Wahai umat Islam!
Manusia tidak akan gah di sisi Allah SWT di hari akhirat melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Tidak ada kemuliaan sedikitpun kepada bangsa Arab, Turki mahupun Melayu. Para sahabat Nabi SAW dan generasi yang terdahulu, mereka sanggup melakukan pengorbanan jiwa dan harta mereka semata-mata untuk meninggikan agama Allah SWT.
Lihatlah pengorbanan Saad bin Abi Waqas untuk Islam! Diberitakan kuburnya ada di Negeri China. Begitu jauh Saad berjalan ke China semata-mata untuk menyebarkan Islam. Lihatlah kehebatan Thariq bin Ziyad yang menjadi panglima Perang Islam semasa zaman Khilafah Umayyah sehingga berjaya membuka Andalusia! Hebatnya beliau sehingga berjaya mengembangkan Islam ke wilayah yang begitu jauh dari ibu kota Daulah Islam ketika itu. Bandingkan kata-kata Thariq bin Ziyad dengan kata-kata Halim di atas. ” Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid.”- [Thariq bin Ziyad].
Wahai kaum Muslimin!

Tinggalkanlah amalan yang sia-sia dan berlumba-lumba melakukan kebaikan sebagaimana yang ditunjukkan oleh para sahabat dan mereka yang beriman. Ingatlah firman Allah: ”Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya”. [An- Nuur (24) : 39]. FirmanNya lagi: ”Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. [ Al-Kahfi (18) : 103-106].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan