Sabtu, 10 Oktober 2009
Fatawa: Hukum Kain Yang Tertulis Ayat Al-Quran Untuk Menutup Keranda
Soalan:
Apakah Hukum kain yang tertulis ayat Al-Quran untuk menutup atau menudung keranda?
Jawapan:
Tiada didapati pendapat-pendapat ulama as-Syafie yang mengatakan menudung keranda mayat dengan kain bertulis ayat-ayat Al-Quran itu sebagai suatu amalan yang digalakkan dan tiada pula terdapat yang mengharamkan padanya ayat-ayat Al-Quran disisi mayat hukumnya haram jika najis ia dengannya dan makruh jika tiada ternajis.
Dengan itu maka tiada digalakkan perbuatan menudung keranda dengan kain tertulis Ayat Al-Quran kerana disamping hukum tersebut ada beberapa sebab yang lain lagi umpamanya Al-Quran diturunkan bukan untuk tujuan yang sedemikian itu dan dibimbangkan timbul anggapan bahawa ayat-ayat Al-Quran dikain tudung itu dapat memberi apa-apa pertolongan kepada si mati.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan