya. Tuhan Yang Maha Pencipta, Yang Maha Pemurah, Maha Pemberi rezki, Maha Berkuasa Menghidup dan Mematikan dan Dia menentukan suatu kehidupan di akhirat nanti.

Hanya kepada Allah semata-mata disandarkan segala niat dan tindakan manusia dalam hidup dan kehidupannya. Kita wajib bersyukur atas segala nikmat-Nya dan wajib beramal serta mengabdikan diri kepada-Nya.

Para Rasul sejak daripada Nabi Adam a.s hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w menerima tanggungjawab menyampaikan aqidah tauhid ini silih berganti dan mengajak manusia menjauhi segala perkara yang menyimpang dan terpesong daripada akidah Islam. Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 36:

"Sesungguhnya Kami telah mengutus pada setiap umat seorang rasul dengan perintah: "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut (syaitan dan apa sahaja yang disembah selain Allah)." Maka antara mereka yang diberi hidayah oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan".

Aqidah bermakna suatu ikatan yang kuat lagi kemas tersimpul, mempercayai tiada tuhan yang disembah melainkan hanya kepada Allah. Inilah jalan yang membebaskan manusia daripada seluruh perhambaan selain Allah kepada Allah semata-mata.

Apabila kita meyakini dengan teguh dan mempercayai bahawa Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah, bermakna kita hanya menerima Allah SWT sebagai Tuhan kita, Tuhan yang menurunkan peraturan, undang-undang dan hukum-hakam-Nya yang wajib kita patuhi dan kita ikuti.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 57:

Katakanlah: "Sesungguhnya Aku tetap berada di atas bukti-bukti (kebenaran) yang nyata (Al-Quran) daripada Tuhanku; sedangkan kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya (azab Allah); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran, dan Dialah sebaik-baik pemberi keputusan".

As-Syahid Syed Qutub telah menjelaskan dalam Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran, menjelaskan bahawa tidak sah penyembahan terhadap Allah SWT sekiranya kita tidak bersedia menolak segala kepercayaan, peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kehidupan dan perjuangan yang berteraskan Islam sahajalah yang akan mampu bertahan dan istiqamah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan, sebagaimana perjuangan Nabi saw sehinggalah kita mengecapi nikmat Islam dan Iman pada hari ini.

Perjuangan baginda Rasulullah selama 13 tahun di Mekkah, berjuang semata-mata untuk menegakkan aqidah yang satu. Sepanjang masa itu, usaha baginda tiada lain hanya difokuskan kepada menerangkan erti dan makna aqidah tauhid, kemudian menanamkan dan meyakinkannya di dalam jiwa para pengikut baginda, sehingga ianya melahirkan orang-orang mukmin seperti 'Ammar bin Yasir, Bilal bin Rabah dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 23;

"Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya (lalu gugur syahid) dan antaranya ada yang menunggu giliran serta mereka pula tidak berubah sedikit pun (apa yang mereka janjikan)".

Seterusnya baginda menumpukan perjuangannya untuk mempertahankan aqidah mentauhidkan Allah kepada para pengikutnya sekalipun terpaksa berhijrah ke Madinah meninggalkan tanah airnya Mekah. Apa yang menjadi perhatian bagi umat Islam adalah bagaimana aqidah tauhid yang sudah sekian lama tumbuh itu boleh bertahan dan berkembang.

Kemudian setelah Rasulullah s.a.w. wafat, tugas tersebut diwariskan kepada Khalifah dan seterusnya menjadi tugas utama umat Islam keseluruhannya. Iaitu agar aqidah tauhid menjadi kukuh untuk selamanya, meskipun perjuangan ke arah merealisasikannya memerlukan berbagai pengorbanan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujarat ayat 15:

"Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya)".

Demikianlah teguhnya Islam dengan aqidah tauhid atau kepercayaan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sebagai seorang Muslim yang benar-benar memiliki aqidah yang lurus dan benar, marilah kita buktikan dengan sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh membangunkan Islam, menimba dan menyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa beramal memperteguhkan keimanan kepada Allah, melebar luaskan dakwah Islamiyah, berjihad memperkukuh dan membela Islam, sentiasa melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar, hidup dalam suasana tarbiyyah Islam yang menuntun jiwanya sentiasa hidup dan membangun untuk Islam. Mudah-mudahan segala usaha dan jihad kita ini akan dianugerahkan rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

"Oleh itu, orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia hendaklah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Sesiapa yang berperang pada jalan Allah, lalu dia mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar".

( An-Nisa: 74)

Khutbah Jumaat Bacaan 14 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

KHUTBAH JUMAAT - "MINDA TERJAJAH? BEBASKANNYA"

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Umat Islam terdahulu telah berjaya mencipta kegemilangan yang banyak memberi faedah kepada seluruh manusia. Namun keadaan hari ini telah berubah. Umat Islam yang dahulunya hebat, sekarang telah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang. Kenapa perkara ini boleh terjadi?. Di mana silapnya?. Bagaimana untuk kita mengatasinya? Dan bolehkah kita memperbaikinya sedangkan sebahagian umat Islam kini yang minda dan jiwanya masih terjajah walaupun negara telah merdeka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Maksud minda dan jiwa terjajah ialah apabila umat Islam, sekalipun berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu melepaskan diri daripada belenggu cengkaman pemikiran penjajahan dan pemikiran barat. Orang yang mindanya terjajah sentiasa menganggap segala idea, pemikiran dan kejayaan yang datang daripada luar semuanya baik, betul dan perlu diikuti sekalipun perkara tersebut bertentangan dengan syariat Islam. Sebaliknya mana-mana peraturan, idea dan fikiran yang bersumberkan Islam dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak adil dan tidak realistik.

Orang yang mindanya terjajah tidak akan dapat melihat dengan mata hati, tidak dapat berfikir dengan akal fikiran sendiri. Sebaliknya, mereka melihat mengikut apa yang dilihat oleh penjajah dan mereka mendokong fikiran-fikiran yang dikehendaki oleh penjajah. Semuanya menghakis jati diri, wibawa dan kehebatan mereka. Sesungguhnya ini adalah antara hasil perancangan rapi para penjajah yang telah menyedia dan mengatur dasar pendidikan yang mengabaikan hakikat kebenaran Islam. Penjajah berniat jahat dan melakukan kerosakan, terutama merosakkan akal, pemikiran rakyat agar jauh daripada kebenaran syariat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120:

"Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)". . .

Antara matlamat penjajahan ialah mereka mahu supaya para pelajar Islam tidak diajar tentang Islam sebagai satu cara hidup syumul yang menyeluruh untuk keperluan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka hanya diajar mengenai Islam yang menitikberatkan persoalan-persoalan ibadah khusus sahaja. Di samping itu, para pelajar juga disuntik dengan pelbagai keraguan dan salah faham yang dirancang dengan rapi oleh penjajah. Contohnya, anak-anak orang Islam telah disogokkan dengan sejarah Keagungan Eropah, supaya umat Islam sentiasa leka, terkeliru, ragu dan merasa rendah diri serta hina dengan agama Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesan daripada itu, maka lahirlah golongan Islam yang merasa selesa dan berpada melakukan ibadah khusus sedangkan pemikiran, fahaman dan tindakan mereka bertentangan dengan kehendak Islam. Sebab itu di mana-mana negara Islam yang pernah dijajah, sampai sekarang masih terdapat sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi yang mereka miliki masih beroperasi. Dengan Perancangan Pendidikan ini, para penjajah dapat meneruskan agenda mereka dalam menjajah minda umat Islam walaupun negara telah dimerdekakan.

