Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Majah, al-Baihaqi:
مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا لَمْ يَأْتِهِ إِلَّا لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِي سَبِيْلِ اللهِ , وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَالِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ
Maksudnya: Barangsiapa mendatangi masjidku ini, ia tidak datang kecuali kerana kebaikan (ilmu) untuk dipelajarinya atau mengajarnya maka ia berkedudukan seperti orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. Dan barangsiapa yang datang untuk tujuan selain itu maka ia berkedudukan seperti orang yang mencari barang milik orang lain.
Keterangan:
Pertama: Ilmu yang dimaksudkan didalam hadith diatas adalah ilmu syarak.
Kedua: Hadith diatas tidak khusus kepada sesiapa yang mendatangi Masjid Nabi SAW sahaja untuk menuntut ilmu, tetapi umum untuk semua masjid. Dinisbahkan sebutan kepada Masjid Baginda SAW sebagai menunjukkan kemuliaan dan keutamaan tempat tersebut.
Ketiga: Orang yang datang kemasjid untuk menuntut atau mengajar ilmu berkedudukan seperti orang yang berjihad pada jalan Allah dilihat dari sudut:
1) Kepenatan pada badan, dan
2) Menghidupkan Agama
Kedua-dua perkara ini ada pada penuntut dan pengajar ilmu sebagaimana ada pada orang yang berjihad.
Keempat: Maksud hujung hadith diatas “Dan barangsiapa yang datang untuk tujuan selain itu maka ia berkedudukan seperti orang yang mencari barang milik orang lain” ialah kiasan kepada tiada pahala dan kebaikan baginya, bahkan ia kerugian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan