Sahabat Ilmu

Khamis, 21 April 2011

Hukum sara ibu tiri selepas kematian bapa

Posted by darululumonline
Adakah anak-anak tiri masih perlu bertanggungjawab terhadap nafkah ibu tiri, sekiranya bapa telah meninggal, sedangkan ibu tiri telah keluar dari rumah sebelum habis idah dan ibu tiri tersebut tidak mempunyai zuriat.

Jawapan:
Anak tiri tidak bertanggungjawab terhadap ibu tiri mereka selepas idah 4 bulan 10 hari (kerana kematian suami). Tetapi Islam menentukan supaya menjaga hati dan perasaan ibu tiri tersebut dengan melakukan ihsan kepadanya seperti menjaga kebajikannya dari aspek kesihatan, makan minum dan tempat tinggal sekiranya berkemampuan.

Justeru anak-anak tiri hendaklah menunjukkan sikap berkasih sayang seperti memberi hadiah, sentiasa menziarahi sebagai penghargaan kepadanya kerana pernah menjadi isteri bapa dan sebagai mahram kekal anak tiri dan ibu tiri

Tiada ulasan: