Sahabat Ilmu

Isnin, 31 Mei 2010

Ulama' Jahat dan Menyesatkan.

Amr bin al-Aash r.a. memberitakan bahwa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidaklah akan mencabut agama dengan mencabut terus ilmu itu daripada para hambaNya, akan tetapi Dia akan mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama', sehingga apabila tiadalah tinggal lagi seorang alim, maka orang ramai pun menjadikan orang jahil sebagai pemimpin, maka mereka akan ditanyakan, lantas mereka akan berfatwa tanpa ilmu, lalu sesatlah mereka dan mereka menyesatkan."

HR: Al-Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Hadith.

Hakikat ilmu ialah pengetahuan yang dimiliki dalam hati yang selalu diingat dan dapat dipergunakan secara mendadak bila perlu.
Para ulama' adalah gedung ilmu. Antara tanda hampirnya kiamat ialah Allah mematikan ulama'.
Sekiranya orang-orang yang jahil agama menjadi pemimpin dan berani berfatwa, maka sesatlah negara dan ummah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulama adalah pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Contoh/ikutan yang terutama dalam tuturkata, perbuatan dan rasa hati. Panduannya yang pertama dan akhir adalah al-Quran sahaja. Baginda diuji dengan apa sahaja termasuk dikutuk, disakiti jasadnya, disekat kemudahan jalan dakwahnya dsb. Ulama sekarang tidak boleh duuji lagi, difitnah ckit dah nak saman.