Di samping itu, wujud pula segolongan umat Islam yang tidak yakin, ragu-ragu atau terkeliru. Lebih mendukacitakan lagi ada yang berani mencabar Syariat Islam secara terbuka seperti hukum hudud, faraidh, masalah-masalah judi, arak, zina, aurat, riba, rasuah dan lain-lain. Mereka beriman dengan sebahagian kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain. Atau beriman dengan hukum yang menguntungkan dan meninggalkan hukum yang mereka anggap akan merugikan mereka.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 85;

"Sesudah itu, adakah kamu hanya beriman kepada sebahagian (daripada isi) Kitab Taurat (dalam soal menebus tawanan) dan mengingkari akan sebahagian yang lain (agar tidak membunuh dan sebagainya)?. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu antara kamu, melainkan kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat mereka akan dihumbankan ke dalam azab yang amat berat dan Allah sekali-kali tidak lalai akan apa yang kamu lakukan".

Terdapat segolongan orang Islam yang gagal memahami bahawa Islam mempunyai sistem ekonomi, perundangan, pentadbiran, politik, sosial, Sistem Pendidikan dan Sistem Kemasyarakatan yang sempurna lagi berwibawa. Mereka telah dipesongkan sejak di peringkat sekolah sehinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi. Penjajah juga telah berjaya menjadikan segolongan pelajar muslim terpisah dari akar akidah Islam kerana terpedaya dan terpesona dengan kejayaan lahiriah para penjajah yang dicanang melalui mata pelajaran sejarah keagungan penjajah.

Para penjajah telah menggunakan segala ruang dan peluang untuk mempengaruhi minda, idea dan pandangan umat Islam. Sebab itu mereka sentiasa berusaha untuk meruntuh, merungkai dan melonggarkan keyakinan umat Islam dengan pelbagai cara. Ternyata strategi mereka telah berjaya melahirkan golongan muslim berminda dan berwatakkan penjajah. Walaupun mereka Islam pada namanya, tetapi tingkahlaku, pemikiran dan keyakinan tetap menyanjung kehebatan penjajah.

Mereka menghendaki supaya umat Islam berubah menurut acuan dan Sistem Barat dalam segala bidang kehidupan. Agama Islam perlu diketepikan kerana ianya menjadi penghalang. Penjajah menyatakan bahawa, Islam mempunyai tata hukum tertentu yang menyekat kebebasan manusia. Maka ia perlu dipisahkan dari pemerintahan, pentadbiran, politik dan ekonomi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Begitulah liciknya penjajah, sama ada Belanda, Inggeris atau Komunis. Dengan strategi dan perancangan yang diatur rapi di tanah jajahan masing-masing telah berjaya menggugat serta menyelewengkan akidah sebahagian besar umat Islam. Berabad-abad lamanya umat Islam telah dipaksa menerima pandangan yang tidak tepat mengenai Islam. Saki-baki umat Islam yang terjajah minda dan jiwanya ini telah menjalankan di'ayah sambil mengatakan bahawa syariat Islam tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan sekarang. Maksud mereka, Islam perlu disesuaikan dengan pembangunan dan peredaran zaman bukan sebaliknya. Sesungguhnya golongan ini telah rosak akidah, sesat dan menyeleweng.

Namun kita bersyukur kerana masih ramai golongan yang bangkit dengan tindakbalas positif dan tetap berpegang teguh dengan islam. Di sinilah lahirnya pertembungan yang bakal menimbulkan pelbagai tentangan dan pertelagahan berterusan sehinggalah tertegak dan terlaksananya Syariat Islam yang syumul. Mereka berani, tegas dan istiqamah tanpa jemu menyampaikan risalah, memberi nasihat, teguran, pandangan secara lisan mahupun tulisan dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya Islam sentiasa terpelihara.

Kesimpulannya ;

Berdasarkan hakikat tersebut, nyatalah umat Islam perlu bangkit dan kembali memperbetul serta memperbaiki segala kesilapan yang telah terjadi. Kita mesti membebaskan tanggapan, pemikiran, tindakan dan pandangan salah yang memusnah dan merosakkan imej Islam di mata masyarakat seluruh dunia.

Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi penganut Islam yang walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghancurkannya, namun Islam tetap bertahan dan terus berkembang. Untuk itu umat Islam yang yakin mesti bertindak untuk melakukan;
Pengukuhan kurikulum pendidikan dengan menjadikan akidah, akhlak dan syariat Islam sebagai teras ke arah melahirkan insan yang berakidah, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan, dan berdaya saing.
Memahami pelbagai aktiviti dan strategi yang telah diatur dengan rapi oleh para musuh-musuh Islam bagi merosak akidah umat Islam, dan
Bertindak meningkatkan tahap kepekaan ke arah mengawal diri, keluarga dan masyarakat umat Islam supaya tampil mengatasi pelbagai tipu-daya musuh-musuh Islam yang berpanjangan.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan aktiviti wacana dan program bagi memperjelaskan mesej yang dibawa oleh Islam. Kita kembalikan semula keagunan Islam di persada keunggulannya.

Marilah kita bentuk satu kesatuan, tenaga dan fikrah ke arah meneruskan gerak kerja secara bersepadu bagi menjayakan misi bersama memperkukuh Islam di negeri dan Negara yang tercinta ini. Marilah kita bentuk satu kesatuan; tenaga, fikrah dan hadap ke arah meneruskan gerak kerja secara bersepadu bagi menjayakan misi bersama memperkukuh Islam di negeri dan Negara yang tercinta ini. Marilah kita berpegang-teguh dan istiqamah beramal dengan Syariat Islam. Marilah kita merdekakan minda, matangkan pemikiran dan jelaskan wawasan serta bebaskan minda dari sebarang pengaruh buruk dari luar Islam.

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian)".

(At-Taubah : 32)

Khutbah Jumaat Bacaan 7 Oktober 2011

Jumaat, 30 September 2011

KHUTBAH JUMAAT 30 SEPTEMBER 2011

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Ayat yang dibacakan di awal khutbah tadi menjelaskan bagaimana Allah SWT memberi peringatan kepada manusia yang berbangga dengan bilangannya dan pengikutnya yang ramai sedangkan mereka itu akan menyesatkannya dari jalan yang benar. Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa".(Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba' (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan.

Antara sifat ghuraba' ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud;

"Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku".

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:

"Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman".

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma'ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah SWT, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba' dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba' ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma'ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma'ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba' (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.?. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat?. Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?.

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud;

"Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak".(Riwayat Ahmad)

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan". (Hud :112)

Khutbah Jumaat Bacaan 30 September 2011

Isnin, 29 Ogos 2011

KHUTBAH AIDILFITRI 1432H / 2011M - IBNU MUSLIM


الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اَمَّا بَعْدُ: فَيَاعِبَادَ اللهِ : اُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَ اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ: يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..Kaum Muslimin Yang Berbahagia.
Pagi ini kita semua memiliki perasaan yang sama, yakni gembira. Gembira bukan kerana banyak makanan di rumah kita, bukan kerana wang kita lebih dari cukup atau bukan pula kerana pakaian kita baru. Tapi kita gembira kerana berada dalam kesucian jiwa, kebersihan hati setelah melaksanakan ibadah Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan maghfirah yang telah disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun. Tetapi malangnya di Malaysia, kelebihan dan keberkatan beramal di bulan Ramadhan tidak begitu tertonjol kerana ditenggelami oleh seruan keseronokan menyambut 1 Syawal. Keseronokan raya diwar2kan, dipromosi oleh radio, televisyen, gedung2 pakaian, gedung2 membeli belah melampau-lampau sehinggakan kedahsyatan pahala ramadhan,lailatul qadar, peristiwa nuzul al-Quran, peperangan Badar dan pelbagai lagi tawaran2 Allah sepanjang Ramadhan pada tahun ini telah dilupakan dan disambut sekadar sambil lewa, ala kadar dan cukup makan sahaja.

3 fasa yang kita lalui sepanjang di bulan Ramadhan iaitu fasa kerahmatan, fasa keampunan dan fasa pelepasan dari api neraka..ini semua merupakan nikmat Allah yang besar pada hamba-hambaNya…tapi kita sangat sedih..bila menjelang sahaja hari raya…terlondeh semua tawaran-tawaran Allah pada kita sebagaimana yang dijanjikan. Sejak seminggu sebelum raya lagi, keluarlah iklan2 di TV, rancangan-rancangan menarik menjelang Eidul Fitri..bermula malam raya sehingga berminggu-minggu..bermacam-macam bentuk hiburan, kemaksiatan, kemungkaran, pesta dan sebagainya..

Sebab itulah pada bulan Ramadhan walaupun syaitan dirantai dan dipenjarakan tetapi masih ramai manusia yang malas beribadah, malas ke masjid solat berjamaah, malas baca al-Quran, malas solat tarawih, malas solat witir, malas berqiamullail bahkan ada yang masih melakukan kejahatan dan kemaksiatan sepanjang ramadhan. Semua ini berlaku kerana sebelum syaitan dirantai mereka telah dilantik secara rasmi oleh syaitan untuk menjadi pengganti syaitan selama mereka dipenjarakan. Firman Allah swt:

Apakah sifat Iblis dan syaitan?? Sifat Iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah ialah sombong tidak mahu tunduk & sujud kepada arahan Allah dan membisikkan agar manusia melakukan kejahatan dengan menentang perintah Allah? Sekali sahaja Iblis membantah arahan Allah supaya dia sujud kepada Adam, diulangi hanya sekali sahaja Iblis menentang dan komplen arahan Allah, Iblis terus dihukum oleh Allah sebagai KAFIR DAN DIHALAU KELUAR DARIPADA SYURGA SELAMA-LAMANYA. Firman Allah swt:


Kita pada hari ini bukan sekali tidak mahu sujud kepada Allah tetapi ada manusia sehari lima kali tidak mahu sujud kepada Allah, sehari 5 kali membantah perintah Allah, sehari 5 kali melawan arahan Allah- itu untuk perintah solat sahaja, bagaimana pula kita tidak mahu tunduk pada perintah supaya berpuasa, berzakat, berhaji di mekah, berekonomi secara Islam, berniaga secara Islam, kenduri kawin secara Islam, berpakaian secara Islam, mengagihkan harta pusaka scara Islam, berhari raya secara Islam, berpolitik secara Islam, memerintah secara Islam, mengundi secara Islam, dan sebagainya mestimikut Islam..semuanya kita bantah..hari ini kita bukan sahaja tidak sujud kepada Allah dalam perintah solat tetapi segalanya perintah Allah kita lawan dan langgar. Persoalannya bagaimanakan kedudukan kita dihadapan Allah di mahsyar nanti jika kita mati tidak sempat bertaubat dan dalam suasana sedang menentang arahan Allah pemilik alam ini. Adakah kita layak untuk mendapat syurga Allah atau dihina seperti Iblis laknatullah dan terus ditendang ke dalam neraka Allah swt. Oleh itu, jika kita juga tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah, kepada peraturan&sistem Allah, kepada hukum dan undang2 Allah, kepada perintah dan larangan Allah maka kita sebenarnya ADALAH SYAITAN DIKALANGAN MANUSIA..Ingatlah pesanan Allah yang berbunyi:

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd - Saudaraku Sidang Jemaah Sekelian,
Sebenarnya tiada hari raya bagi orang Melayu. Orang Cina ada hari raya cina, tahun baru cina, perayaan naga dan macam2 lagi. Orang melayu tiada hari raya melayu, tiada tahun baru melayu. Yang ada hanya Baju Melayu dan Keretapi tanah Melayu. Kita perlu ingat bahawa hari ini dan setiap 1 syawal kita menyambut hari raya kerana menumpang hari raya Islam. Aidilfitri dan aidiladha adalah hari raya Islam bukan hari raya Melayu- orang Melayu, cina, india, orang asli, orang amerika, orang afrika yang mengucap 2 kalimah syahadah menyambut hari raya aidilfitri. Oleh itu kita kena sedar bahawa apabila kita sambut aidilfitri bermakna kita tumpang hari raya Islam dan MESTI SAMBUT MENGIKUT PERATURAN DAN GAYA ISLAM BUKANNYA GAYA MELAYU.

Persoalannya apakah perbezaan diantara hari raya Melayu dan hari raya Islam.??

Hari Raya Melayu disambut dengan bergembira tanpa batasan hukum hakam agama dan disambut macam tiada pegangan agama. Saban tahun, tiada perubahan malah semakin menjadi-jadi, dengan dentuman2 mercun dan bunga api sejak di bulan ramadhan lagi. Sebenarnya budaya bermain mercun adalah budaya orang cina dalam perayaan mereka iaitu untuk menghalau roh-roh yang jahat. Persoalannya, orang Melayu sambut raya dengan budaya mercun untuk apa?? Adakah untuk halau hantu sedangkan orang yang bermain mercun itulah sebenarnya hantu kerana mereka melakukan suatu perkara yang sangt dibenci oleh Allah iaitu pembaziran. Firman Allah swt dalam surah Israk:


Muslimin Muslimat Rahimakumullah, Perayaan aidilfitri orang Melayu juga dicemari dengan gelagat artis yang terkedek-kedek menari, melalak, mendedahkan aurat, berpakaian jarang, bergaul bebas, bersalam-salam tanpa mengira mahram ataupun tidak, menghabiskan duit beratus dan beribu ringgit bukan untuk berderma dan bersedekah tetapi untuk perhiasan-perhiasan diri dan perabot rumah, beli tv baru dan sebagainya yang melampaui batas seolah-olah itulah sebenarnya tuntutan hari raya dalam Islam. Untuk makluman, itu bukan hari raya Islam tetapi hari raya syaitan. Sebulan di bulan Ramadhan, syaitan dan iblis dibelenggu dan dilepaskan apabila selesai umat Islam menunaikan solat sunat hari raya..maka mereka bertempiaranlah lari merayakan kebebasan mereka..apakah kita sebagai manusia nak samakan diri kita dengan syaitan yang menganggap selesainya Ramadhan, tibanya Syawal maka bolehlah kita merayakan pelepasan kita dari menunaikan puasa semahu-mahunya tanpa mengira halal dan haram. Makan semahu-mahunya memenuhi kantong perut seperti orang yang kebuluran tidak makan sebulan lamanya.

Tak kira dalam semua segi, pengisian hari raya pada hari ini lebih kepada maksiat dan mungkar…pawagam-pawagam melambai-lambai rindu..menghidangkan cerita-cerita menarik untuk mengisi aktiviti hari raya..maka berbondong-bondonglah para remaja bersama pasangan masing-masing berhari raya di pawagam-pawagam…bukan itu sahaja..ada yang lebih suka berhari raya bersama kekasih masing-masing ditaman-taman bunga dari menziarah nenek dan tok wan yang telah tua di kampung. Lebih teruk lagi, ada yang lebih rela bersalam-salaman dengan kawan-kawan dari mengucup tangan ayah bonda memohon kemaafan… tidak kurang juga yang berhari raya seharian didepan televisyen menonton pelbagai rancangan yang dihidangkan sehingga tetinggal solat fardhu dan tiada lagi tuntutan ziarah-menziarahi, silaturrahim dan perasaan untuk membesarkan Allah.

Sedangkan hari raya sebenar yang disebut dalam Islam merupakan hari fitrah manusia kembali seperti bayi yang baru lahir bersih dari dosa kerana keampunan Allah sempena Ramadhan yang dilalui..tetapi berapa kerat yang nak ambik peduli benda-benda macam ini.. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فَرَضَ صِيَامَ رَمَضَانَ وَسَنَنْتُ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ وَقَامَهُ إِحْتِسَابًا خَرَجَ مِنَ الذُّنُوْبِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.

Allah yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunnahkan shalat malam harinya. Barangsiapa puasa Ramadhan dan shalat malam dengan mengharap ridha Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang dilahirkan ibunya (HR. Ahmad).

Ketika menjelangnya hari raya, Allah SWT memerintahkan supaya mengagungkan-Nya dan membesarkan-Nya dengan iringan rasa syukur di atas petunjuk-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala inilah antaranya, maka disunnahkan bagi umat Islam supaya bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau disebut sebagai takbir hari raya. Umat Islam disunnahkan untuk bertakbir dengan suara yang lantang serta sebanyak-banyaknya di pagi hari raya ketika menuju ke tempat solat (musholla) sehingga ditunaikan solat aidilfitri.

Seiring dengan perintah mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita perlulah berusaha sedaya-upaya untuk meninggalkan apa jua bentuk maksiat atau perbuatan menyambut hari raya dengan amalan-amalan yang bid’ah dan mungkar. Malah hari raya ini sendiri diberikan oleh Allah swt antaranya sebagai ganti kepada bentuk-bentuk perayaan kaum jahiliyyah terdahulu. Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata;

قَدِمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْفِطْرِ، وَيَوْمَ النَّحْرِ

“Ketika mula-mula Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk Madinah ketika itu memiliki dua hari khusus untuk bergembira yang padanya mereka selalu bermain-main di masa Jahiliyah. Maka beliau kemudian bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari tersebut dengan yang lebih baik lagi darinya. Iaitu ‘Ied al-fithri dan hari an-Nahr (‘Ied al-adh-ha).” (Hadis Riwayat Ahmad, 19/65, no. 12006. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd -Sidang Hadirin Yang Berbahgia,
Sampai bila budaya-budaya sedemikian harus dibiarkan….budaya mencemarkan kesucian Syawal anugerah Allah kepada kita…..jadi..pihak ibubapa kenalah prihatin dan bertanggungjawab dalam hal ini kerana rosak anak-anak adalah disebabkan rosaknya ibubapa dan rosak rakyat adalah disebabkan rosaknya pemimpin. Selamat menyambut hari raya aidilfitri mengikut cara dan tunjuk ajar daipada Islam dan jangan sesekali menyambut aidilfitri dalam kemurkaan dan laknat Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du:


Sidang Jamaah sekelian,

Setelah berakhirnya Ramadhan, pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai. Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan. Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11 bulan.

Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan. Sesungguhnya, usia mati kita lebih lama daripada usia hidup. Bekerjalah semasa hidup untuk membolehkan kita berehat semasa mati. Janganlah banyak berehat semasa hidup hingga menyebabkan kita dikerjakan selama mati!

Daripada Abi ‘Umar (ada yang memanggilnya Abi ‘Amrah) bin ‘Abdillah radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Aku berkata, “Wahai Utusan Allah, katakanlah buatku berkenaan Islam perkataan yang aku tidak lagi perlu bertanya kepada sesiapa selainmu.” Kata Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim]

Akhirnya, marilah kita akhiri ibadah solat kita pada pagi ini dengan sama-sama berdoa:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ اِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ.

Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan doa.

اَللَّهُمَّ انْصُرْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ النَّاصِرِيْنَ وَافْتَحْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ وَارْحَمْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ وَارْزُقْنَا فَاِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِيْنَ وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ
Ya Allah, tolonglah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Menangkanlah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kemenangan. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi pemberi ampun. Rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat. Berilah kami rizki sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi rizki. Tunjukilah kami dan lindungilah kami dari kaum yang dzalim dan kafir.

اَللَّهُمَّ اِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَسْبَعُ وَمِنْ دُعَاءِ لاَيُسْمَعُ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tak khusyu dan jiwa yang tak pernah merasa puas serta dari doa yang tak didengar (Ahmad, Muslim, Nasa’I).

رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di akhirat dan hindarkanlah kami dari azab neraka

Allahu Akbar 3X Walillahilhamd..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
TAQABBALALLAHU MINNA WAMINGKUM TAQABBAL YAA KARIM

Khamis, 28 Julai 2011

Khutbah Jumaat Di Ambang Ramadhan: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri

khutbah-hajah-ramadhan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Kurang 2 hari lagi, kita akan menerima kunjungan bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan saban minggu di atas mimbar Jumaat ini.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

2_183

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu kamu bertaqwa”

Namun tidak semua manusia dengan mudah, dapat memahami apa yang dikehendaki oleh Allah melalui ibadah ini.

Sejarah mencatat, pada tahun 1961 umat Islam digemparkan apabila Presiden Tunisia pertama, Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutama dari kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk menunjukkan tahap keseriusan beliau dengan perintah ini, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai dengan mesej, “kami memaksudkan apa yang kami kata!”

Alasan Habib Bourguiba menghalang puasa di bulan Ramadhan itu ialah, puasa mengurangkan produktiviti negara!

Apa pendirian kita?

Apakah kita bercita-cita untuk melihat ada pemimpin negara ini yang menjejaki polisi Habib Bourguiba? Naudhubillah min Dzaalik!

Kita mungkin marah dengan Habib Bourguiba. Pandangannya itu amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Malah ia menyalahi seluruh catatan sejarah umat Islam. Apakah Habib Bourguiba tidak tahu, bahawa di bulan puasa itulah, umat Islam mencapai kemenangan di dalam Perang Badar? Kota Mekah dibebaskan di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam 700 tahun, berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi juga berlaku di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Apakah Habib Bourguiba buta sejarah?

Beliau mungkin buta sejarah. Beliau juga mungkin tidak buta sejarah. Namun apa yang penting ialah, ia adalah SEJARAH. Ia buat semasa. Ia bukan kita. Ia adalah sejarah.

Bagaimana pula dengan apa yang ada di depan mata?

Lupakan seketika Tunisia. Lihat sahaja budaya kita di Malaysia. Apakah kita hebat di bulan Ramadhan? Apakah kita produktif di bulan Ramadhan? Di bulan Ramadhan, mesyuarat sangat sukar untuk dijayakan kerana semua orang kebuntuan idea, menguap dan tumpul kepala di dalamnya. Di bulan Ramadhan, kita tangguhkan projek-projek penting ke lepas raya. Jika di bulan lain kita habis bekerja pada jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan.

Tidakkah semua itu mengiyakan apa yang didakwa oleh Habib Bourguiba? Tidakkah semua itu petanda bahawa kita memang tidak produktif di bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

Namun, silapnya Habib Bourguiba itu adalah pada kedunguannya menyalahkan puasa dan Islam. Suatu pemikiran yang cacat.

Jika anda melihat sebuah kereta Mercedez terbengkalai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan syarikat Mercedez dan teknologinya? Mustahil. Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Sebaliknya kita akan tunding kesalahan itu kepada pemandunya. Setelah diberi Mercedez, masih boleh melanggar tiang lampu. Tetapi bagaimana pula dengan Islam dan Muslim? Mengapakah kelemahan umat Islam, kecacatan umat Islam, justeru Islam yang dipersalahkan?

Sidang Jumaat sekalian.

Jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, buktikanlah ia. Jangan bergantung hanya kepada hujah kata-kata bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Sejarah semata-mata. Sebaliknya buktikan dengan perbuatan, Ramadhan menambah kualiti diri, bukannya mengundang malas, lesu dan hilang produktiviti.

Kaum Muslimin, rahimakumullaah,
Telah diriwayatkan, tatkala tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w akan mengingatkan para sahabat telah erti dan nilai bulan yang mulia ini. Semuanya adalah untuk mengingatkan kita agar mengambil peluang yang diberikan oleh Allah ini. Misalnya di dalam sepotong hadith, Baginda s.a.w. bersabda:

kemudahan-ramadhan

Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

Sidang Jumaat sekalian,
Apakah sebenarnya yang ada pada ibadah puasa di bulan Ramadhan, sehingga ia dijanjikan dengan sebuah kehebatan?

Jika seorang itu tidak makan kerana tiada makanan, keadaan itu tidak akan mendidik dirinya dengan sebarang nilai pendidikan. Jika seseorang itu tidak minum kerana tiada minuman, keadaan itu tidak akan melatihnya dengan sebarang nilai latihan. Tetapi jika seseorang itu ada segalanya untuk dimakan, namun beliau memilih untuk tidak makan kerana mahu mematuhi Allah SWT, maka di situlah datangnya nilai Tarbiyah.

Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri.

Tidakkah kita ingat, kepada peringatan Allah SWT di dalam al-Quran:

jatsiah_23

Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Oleh itu, mengapa tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyyah : 23]

Seorang manusia menyembah Tuhan palsu tanpa perlu menyembah berhala. Dia mengambil Tuhan palsu dalam hidupnya apabila hawa nafsunya sendiri diutamakan, membelakangi perintah dan suruhan Allah SWT. Apabila manusia menjadi hamba kepada dirinya sendiri, dia menjadi sesat walaupun berilmu. Malah sesatnya menebal hingga menutup mata, telinga dan hatinya daripada peringatan. Semua itu berlaku apabila seorang manusia tidak mampu berkata TIDAK kepada kemahuan-kemahuan diri, sebaliknya sentiasa mengikut perasaan dan kata nafsu dalam kehidupan.

Alangkah besarnya bencana manusia seperti ini.

Justeru Allah datangkan Ramadhan dan ibadah puasa, agar manusia belajar mengawal diri. Belajar untuk mampu berkata TIDAK kepada sebahagian kehendak diri yang diciptakan Allah kita ini ada kecenderungan kepada kebaikan dan ada kecenderungan kepada kejahatan.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:

syadidsur-ah

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]

Pandangan ramai mungkin melihat juara gusti sebagai orang yang gagah.

Tetapi Rasulullah SAW menegaskan bahawa, kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya, terutamanya ketika marah. Manusia yang gagah atau lemah, mudah tertonjol warna sebenarnya ketika marah. Seorang juara gusti tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya, apabila gagal menahan marah. Seorang billionaire yang mampu membeli apa sahaja, gagal menyelamatkan perniagaannya apabila hilang pertimbangan ketika marah.

Marah boleh membuatkan seorang manusia bertindak menghancur binasakan dunia. Manusia yang mampu mengawal diri kita diri terbakar disambar api kemarahan, itulah manusia yang gagah.

Kerana itulah di bulan Ramadhan, selain latihan mengawal diri daripada makan dan minum, Islam juga datangkan beberapa siri latihan lain untuk mengukuhkan proses ini.

Sabda Nabi SAW:

akupuasa

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Kawal diri dari makan dan minum. Kawal diri dari larut dalam perkara yang sia-sia. Kawal diri dari kelakuan dan percakapan sumbang dan lucah. Jika dicela, dimaki hamun atau diperbodohkan, secara khusus di bulan Ramadhan ini, jangan dibalas provokasi itu, sebaliknya kawallah diri. Nyatakan, “aku berpuasa”. Ia bukan suatu kekalahan apabila tidak membalas. Tetapi ia adalah suatu latihan untuk meningkatkan daya mampu mengawal diri dan berkata TIDAK kepada perkara-perkara yang mengundang mudharat dan kerugian.

Sidang Jumaat sekalian,
Ambillah ini sebagai suatu proses yang dilatih secara tubi.

Semasa membeli di Bazar Ramadhan, semasa membeli barangan untuk sambutan Aidilfitri, pastikan kita peka kepada proses mengawal diri ini. Belajarlah untuk berkata tidak.

Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, kuranglah penceraian yang berpunca dari suami isteri yang hilang kawalan diri, kuranglah rasuah daripada berlaku ketika pekerja kurang daya mengawal diri, kuranglah sambutan terhadap hiburan melampau tatkala masyarakat kurang mampu mengawal hawa nafsu dan kehendak diri. Semoga dengan daya mengawal diri yang baik, bercambah-cambahlah kebaikan dalam hidup kita semua, ameen.

tutupkhutbahsatu

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Selasa, 7 Jun 2011

KHUTBAH JUMAAT DI BACA PADA 3 JUN 2011

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian.Firman Allah dalam ayat 77 surah Ali ‘Imran:

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih

Masa berlalu semakin cepat dan pantas sebagai peringatan besar kepada kita semua bahawa dunia kini berada dipenghujung usianya iaitu semakin hampir kepada berlakunya Qiamat yang dahsyat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita. Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan yang begitu banyak kepada kita agar tidak terheret dan ditenggelamkan oleh fitnah akhir zaman dengan berpegang kemas kepada al-Quran dan sunnah nabi. Akibat fitnah yang begitu dahsyat terhadap keimanan sehingga digambarkan oleh nabi bagaimana ada orang yang beriman pada pagi harinya tetapi kufur pada petangnya, ada yang pada petangnya beriman tetapi menjadi kufur pada pagi keesokannya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah. Dunia menjadi matlamat hidup sehingga akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu Allah diketepikan

Sidang Jumaat Sekelian..

Khutbah hari ini akan memperkatakan mengenai isu2 besar yang berlaku sepanjang bulan Mei 2011 dan yang sedang berlaku hari ini untuk kita bermuhasabah agar kehidupan kita di hari esok lebih baik dari hari ini dan minggu depan lebih baik dari minggu ini, serta bulan depan lebih baik dari bulan ini. Sepanjang bulan 5, masyarakat negara kita dibentangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada tv, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat baik, yang zalim dianggap adil, yang rosak didakwa berguna, yang hak dihukum batil, yang benar dipandang dusta. Apa yang lebih malang apabila hukum agama dipermainkan sesuka hati termasuk dalam isu sumpah laknat jika sebelum ini dalam tuduhan liwat, kini dalam tuduhan zina. Budaya suka bersumpah laknat dibiarkan berlaku sedangkan dalam perundangan Islam jelas masalah ini mesti diselesaikan di mahkamah sama ada yang dituduh jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hudud atau yang menuduh boleh dikenakan hukum Qazaf jika berdusta. Jika budaya sumpah laknat dibiarkan berleluasa akhirnya menyebabkan hilangnya fungsi mahkamah kerana semua masalah akan diselesaikan melalui sumpah sahaja. Apa yang lebih menakutkan apabila perbuatan ini akan menyebabkan turun laknat yang begitu dahsyat daripada Allah

قال الرسول الْكَبَائِرِ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ و قَتْلُ النَّفْسِ وَالْيَمِينُ الْغَمُوس

Maksudnya: “Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta.”

Ibn Hajar Al-‘Asqalani menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah satu daripada dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam ‘Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat’, sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu dalam menghadapi berita fitnah dan tidak jelas maka ikutilah nasihat ulama’ besar iaitu Abu Laith al-Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan percaya kerana orang yang memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya. Kedua, kamu harus mencegah dari fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu wajib. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa. Keempat, kamu jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu, sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan memberitahu sesiapapun segala fitnah disebarkan itu

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sepanjang bulan ini kita disajikan dengan penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau yang kesannya akan membawa kehancuran kepada masyarakat seperti isu seks yang dibicara secara terbuka bukan sahaja menjatuhkan maruah sebelum dibicara malah merosakkan minda terutama remaja yang ingin tahu dan mencuba benda yang negatif. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini mengutuk tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh pengamal media yang tidak amanah ini. Jika pada zaman nabi tugas jahat ini dimainkan oleh penyair-penyair maka pada hari ini ia diteruskan oleh wartawan yang tidak beretika kerana menurut perintah orang atasan yang mementingkan harta dan takhta.Begitu juga dengan tiupan api perkauman sempit bagi menggambarkan suasana keamanan negara yang semakin tergugat sedangkan yang tergugat oleh pangkat golongan yang menindas rakyat. Amaran Allah akan berlakunya penindasan bila kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan kroni sahaja tidak dipeduli sedangkan setiap kali harga barang naik dengan alasan menjimatkan subsidi negara diterima dengan dada yang lapang sedangkan betapa banyak kekayaan negara hancur akibat rasuah, pecah amanah dan pembaziran. Betapa malangnya apabila amaran nabi agar tidak memilih pemimpin yang tidak berkelayakan seperti zalim dan tidak amanah akan menyebabkan berlakunya huru hara tidak dihirau sedangkan alasan lapuk seperti kenaikan harga gula bagi mendidik rakyat supaya tidak terlalu banyak menggunakan gula bagi menjamin kesihatan boleh diterima bulat-bulat. Jahiliah hanya akan berterusan apabila kejahilan rakyat disuburkan tetapi bila rakyat semakin berilmu serta bijak berfikir maka jahiliah yang zalim semakin lemah dan bakal menyembam tanah bila-bila masa sahaja. Kita semua sebagai umat Islam yang mengaku berpegang dengan quran dan ajaran nabi Muhammad wajib berjuang dan menyumbang dalam mendirikan keadilan dan kehebatan Islam di atas runtuhan jahiliah tersebut.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah..

Kita juga merasa kecewa bila isu agama seperti isu Kristian mahu dijadikan agama rasmi negara dimainkan oleh media dan cuba dijadikan senjata dalam menjaga takhta dan harta sesetengah golongan. Kita akui bagaimana licik dan bersungguhnya Kristian dalam menyebarkan agamanya di negara ini namun untuk memainkan isu yang berunsur fitnah itu bukan menyelesaikan masalah bahkan ia semakin teruk. Pemimpin sepatutnya lebih bersungguh dalam menangani masalah murtad dan kerosakan akhlak akibat hiburan dan cara hidup yahudi dan Kristian yang semakin subur dalam kehidupan seharian umat Islam bermula cara berpakaian, pergaulan bahkan pemikiran. Ini ditambah lagi dengan pengekalan perundangan penjajah dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Rakyat perlu sedar siapa yang bertanggungjawab dalam mengurangkan jumlah bilangan ahli parlimen yang beragama Islam, siapa yang menjadi dalang dalam melemahkan pusat pengajian agama, mahkamah syariah yang semakin dipertikaikan termasuk hukum qazaf yang sedia ada diketepikan, kedudukan mufti yang tidak berkuasa. Sepatutnya Islam yang diiktiraf oleh perlembagaan negara diperkasakan dengan memberi ruang kepada sistem Islam, hukum Islam, undang2 Islam, perundangan Islam untuk dilaksanakan&didaulatkan bukan semakin dimandulkan peranannya.

Sidang Jumaat Sekelian..

Satu perkara lagi yang sangat membimbangkan sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar the Star bertarikh 22 mei 2011 satu lagi rekod dunia telah tercatat apabila Malaysia disenaraikan di tangga yang ke 10 sebagai pengguna/penggila arak yang terbesar di dunia. PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk kalau nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi. ‘Ranking’ ini telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semasa melancarkan risalah dan seminars dalam “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” anjuran ‘ The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). Malaysia dikira hebat meminum arak atau alkohol kalau dibandingkan dengan negara-negara Mat Salleh yang lain kerana saiz penduduknya yang kecil tapi kuat tunggang arak. Kadangkala orang Malaysia ini mabuk dan mereng lebih dari Mat Salleh mabuk khasnya malam-malam di Jalan2 di Kuala Lumpur.

Statistik oleh badan antarabangsa tahun ini juga bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alcohol/arak dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita. Hakikatnya pengambilan alkohol di negara ini semakin serius dan ini tidak termasuk arak-arak haram seperti samsu, todi dan tuak yang diproses dalam ladang-ladang sawit. Jika gejala ini tidak disekat Malaysia akan dilanda Tsunami Alkohol dan akan hanyut lemas dihempas ombak alkohol dan pada ketika itu keadaan sudah terlewat.

Saudaraku Sekelian..

Melihat kepada pelbagai masalah, isu2 semasa, bala daripada Allah yang berlaku di depan mata termasuk tergugatnya Aqidah, terancamnya nyawa manusia, rosaknya keturunan dengan merebaknya zina dan anak zina, rosak akal dengan mabuk arak atau dadah serta rompakan dan kecurian, fitnah-memfitnah, penyebaran video seks, kecelaruan politik, keruntuhan akhlak, berleluasanya maksiat dan mungkar di segenap bumi allah ini, maka tiada ubat paling mujarab kecuali kembali kepada Islam, kembali kepada pemerintahan Islam, kembali kepada perundangan Islam, kembali kepada tunjuk ajar Islam serta ubah pemerintahan sekular sedia ada kepada pemerintahan Islam dan negara Islam yang sebenar dibawah lembayung kepimpinan dan pemerintahan ulamak dalam pilihanraya ke 13 yang semakin hampir tiba.

Pastikan segala ibadat wajib dilaksanakan dengan penuh kualiti sebagai perisai diri daripada terjerumus ke lembah maksiat dan jenayah, seumpama solat kita- biar ada ruh yang mampu mencegah daripada melakukan kemungkaran bukan hanya sekadar menunai perintah wajib sahaja. Pastikan al-Quran bergerak dalam diri dan system kehidupan bukan setakat tergantung di dinding sebagai perhiasan dan tersimpan di dalam almari sebagai koleksi sahaja. Contohilah bagaimana bergerak dan hidupnya al-Quran pada zaman nabi, para sahabat dan pemimpin Islam sebelum ini yang mendatangkan kegemilangan dalam mentadbir dunia dengan agama. Selagi hukum Allah diketepikan maka semakin banyak dan parah bala Allah yang turun silih berganti. Bersamalah dengan panduan Islam dan jemaah Islam nescaya kita bahagia di dunia dan diakhirat.

Dan kalaulah kebenaran itu (terpaksa) tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta Segala Yang adanya. (bukan sahaja Kami memberikan ugama Yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran Yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran Yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (Al-Mukminun 71)

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN OLEH IBNU MUSLIM DI SURAU AL-IKHLAS BDR SG BUAYA RAWANG

Jumaat, 29 April 2011

KHUTBAH JUMAAT 29 APRIL 2011

cid:image001.gif@01CB4059.9ADCF4F0


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia yakni Allah. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Firman Allah SWT:

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)” [Surah al-An’aam 6: 162-3]

Saudaraku Sidang Jumaat Sekelian,
Demi Allah yang nyawa kita semua berada didalam tanganNya yakni Allah-tuhan sekelian ‘alam! Sesungguhnya zaman ini kita berada di bawah langit dan bumi yang penuh dengan kemurkaan Allah,terkecuali kita mendapat rahmat, perlindungan dan keampunan allah. Pada hari ini syirik telah menguasai tauhid, maksiat terlalu banyak dan taat hanya sedikit, kemunafikan bermaharajalela, pendustaan dan bida’ah agama di merata-rata, kejujuran dan ikhlas sudah tiada, orang yang benar-benar takut kepada allah hanya satu dalam beribu-ribu, amanah allah telah dikhianati dan ibadat sudah tidak dipedulikan lagi, urusan duniawi dipandang tinggi dan akhirat terus dilupai dan tidak dipeduli, alim ulama’ mabuk dengan gaji yang menjadi tuhan-tuhan duniawi, imam, pendakwah, ustaz2 sudah di ikat dengan wang maka hilanglah takut kepada allah bertukar bimbang dan takut kepada makhluk. Pemimpin, pemerintah2 semakin tamak, gila kuasa dan hilang pedoman.
Perempuan-perempuan di zaman ini hilang malu dan harga diri, perempuan-perempuan sekarang kebanyakannya berpakaian tetapi bertelanjang, mereka tidak lagi takut kepada azab(laknat) allah! maka tercetuslah nafsu lelaki menjadi buas dan zalim. Maka rogol dan pembunuhan tidak dapat dibendung lagi, penzinaan dan muqaddimah zina menjadi kebiasaan, minuman arak menjadi kegemaran, judi dan riba menjadi kemegahan, lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki, dadah dan hiburan menjadi pemujaan, majalah, akhbar yang mendedah tubuh wanita bebas dijual dimerata tempat dan hasil jualannya diberi makan kepada anak-isteri, tempat-tempat penginapan yang sulit, rumah urut, rumah-rumah rahsia gelap, filem-filem lucah, video seks, bar, dan disco mendapat sambutan hangat dan pembelaan serta pembiayaan tetap.Tv dan akhbar menjadi panduan dan kitab rujukan manusia pada hari ini, rumah-rumah kediaman telah menjadi panggung-panggung wayang, alim-ulamak tidak berani memberi fatwa mengenai tv dan filem-filem yang bercanggah dengan hukum syarak kerana hendak menjaga hati orang yg berkuasa dan hati orang ramai. Makhluk didahulukan, Allah dikemudiankan.
Saudaraku Sidang Jumaat Sekelian,
Hari ini, Masjid dan surau tidak lagi menjadi tempat mendekati diri kepada Allah tetapi menjadi tempat perebutan pangkat dan kemasyhuran. Rumah2 Allah ini kosong dan sunyi dengan penghuni berbanding pusat2 membeli belah, tempat memancing, pasar malam, padang2 golf, padang2 bola, stadium yang sentiasa penuh dengan pengunjung untuk bertafakur dan beribadah disana. Permainan dan pekerjaan menjadi lebih utama daripada ibadat. Solat dan puasa sudah menjadi adat bukan lagi ibadat, akhlak UMAT semakin rosak dan hancur, segala yang mereka hendak buat semuanya boleh belaka, tidak siapa yang berani menyekat atau mengatakan haram dan halal. Pemimpin dan penguasa sudah tidak peduli kepada amanah allah, pejabat agama sudah menjadi topeng dan boneka para penguasa negeri. Penguatkuasa, pihak keselamatan menjadi alat kepada pemerintah yang zalim yang tidak mengikut petunjuk agama. Masjid-masjid hanya tinggal golongan2 yang hati mereka tiada taqwa, dan ketika itu yang paling jahat ialah orang alim, daripadanya datang fitnah dan kepadanya kembali fitnah itu. Mimbar-mimbar masjid sudah dicemari oleh daki-daki dunia dan debu-debu syirik-khutbah tidak boleh menegur kesalahan orang2 yg berkuasa dan orang ramai, hanya perlu memuji dan memuja mereka yang berkuasa, al-quran telah dipenjarakan didalam masjid-masjid dan hanya dimanfaatkan apabila ada pertandingan, ada kematian, ada tahlil dan jamuan dan ada orang yang dirasuk jin dan syaitan.
Saudaraku Sekelian, Pada hari ini ramai orang fasih lidahnya tetapi buta hatinya.Orang yang jahil dengan islam terus dalam kejahilan, tidak mahu belajar agama dan membaiki diri. Malas hadir kuliah pengajian, tak berminat dengan ceramah, tidur sewaktu khutbah disampaikan, Orang yang berilmu pula terpengaruh dengan keduniaan dan hati mereka telah menjadi buta,menjadi alat kepada makhluk dan berpaling daripada tuhan! alim-ulamak diam membisu masing-masing menjaga kepentingan diri takut hilang gaji dan pencen. Golongan pendusta semakin ramai yang menjadi lidah-lidah kebatilan, bagaikan lalat yang berebut-rebut menghinggapi najis yang busuk dan akhirnya tertimbus didalam najis itu. Kebanyakan manusia diakhir zaman, agama dijadikan alat cari makan dan yang paling jahat menjadi alat melawan tuhan, mereka seperti lembu-lembu yang dicucuk hidungnya dengan tali dan ditarik sesuka hati!pakaian sunnah nabi menjadi dagang/asing dalam negeri sendiri,dan manusia muslim hari ini lebih kasih meniru pakaian barat yang menjadi musuh kepada islam yang jelas membuka aurat, mendedahkan mahkota diri dan mencemarkan agama. Golongan yang berjuang islam pun masih takut dan bimbang kerana mereka bergantung rezeki pada tangan makhluk dan tidak yakin rezeki dalam tangan Allah swt yang menyebabkan fatwa agama mereka menjadi longgar dan berbalik-balik ditipu nafsu diri kerana takut terlucut habuan dunia yang dikecapi dan dinikmati..Manakala golongan tarikat terumbang-ambing tanpa nasihat dan pimpinan mursyid yang benar dari tuhan .Mursyid yang benar ada tetapi sukar dikenali, Hendaklah kita berjaga-jaga kerana ahli tasauf tiruan ramai dengan kebanyakkannya mengambil kesempatan duit dan perempuan,meraba-raba hal ketuhanan didalam gelap tanpa hidayah daripada tuhan dan akhirnya tergelincir kaki dan tersesat jalan.
Iman umat Islam hari ini termasuklah kita semua yang berada dalam rumah allah ini semakin hari iman kita semakin menipis, janji2 Allah menjadi keraguan didalam diri dan bala dari tuhan tidak dipeduli lagi.Hidup kita terlalu cinta kepada dunia,cinta harta benda, cinta pangkat, cinta kebesaran dan lupakan mati. Maka timbullah sifat tamak,dengki,irihati,fitnah,khianat,megah,sombong,lupa diri, malas beribadah dan lupa pencipta dan hal ini telah menjadi seperti kuman-kuman yang telah merebak dikota dan di desa. Suami-suami kebanyakannya menjadi dayus dan tidak mendidik anak-anak dan isteri kepada jalan taqwa. Berapa ramai anak2 hari ini yang lebih kenal artis daripada mengenali huruf-huruf al-Quran. Isteri-isteri menjadi jari telunjuk dalam rumah tangga dan ramai isteri yang derhaka kepada suami. Orang tua tidak lagi mengasihi golongan muda dan golongan muda tidak lagi menghormati orang tua dan tugas nasihat-menasihati sudah tidak diamalkan lagi. Jalan dunia diperluaskan dan ramai teman-taulan namun jalan menuju akhirat disempitkan,dikambus dan tiada teman-taulan.
Saudaraku sekelian,
Hampir semua manusia hari ini berada di atas jalan menaiki kenderaan menuju satu cita-cita, satu tujuan, iaitu mencari kepentingan dunia dan kebendaan, Inilah kebanyakkan orang diakhir zaman sebagaiman yang disabdakan oleh baginda Rasulullah saw. Fitnah, khianat, tipu dan belit menjadi mainan asalkan mendapat harta, wang, kuasa dan kedudukan. Mereka tidak lagi takut kepada azab Allah swt. Hukum-hakam Al-Quran satu persatu diketepikan, orang yang benar dihina dan dicela, orang yang dusta dipuji dan puja. Benar dan salah tidak dapat dibeza lagi kerana telah buta mata DAN BUTA HATI. Manusia ramai yang menjadi haiwan, hidup hanya memikirkan makan dan minum siang dan malam. Hawa nafsu menjadi tuhan sehinggakan iman telah tercabut dan akal nurani sudah padam dan menjadi rosak. Pemuda-pemuda tidak sayangkan nyawanya,berlumba-lumba motosikal dan kereta di tengah jalan-raya seperti dirasuk oleh iblis syaitan! Muda-mudi bebas berkeliaran memuaskan nafsu syahwat kebinatangan. Wanita zaman ini tidak peduli lagi batas-batas aurat dan pergaulan, mereka menjadi senjata-senjata syaitan berpakaian seperti pelacur bermegah-megah dijalanan dan ditempat membeli-belah.anak-anak ramai yang derhaka kepada ibu-bapa dan ibu-bapa pun ramai yang derhakan kepada allah dan rasul.
Nasihat yang benar tidak didengari dan amaran dari langit tidak dipeduli lagi.Batas-batas islam sudah pecah dan banjir kekufuran melanda negeri dan negara. Ajaran nabi banyak yang sudah dibuang dan ditambah, sunnah nabi telah ditinggalkan. Allah hanyalah tinggal nama dan sebutannya sahaja. Bukan lagi yang dipuja, yang sembahi dan yang ditaati! roh imannya telah mati dan hanya jasad yang menunggu maut. Islam hanya tinggal namanya sahaja, al-quran hanya tinggal huruf-hurufnya sahaja. Zaman ini ramai manusia telah berpaling daripada allah dan berhadap kepada makhluk!hanya sedikit orang yang hatinya rindu kepada allah.mereka menyembah allah tetapi tidak berusaha mengenal allah. Manusia zaman ini ramai yang tidak syukur dengan nikmat allah,rezeki yang allah kurniakan mereka anggap dari usaha mereka sendiri dan dari cerdik-pandai mereka.Barangsiapa yang tidak turut perintah allah,tidak syukur dengan nikmat allah dan tidak redha barang yang allah takdirkan kepadanya,maka carilah tuhan yang lain daripada allah dan janganlah lagi duduk didalam dunia allah ini!
Saudaraku Sekelian.. Inilah realiti kehidupan umat Islam pada hari ini. Punca berlakunya semua fitnah2 dunia ini adalah kerana manusia mengambil panduan selain daripada al-Quran dan sunnah nabi dalam melayari kehidupan hari ini. Diingatkan kepada umat islam yang masih hidup hatinya! Moga2 kita yang hadir pada hari ini dihidupkan hati oleh Allah dan dikutkankan taufiq oleh Allah. Marilah kita sebarkan, tiupkan dan nyalakanlah semula roh Islam, roh iman, roh ilmu, roh amal dan roh ‘jihad’ didalam diri kita, keluarga kita, masyarakat dan negara. Insyaallah islam akan bersinar kembali.
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, ingatlah bahawa kita akan mati dan akan dipersoal dengan seteliti-telitinya oleh Allah mengenai kerja buat kita didunia samada kita dipersilakan ke syurga atau ditendang serta diterajang ke dalam neraka..Kembalilah kepada allah,tuhan sekalian alam dengan taubat yang benar.Bersihkanlah tubuh kita daripada dosa dan sia-sia. sucikanlah hati kita daripada segala aib-cela dan najis-najis syirik, najis2 sekular, najis2 kapitalis, najis2 nasionalis, najis2 yahudi dan kristian. Maka sujudlah kita dihadapan Allah dengan hina dan kefakiran,  tangisilah diri kita sebab masih terhalang dari taufik dan kebenaran. Moga-moga allah berkenan menghulurkan tangan rahmatnya kepada kita dan memimpin tangan kita kepada jalan yang benar yakni kepada Islam yang hakiki berpaksikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
 “Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan (sebarang catitan samada) yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang sudah mereka kerjakan ada tertulis (didalamnya) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 49)
(Disampaikan oleh Ibnu Muslim di Surau al-Ikhlas (surau Jumaat) Bandar Sg Buaya Rawang Selangor)