Sesetengah umat Islam mempunyai pendapat bahawa pembinaan dan pencantikkan masjid menjadi bukti teguhnya Islam di sesebuah negara, sehingga para pelancong asing yang melawat negara tersebut tidak ketinggalan menziariahi masjid-masjid yang pembinaannya menelan berjuta-juta ringgit.
Namun begitu, secara realitinya, fungsi masjid di zaman ini telah disempitkan hanya kepada amalan ibadat. Di kebanyakan masjid kita melihat kaum Muslimin dilarang berbincang tentang permasalahan umat Islam. Sama sepertimana penganut agama Kristian yang menunaikan ibadat mereka di dalam gereja atau penganut agama Yahudi beribadat di dalam biara mereka, umat Islam sekarang ini berbangga dengan masjid-masjid yang menelan berjuta-juta ringgit yang dihiasi dengan berbagai corak dan lambang seolah-olah kebesaran, keagungan dan identiti umat Islam terletak pada struktur dan kecantikan corak yang terdapat pada masjid tersebut.
Namun amat menyedihkan apabila di tempat-tempat di mana masjid-masjid ini dibina, hukum shara’ yang menjadi sepatutnya menjadi identiti umat Islam dan bukti perlaksanaan Islam di kawasan tersebut, dilupakan.
Abu Daud meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Aku tidak diarahkan untuk menghiasi masjid. Dan kamu akan menghiasi masjid-masjid sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani”. Dan dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari Qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid" [H.R. Abu Daud)]
Masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah SAW di Madinah hanya dibina dengan menggunakan pelepah tamar sahaja. Namun begitu, masjid tersebut menepati fungsinya sebagai sebuah masjid di dalam Islam. Masjid yang dibina oleh Rasulullah (SAW) di Daulah Islam di Madinah itu yang tidak menelan berjuta-juta ringgit sepertimana masjid sekarang dengan hiasan dan corak yang bermacam-macam, tetapi menjadi pusat di mana Rasulullah (SAW) dan para sahabatnya merancang perluasan dakwah Islam di seluruh tanah Arab dan sentiasa menjadi pusat untuk membincangkan dan memerhatikan keadaan terkini dan permasalahan umat Islam.
Hanya di dalam Daulah ISLAM sahaja peranan masjid yang sebenarnya dapat dikembalikan, di mana nama Allah dan Hukum Allah diperjuangkan dan permasalahan umat Islam dapat dibincangkan dan diperhatikan. Masjid bukan sahaja bukan sahaja menjadi tempat menunaikan amal ibadat khusus, namun ia merupakan pusat aktiviti sosio-politik kaum Muslimin.
Marilah kita sama-sama memperingati diri kita dengan amaran daripada Hadis Rasulullah berkenaan dengan peristiwa-peristiwa buruk yang akan menimpa umat Islam. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [H.R. al-Baihaqi]
Wallahu A’lam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan