Sahabat Ilmu

Jumaat, 11 Februari 2011

Air Liur Basi Najis Ataupun Tidak


Air liur basi adalah sejenis air yang keluar dari mulut manusia ketika sedang tidur, air liur basi adalah air yang keluar daripada perut manusia, kadang-kadang air tersebut berwarna kuning cair dan ada yang berwarna putih jernih. Air liur basi lazimnya berbau dan berpeta apabila ia sudah kering.

Imam Syafie berpendapat bahawa air liur basi adalah air yang keluar secara langsung dari perut manusia dan air tersebut adalah najis. Bagi sesiapa yang keluar air liur basi hendaklah ia membasuhnya sehingga bersih seperti membersih najis mutawassitah.

Bersalahan dengan air liur biasa, kerana air liur biasa bukan datang dari perut manusia dan lazimnya air liur biasa ini berwarna putih. Tidak perlu membasuh air liur tersebut jika ia terkena kepada pakaian. Tidak terbatal wuduk atau solat orang yang mempunyai air liur biasa
 
-ustaz noramin-

5 ulasan:

:: Amirul Ariff :: berkata...

ye ke ustaz?
coz saye buat research dari jabatan mufti dari negeri perlis.. dan mereke memberi tahu TIDAK HARAM..

http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/149-hukum-air-liur-basi

IBNU MUSLIM berkata...

saya pun dah rujuk fatwa tu.. inilah yg dinamakan perbezaan pdpt.. ada ulamak kata najis, ada yg kata tidak, ada yg suruh basuh sbg jalan bhati2.. beramallah dgn apa yg tuan yakin.

tulisan diatas adalah pandangan imam syafie. Dan terdapat beberapa ulama yang berpandangan cecair yang keluar dari perut adalah najis. Oleh yang demikian mereka berpandangan air liur basi yang keluar dari perut dihukumkan sebagai najis.

Wallahuaqlam

IBNU MUSLIM berkata...

Tuan blh jg tgk pandangan yg disampaikan oleh ustaz azhar idrus berkaitan hukum air liur basi bdsrkn pdngan syafie-layari: http://www.youtube.com/watch?v=UK-sXba7hZc

Berbeza pdpt adalah rahmat... lg byk ilmu yg kita dapat, lg baik utk keyakinan dlm pengamalan.. Beramallah dgn apa yg tuan yakin..

wassalam

nazri berkata...

Ooo.ada khilaf la ni?jadi boleh ikut mana2 la kan

IBNU MUSLIM berkata...

Ya blh.. yg terbaik pilih yg mempunyai dalil yg lebih kukuh..wassalam