Sahabat Ilmu

Jumaat, 4 Februari 2011

HUKUM MENGUGURKAN REGIM


Wajib menjatuhkan pemerintah yang zalim [regim] waima terpaksa menggunakan persenjataan. Ia adalah pendapat sebilangan Ahli As-Sunnah wa Al-Jamaah dan setengah Muktazilah.

Ibnu hazm berkata;


أن سل السيوف في الأمر المعروف والنهي عن المنكر واجب إذا لم يكن دفع المنكر إلا بذلك

Maksudnya;
“hunuskan pedang pada amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah wajib, sekiranya tidak dapat hindari mungkar kecuali dengan cara itu”

Al-Fashl fi Al-milal wal Ahwa’ wa An-Nihal : 2/13]

Dalil-dalil mereka;

Firman Allah;

وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil”

[Al-Hujurat : 9]

Istidlal;

Dalam ayat ini, Allah SWT suruh perang terhadap orang yang zalim. Malahan, jika ada sebilangan yang bangkit perang pemerintah yang zalim, maka yang lain wajib bangun membantu. Ini disandarkan kepada tindakan sebilangan Sahabat dan tabiin yang bangkit membantu Abdullah bin Zubair yang keluar menyerang kepimpinan Bani Umayyah. [kisah panjang, sila rujuk kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah]

Lagi, firman Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”

[Al-Maidah : 2]

Istidlal;

Tidak berusaha menggugurkan pemerintah yang zalim, dibawah maksud membantu atas melakukan dosa dan permusuhan.

Lagi, firman Allah;

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (78) كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Maksudnya;
“Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas * Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu”

[Al-Maidah : 78-79]

Istidlal;

Kezaliman adalah kemungkaran. Bani Israel dahulu binasa, sebab tidak mencegah kemungkaran, malahan mereka lakukan dan membantunya. Maka mereka layan menerima laknat dari Allah SWT.

Dari Aisyah, sabda Nabi SAW;

إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Maksudnya;
“binasa orang sebelum kamu kerana apabila mencuri orang mulia dari kalangan mereka, mereka biarkan. Apabila orang lemah mencuri, merka laksanakan hukuman. Demi Allah, sekiranya Fatimah mencuri, pasti aku akan potong tangannya”

[Al-Bukhari : 3216]

Istidlal;

Tidak ada double standard apabila dilihat orang melakukan kezaliman. Jika dibiarkan pemimpin [orang-orang mulia] melakukan kemungkaran, lalu didiamkan, ia adalah kemurkaan dari Allah SWT seperti kebinasaan yang tertimpa kepada kaum Bani Israel terdahulu.

Lagi, daripada Abdullah bin Mas’ud, nabi SAW bersabda;

مَا مِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِي أُمَّةٍ قَبْلِي إِلَّا كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لَا يُؤْمَرُونَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنْ الْإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

Maksudnya:

“setiap nabi sebelum aku tidak akan dibangkitkan kecuali bersama mereka ada pengikut setia yang mengikut sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian, mereka menyalahi mereka berkata dengan apa yang tidak lakukan dan mereka lakukan apa yang mereka tidak disuruh lakukan. Barangsiapa yang berjihad terhadap mereka dengan tangannya, maka dia adalah mukmin, barangsiapa yang menyerang mereka dengan lidahnya, maka dia mukmin barangsiapa yang menyerang mereka dengan hatinya, maka dia mukmin. Tiada dibelakangnya itu sedikitpun dari keimanan walau sebesar atom”

[Muslim : 71]

Istidlal;

Ibnu rajab Al-Hanbali berkata;

وهذا يدلُّ على جهاد الأمراءِ باليد

Maksudnya;
“Ini adalah dalil atas serang pemerintah dengan tangan”

[Jami’ Al-Ulum Wa Al-hikam : 34/8[9]]

Lagi, daripada Kaab bin ‘Ujrah, Sabda Nabi SAW;

إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

[An-Nasai : 4136]

Istidlal;

Pemimpin yang zalim, tidak boleh diberi bantuan dan pertolongan. Membiarkan mereka kekal memerintah, bermakna memberi bantuan terhadap pemerintahan mereka. Tindakan itu, menyebabkan nabi SAW tidak mengaku sebagai umat.

KESIMPULAN

Dari segala ulasan-ulasan di atas, tindakan menggugurkan sesuatu regim adalah satu perkara yang wajib.

sekian

wallahu 'Alam
Al-bakistani

Tiada ulasan: