Assalamualaikum,
soalan saya ialah apakah hukumnya mengambil wuduk didalam tandas dengan niat kita semasa mengambil wuduk itu ada nama Allah.
soalan saya ialah apakah hukumnya mengambil wuduk didalam tandas dengan niat kita semasa mengambil wuduk itu ada nama Allah.
*****************
Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
"Makruh berwudhuk di tempat najis. kecuali kerana darurat, dan aman atas dirinya dari percikan air yang ada terjatuh tanah/lantai. Rukhsah (keringanan) ini diberikan kepada mereka yang rumahnya tidak mempunyai tempat berwuduk atau tempat mandi kecuali tandas. Dan Islam bertasamuh (toleransi) di dalam perintah dan larangannya."
(Al-Feqhul Wadhih, Dr. Muhamad Bakar Ismail, vol 1, hal.59)
Ia bermaksud, makruh berwuduk di dalam tandas dalam keadaan biasa.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan