Sahabat Ilmu

Khamis, 24 Februari 2011

Lesbian Dan Gay...Dosanya Sama Dengan Zina

Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi. Islam jelas mengharamkan musahaqah.

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)

Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berpendapat, jika bergesel dua wanita maka kedua-duanya melakukan zina berdasarkan apa diriwayatkan daripada Nabi yang bersabda bermaksud, “Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.”

Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”

Tiada ulasan: