Sahabat Ilmu

Selasa, 22 Februari 2011

Hukum Membaca Quran Semasa Mamnu’ (period)


Assalamualaikum ustaz, saya seorang penghafal quran. Walaupun demikian, saya belum dapat menguasai hafalan sebanyak 30 juzuk walaupun pernah menghafalnya (banyak yang lupa). Saya berusaha untuk mengingatinya mengikut kemampuan saya. Dalam pada itu saya rasa bertuah mengikut 1 program peningkatan diri dan telah menjadi kewajipan saya tilawah 1 juzu’ quran sehari sbg wirid harian. Ia juga sebagai pendorong untuk membiasakn kembali lidah saya dengan ayat-ayat quran dalam proses untuk menghafalnya. Soalan saya, bolehkah saya terus membaca 1 juzu’ quran sewaktu saya dalam haid? kerana saya anggap ia sebagai bacaan wirid harian saya?walau didengari rakan sebilik/sekelas yang lain?

Jawapan:
Persoalan yang ditanya adalah termasuk dalam masalah yang diperselisihkan oleh para ulama. Disini saya akan membawa pandangan hasil kajian yang dibuat oleh Dr. Suhair Fuad Ismail seorang pensyarah di bahagian Feqah Perbandingan, Kuliah Syariah dan Dirasat Islamiyyah, Universiti Kuwait.

Dr Suhair telah membuat kajian feqah perbandingan mengenai haid dalam pelbagai sudut seperti sudut perubatan, agama, kehidupan dan sebagainya. Hasil kajiannya telah disiarkan dalam al-Majallah al-Ilmiah, Kuliah Syariah wal Qanun, Tanta, bilangan 12.

Saya akan menterjemah hasil kajiannya yang ada kaitan dengan pertanyaan di atas, iaitulah perkara yang ke 18 dalam kajiannya. Beliau berkata seperti berikut:

18) Diharuskan bagi orang haid membaca al-Quran di dalam hati tanpa menggerakkan lidah dan tanpa menyebutnya, begitu juga diharuskan (bagi orang haid) bertasbih, bertahlil dan membaca zikir-zikir yang bukan dari ayat al-Quran secara nyaring. Adapun membaca al-Quran secara nyaring dan menyebutnya dengan lidah, pandangan yang paling rajih (kuat) ia adalah harus apabila ada hajat keperluan atau dharurat kepadanya seperti untuk tujuan belajar dan mengajar, atau takut lupa dan yang seumpamanya. Keharusan di sini adalah keharusan yang bersyarat kerana dharurat diukur mengikut kadarnya. Jika sekiranya tanpa dharurat atau hajat keperluan, maka ia tidak harus kerana kalam Allah swt wajib dibaca dengan bacaan yang selayaknya dengan kedudukannya yang agong.

Untuk pendetailan sila rujuk:

Sekian, Wallahu A’lam

Rujukan:
Islamonline
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Tiada ulasan: