Perang besar-besaran yang dilancarkan pimpinan Libya, Moammar Gaddafi, terhadap penunjuk perasaan terus berlaku secara kejam oleh tentera yang tunduk di bawahnya. Seorang saksi yang berada di sebelah Barat kota Tripoli melaporkan, satu unit pasukan telah menghancurkan sebuah masjid yang dikatakan menjadi kubu para penunjuk perasaan, dan “Menara masjid dirobohkan,” ujarnya.
Saksi mengatakan kepada Associated Press melalui telefon bahawa beberapa penunjuk perasaan, yang telah berkhemah di dalam dan luar masjid telah dibunuh. “Yang masih hidup, mengalami kecederaan parah,” ujarnya lagi.
Saksi lain pula dari Zawiya melaporkan tentera menggunakan roket anti-radar dan senjata automatik untuk menyerang penunjuk perasaan. Para saksi melaporkan kejadian ini dengan syarat namanya tidak disiarkan kerana bimbang akan ditangkap.
Saksi tersebut juga mengatakan serangan itu terjadi sehari setelah seorang pembantu Gaddafi datang ke kota itu dan memperingatkan penunjuk perasaan agar meninggalkan kerumunan atau menghadapi serangan.
Ini bukan kali pertama tentera Libya menggunakan peralatan perang untuk menghalau penunjuk perasaan. Sebelum ini, pada hari isnin lepas, pesawat perang Libya mengebom ibukota Tripoli.
Fathi al-Warfali, aktivis Libya yang memimpin Jawatankuasa Libya untuk Kebenaran dan Keadilan yang berpangkalan di Switzerland yang turut berdemonstrasi di hadapan markas besar PBB di Geneva, mengatakan “..pesawat tentera menyerang orang awam & penunjuk perasaan di Tripoli. Orang awam menjadi panik & takut. Di mana peranan PBB? Di mana Amnesty International?” kata al-Warfali kepada Reuters
Sumber : Hizbut Tahrir Indonesia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan