Sahabat Ilmu

Sabtu, 26 Februari 2011

130 Orang Tentera Libya Ditembak Mati Kerana Enggan Menurut Perintah Gaddafi



Pergolakan revolusi di Libya terus berlarutan. Regim setempat menghadapinya dengan melakukan berbagai tindakan, dengan kekerasan dan pembunuhan. Sejumlah tentera Libya telah ditangkap kerana menolak arahan dari menembak para penunjuk perasaan anti pemerintahan, lapor Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (IFHR).

Sebuah video amatur seperti yang dilaporkan oleh Press TV menunjukkan jenazah sejumlah 130 orang tentera yang mati dengan tangan-tangan mereka diikat di belakang badan mereka. Perajurit yang memberontak itu ditembak mati di al-Baida berhampiran Kota Benghazi.

Gaddafi yang enggan berundur telah memerintahkan pasukannya untuk menembak para penunjuk perasaan. Namun semakin banyak anggota tentera yang menolak arahan tersebut.

Sumber dari bahagian perubatan mengatakan kepada IFHR bahawa mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri serangan di Benghazi. Tentera-tentera upahan telah menembak penunjuk perasaan secara rambang di kota kedua terbesar tersebut. Hospital-hospital di kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat dan orang awam yang tercedera akibat serangan daripada kelompok Pro Gaddafi.

IFHR menegaskan, kekejaman yang dilakukan terhadap para penunjuk perasaan di Libya merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan yang harus diajukan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Terbaru, 2.000 orang dilaporkan maut akibat kekejaman yang dilakukan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan sejak minggu lalu. Ratusan penunjuk perasaan yang terkorban telah dikebumikan secara beramai-ramai di sebuah pantai di Tripoli, ibukota Libya.

Pasukan tentera Libya menggunakan senjata-senjata berat pada Rabu, 23 Februari lalu untuk membubarkan orang awam. Bahkan mereka juga melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari para penunjuk persaaan anti pemerintah.

Sumber :
Syabab.com

Tiada ulasan: