Sahabat Ilmu

Jumaat, 10 Julai 2009

ISTIDRAJ

Nikmat yang tidak di restui

Ada berbagai cara Allah SWT mengurniakan kekayaan dunia kepada hamba NYA .. adakalanya pemberian itu sebagai suatu kemuliaan, tidak kurang juga pemberian itu sebagai satu lanjuran atau suatu penghinaan terhadap hamba NYA itu ... Utbah Bin Amir RA menceritakan bahawa suatu hari dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Bila kamu melihat bahawa Tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang 'ASHI (ahli maksiat) ... maka sesungguhnya yang demikian itu adalah merupakan ISTIDRAJ dari Allah SWT ... Ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan peringatan dari Allah SWT, maka Allah SWT bukakan segala pintu pintu segala kesenangan dunia kepada merema ... Tetapi, di saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba tiba Allah rentap segalanya dengan serta merta"

Istidraj itu satu pemberian dari Allah SWT yang tidak di restui NYA atau ibarat umpan yang di letakkan di dalam perangkap .. jika perangkap itu perangkap musang ... tujuannya ialah untuk memerangkap musang itu ... Musang yang terpedaya dengan umpan akhirnya akan terperangkap ketika sedang enak menikmati makanan yang tidak di sedarinya sebagai umpan (kiasan la ni)

Oleh itu jgn terpedaya dengan banyak harta..sebenarnya lihatlah pada sebanyak mana amalan soleh yang kita kumpulkan

-----------------------------------------------------------------------------------
Ingat mengingati amalan mulia ...

"Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan, dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam dosa dan permusuhan".

(Soorah Al Maidah 5:2)

Tiada ulasan: