Soalan :
Bolehkah makan sehidangan dengan seorang yang berzina atau dengan seorang yang derhaka kepada ibu bapa
Jawapan:
Orang yang semacam itu fasik, dan makan minum sehidangan dengan orang fasik itu makruh. Jika tidak membawa kepada berjinak-jinak hati mereka itu adapun jika membawa kepada berjinak-jinak hati maka ada padanya tafsil (huraian)
Adakalanya haram, seperti makan minum sehidangan atau sekedudukan dengan semata-mata kerana menjinak hati yang menunjuk redha diatas perbuatan maksiat mereka itu dan adakalanya wajib kerana mendirikan amar ma'ruf nahi munkar, seperti tak ada yang boleh menghilangkan maksiat yang ada pada mereka itu melainkan kena berjinak-jinak dengan mereka.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Penulis/Ulama : Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad
Tarikh Diisu : 1993
Apakah Hukum Dahulukan Qadha Atau Sunat & Isu Gabung Niat Puasa 6 Syawal?
-
Pendahuluan Setelah selesai menunaikan ibadah puasa Ramadhan, umat Islam
tidak seharusnya berhenti daripada beramal. Bahkan, Syariat menganjurkan
agar ibad...
2 hari yang lalu



Tiada ulasan:
Catat Ulasan