Bagai mana dengan masa depan anak-anak kita nanti??Hari ini pun kita dapat lihat anak remaja belasan tahun telah meragut sana-sini, menagih dadah, membuat hubungan luar nikah dan akhirnya terjadilah pelabagi kisah sadis pembuangan bayi yang tidak berdosa di longkang, di tong sampah dan sebagainya.
Menyentuh kisah pembuangan bayi ini, hati kita mudah tersentuh. Kadang-kadang berderai air mata kita melihat bayi comel yang tidak berdosa dibuang di dalam tong sampah dan dihurungi lalat, semut dan ulat. Apakah dosa-dosa ini? Kenapakah gadis-gadis yang terlanjur ini sanggup menambah dosa dengan membuang bayi ini setelah melakukan dosa besar dengan berzina? Kenapa malu setelah melakukan perbuatan terkutuk? Tidak malukah pada Allah? Kita merasa begitu tersentuh dengan tindakan anak-anak muda ini. Begitulah hukuman di dunia ini terlalu ringan untuk pesalah-pesalah ini.
Jadi tiada siapa yang ambil peduli tentang hukuman dunia, walhal hukuman Allah yang Allah telah tetapkan untuk dilaksanakan di dunia ini ditentang habis-habisan oleh manusia-manusia yang tidak berilmu. Kata mereka hukuman Hudud itu kejam dan sebagainya. Walhal mereka tidak mengkajinya secara mendalam, mereka hanya mendengar sahaja dari orang lain dan hebahkan. Kita sebagai orang yang cintakan Islam merasa terpukul dengan ketidakadilan sistem kehakiman kita pada hari ini. Undang-undang Allah yang telah Allah wajibkan wajiblah dijalankan sebagai jalan penyelesaian ke atas gejala-gejala sosial ini.
Anak-anak mudalah harapan nusa bangsa, harapan negara. tetapi anak-anak muda inilah yang banyak bergelumang dengan dosa. Bagaimanakah kita nak melahirkan pemimpin yang mulia dan adil sekiranya anak-anak muda kita pada hari ini seperti buih-buih di lautan???
Saya berpendapat bahawa ibu bapa hari ini dan semua masyarakat perlulah berganding bahu dalam mendidik anak-anak. Sebab itulah di alam Islam telah ditetapkan untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, perlulah bermula dengan awal perkahwinan, iaitu semasa pemilihan pasangan samada suami atau isteri. Dan Islam meletakkan AGAMA sebagai syarat utama dalam pemilihan pasangan, kerana dengan agamalah bakal melahirkan generasi yang beriman dan berilmu. Insya Allah.
Maksiat merajagila hasil dari penerpan sistem sekular, kes-kes zina, kelakuan bebas, judi dan arak sudah menjadi lumrah. Pergaulan bebas hanya di pandang enteng oleh Negara dan tidak ada uqubat (hukuman) dari negara ke atas pelaku-pelaku maksiat tersebut. Namun jika benar-benar sistem Islam diterapkan nescaya kejadian yang parah ini pastinya dapat dibendung dari awal. Ini kerana di dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita, bentuk pakaian wanita Muslimah, cara memandang wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan (nizham) yang tertentu.
Dalam mengatur hubungan antara lelaki dan perempuan, Islam telah meletakkan beberapa ketetapan seperti:
(1) Islam telah memerintahkan kepada manusia, baik lelaki dan wanita untuk menundukkan pandangan [An-Nur (24):30-31];
(2) Islam memerintahkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian secara sempurna, tudung dan jilbab, iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya [An Nur (24):31] dan [Al-Ahzab (33):59];
(3) Rasulullah bersabda, "Tidak dibolehkan seorang wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat untuk melakukan perjalanan selama sehari semalam, kecuali jika disertai mahramnya." [HR. Bukhari dan Muslim].
(4) Rasulullah juga bersabda, "Tidak diperbolehkan seorang lelaki dan seorang wanita berkhalwat, kecuali jika wanita itu disertai mahramnya" [HR. Muslim]
(5) Islam melarang wanita untuk keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya;
(6) Islam sangat menjaga agar dalam kehidupan khusus hendaknya jamaah (komuniti) kaum wanita terpisah dari jamaah (komuniti) kaum lelaki;
(7) Islam sangat menjaga agar hubugan kerjasama antara lelaki dan wanita hendaknya bersifat umum dalam masalah muamalah; bukan hubungan yang bersifat khusus seperti saling mengunjungi antara wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya atau berjalan-jalan bersama;
(8) Islam mengambil berat dalam memelihara keturunan dan nasab. Bahkan Islam menentukan hukuman rejam bagi penzina Muhsan (sudah berkahwin);
(9) Islam menetapkan bahawa penzina bukan Muhsan dihukum 100 kali sebatan [an-Nur (24):2].
Oleh yang demikian, dalam perlaksanaan sistem yang dianjurkan oleh Islam, tanggungjawab untuk memastikan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam terletak ditangan setiap ahli masyarakat dan juga negara. Masyarakat wajib mengubah kemungkaran yang dilihatnya, manakala Negara pula adalah satu institusi pelaksana (qiyan tanfizi) yang penting, yang mana Negaralah yang akan menghukum (uqubat) setiap orang yang melanggar hukum Allah.
Semua pihak harus berganding bahu menangani gejala sosial ini dan yang terpenting ialah institusi keluarga itu sendiri. Ramai anak muda yang bermasalah lahir dari institusi keluarga yang ibu bapanya porak peranda, bercerai berai dan asyik bersengketa. Ambillah yang jernih buanglah yang keruh. Tingkatkan ilmu agama dan didiklah anak-anak muda dengan ilmu agama dan kasih sayang yang sepenuhnya. Luangkan masa untuk mendengar masalah. Insya Allah, akan lahirlah rumahku syurgaku....Insya Allah teruskan berdoa semoga kita terus ditetapkan iman dan diberkati Allah selalu.
Khamis, 1 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan