Sahabat Ilmu

Jumaat, 9 Oktober 2009

Amalan Ketika Pindah Rumah

Soalan:
Apakah pandangan Islam perihal pindah rumah?

Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين،
Dalam Islam belum didapati amalan khusus atau bacaan tertentu ketika pindah rumah melalui hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, yang ada ialah adab-adab ketika hendak masuk ke rumah, dan ketika menziarahi rumah. Perkara masuk rumah itu ada disebutkan secara umum berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

فإذا دخلتم بيوتا فسلموا على أنفسكم تحية من عند الله مبركة طيبة
(سورة النور : 61)
Tafsirnya: Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.(Surah an-Nur: 61)

Menurut asy-Syeikh Nashr bin Muhammad bin Ibrahim as-Samarqandi di dalam kitabnya Bustan al-' Arifin, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas merangkumi dua keadaan iaitu sarna ada memberi salam ke atas ahli ke1uarga yang tinggal di rumah berkenaan, jika mereka ada di rumah pada ketika itu, atau pun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.

Mana-mana rumah yang tidak ada penghuni atau memanglah pada kebiasaannya rumah yang mahu dipindahi itu belum mempunyai penghuni, jadi bagaimanakah cara memberi salam? Iaitu caranya dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Ertinya: Sejahteralah ke atas kami dank e atas hamba-hamba Allah yang salih.

Antara perkara-perkara yang digalakkan dibuat dalam rumah ialah membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, kerana sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu 'anhu ada menyebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إن البيت الذي يقرأ فيه القرآن يكثر خيره والبيت الذي لا يقرأ فيه القرآن يقل خيره
Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya al-Qur 'an banyak kebaikannya, dan rumah yang tidak dibacakan di dalamnya al-Qur'an, sedikit kebaikannya. (Mukhtarat min Fadha'il al-Qur'an Ii Ibn Katsir: 29)

Di dalam sebuah hadits yang lain ada pula menyebutkan:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
(رواه مسلم)

Maksudnya: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan! Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. (Hadits riwayat Muslim)

Inilah di antara kepentingan membaca surah al-Baqarah, kerana di dalam Islam, kita wajib mempercayai bahawa di samping manusia, ada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta 'ala yang tidak nampak oleh penglihatan kita yang terdiri daripada makhluk malaikat, jin dan syaitan yang berada di sekeliling kita. Kerana itu, digalakkan bagi kita membaca surah tersebut untuk tujuan menghalau jin dan syaitan yang mungkin sudah terlebih awal menghuni mana-mana rumah yang tidak dihidupkan dengan bacaan¬bacaan al-Qur'an, termasuk rumah yang hendak atau baru dipindahi itu.

Selain membaca al-Qur'an ialah mendirikan sembahyang fardhu dan seberapa banyak sembahyang sunat di dalam rumah, kerana rumah yang tidak didirikan sembahyang di dalamnya adalah umpama sebuah kuburan. Ini jelas disebutkan di dalam sebuah hadits:

اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
(رواه مسلم)

Maksudnya: Hendaklah kamu bersembahyang di dalam rumah¬rumah kamu dan janganlah kamu jadikan ia sebagai kuburan. (Hadits riwayat Muslim)

Maksud daripada perkataan "sembahyang" di dalam hadits ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi ialah sembahyang sunat. (Shahih Muslim, syarh aI-Imam an-Nawawi: 3/56)
Seterusnya digalakkan supaya menjadikan rumah itu sebagai tempat untuk mengingati Allah (dzikrullah). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مثل البيت الذي يذكر الله فيه والبيت الذي لا يذكر الله فيه مثل الحي والميت
(رواه مسلم)

Maksudnya: Perumpamaan rumah yang di da/amnya ada dzikrulliih, dan rumah yang tidak ada dzikrulliih di da/amnya ada/ah umpama an tara yang hidup dengan yang mati.

Walau bagaimana pun aI-Imam aI-'Allamah as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Ali Khird (meninggal pada tahun 960H) dalam kitabnya aI- Wasa'il asy-Syafi'ah fi al-Adzkar an-Nafi'ah wa al-awrad aI-Jami'ah wa ats- Tsyimar aI- Yani'ah wa al-Hijb al-Harizah al-Mani'ah 'an an-Nabiy Shallallahu 'AIaihi wa Sallam fi al-Adzkar wa aI-ar'iyah Ii al-Asbab aI-Waqi'ah ada menyatakan amalan ketika mendiami rumah baru, dibaca tiga hari berturut-turut pagi dan petang. Mudah-mudahan rumah itu diberkati, aman dan keluar daripada rumah itu setiap makhIuk derhaka daripada kalangan jin. Bacaan yang dimaksudkan:

1. Membaca al-Fatihah (3x)

2. Membaca ayat

فإذا استويت أنت ومن معك على الفلك فقل الحمد لله الذى نجنا من القوم الظالمين (28)
(سورة المؤمنون : 28)

Tafsirnya: Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang beserta denganmu te/ah berada di atas bahtera itu, maka hendak/ah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang te/ah menye/amatkan kami daripada orang-orang yang ber/aku zalim. " (Surah al-Mu'minun: 28)

3. Kemudian dibaca ayat:

وقل رب أنزلنى منزلا مباركا وأنت خير المنزلين (29)
(سورة المؤمنون : 29)

Tafsirnya: Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Turunkanlah aku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat. " (Surah al-Mu 'minun: 29)

4. Menurut al-' Allamah itu didapati bahawa ulama Yaman selepas membaca ayat-ayat di atas, membaca pula doa berikut ini:

اللهم يا من فلق البحر لموسى بن عمران ، ونجى يونس من بطن الحوت ، وسر الفلك لمن شآء ، أنت العالم بعدد قطر البحار وذرات الرمال ، يا خالق أصناف عجآئب المخلوقات ، أسألك الكفاية يا كافي من استكفاه ، يا مجيب من دعاه ، يا مقيل من رجاه ، وأنت الكافي لا كافي إلا أنت ، إكفني شر ما أخاف وأحذر ، واملأ هذا المنزل خيرا وبركة ، وصل على نبيك ورسولك سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم.

Ertinya: Wahai Tuhan kami yang membelah laut untuk Musa bin 'Imran, yang menyelamatkan Yunus daripada perut ikan paus, yang melayarkan bahtera bagi sesiapa yang Allah kehendaki, Engkaulah yang Mengetahui bilangan titisan air laut, bilangan zarrah pasir, wahai Pencipta bahagian¬bahagian keajaiban makhluk, aku mohon kepadaMu kesempurnaan, wahai Yang Menyempurnakan sesiapa yang meminta kesempurnaan daripadaNya, wahai Yang Memperkenankan sesiapa yang memohon kepadaNya, wahai Yang Menyahut sesiapa yang mengharapNya, Engkaulah yang Maha Sempurna, tiada yang sempurna melainkan Engkau, jauhkanlah aku daripada kejahatan yang aku takuti dan aku khuatiri, dan penuhkanlah rumah ini dengan kebaikan dan keberkatan, dan kurniakan selawat dan salam kepada NabiMu dan RasulMu Sayyidina Muhammad, keluarganya dan sahabatnya. (AI- Wasa'il asy-Syafi'iyy 439)
Doa di atas ini dibaca sebanyak (3x)

Amalan yang kita bawakan ini hanyalah sebagai irsyad jua, mudah" mudahan ada berkatnya.

والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

Tiada ulasan: