Sahabat Ilmu

Isnin, 27 Julai 2009

BERSETUBUH SEBELUM MANDI HAID??

Soalan :
assalamualaikum.
saya telah kering darah haid tetapi sebelum sempat mandi wajib, suami telah mengauli saya. Adakah saya perlu mandi wajib sebanyak dua kali contohnya untuk haid terlebih dahulu kemudian mandi junub? bagaimanakah cara mandi wajib yang harus saya lakukan?.

Jawapan : Wa'alaikumussalam wrt. wbt.,
Antara perkara yang diharamkan ke atas perempuan perempuan yang sedang dalam ialah melakukan persetubuhan, ini adalah berdasarkan maksud firman Allah SWT : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katankanlah : "Darah haid itu satu benda yang menjijikkan ( dan mendatangkan mudarat)". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa bersucikan diri.
(Al- Baqarah 222)

Berdasarkan kepada maksud ayat di atas bersetubuh setelah kering haid tetapi belum mandi hadas besar hukumnya haram kerana suci dikira selepas mandi hadas besar. Maksud bersuci dalam ayat di atas adalah mandi wajib.

Ada pendapat mengatakan perempuan yang belum mandi hadas dia masih dalam najis kerana darah haid itu najis. Sayyidina Umar r.a mengatakan bersetubuh dengan perempuan yang di dalam haid itu berkemungkinan boleh membawa anaknya menjadi cacat pada tubuh badan atau tercedera matanya seperti buta dan sebagainya. Hal ini berlaku apabila seorang bertanya Sayyidina Umar r.a kenapa anaknya menjadi hitam macam Habsyi, lantas Sayyidina Umar r.a bertanya adakah kamu melakukan persetubuhan semasa isteri kamu sedang haid : Jawabnya "bahkan". Sayyidina Umar r.a berkata itulah sebabnya. Bersetubuh ketika dalam keadaan haid adalah haram dan berdosa.

Dalam situasi yang dihadapi puan, memadai hanya mandi wajib atau mengangkat hadas besar sekali sahaja. .

WALLAHUA'LAM

5 ulasan:

abu berkata...

Salam. hamba yang jahil pohon bertanya. Apakah hukum si suami yang mengauli isterinya yg tdk dapat mandi wajib seminggu lamanya walau stlh habis tempoh haid nya ats sebab sbhgian jari kaki kiri/knan isterinya yg patah dan trpksa disimen bagi mgelakan dari trkna air,serta proses pembentukan tulang yg baru.apakah hukumnya masih juga haram atau... smga tn dapat merungkaikanya.

IBNU MUSLIM berkata...

Salam..
1. Haram disebabkan belum suci krn belum mandi dan wajib bertaubat.

2. Sepatutnya perempuan haid yg sakit (patah kaki, bersimen dan seumpamanya) yg dah kering darah haid ada kaedahnya dalam islam.
Boleh mandi dahulu segala anggota yg sihat dan sapu air@lap shj di atas kawasan yg berbalut kemudian bertayammum (bg menggantikan kawasan berbalut)dan dah dikira mandi haid/mandi wajib - kemudian bersetubuhla. Selagimana belum sihat itulah cara mandi wajib kpd yg sakit.. bila dah sihat mandilah sekali lagi secara keseluruhannya..

wallahua'lam

Unknown berkata...

Assalammualaikum ustaz...saya ingin bertanya kepada ustaz apa hukum nya kita bersetubuh sebanyak 2 kali tanpa mandi wajib....selepas habis kali kedua baru kita mandi apa hukumnya dan bagaimana kita ingin mensucikan diri kita..saya kurang dalam agama dan mohon jasa baik ustaz....

Unknown berkata...

Assalammualaikum ustaz...saya ingin bertanya kepada ustaz apa hukum nya kita bersetubuh sebanyak 2 kali tanpa mandi wajib....selepas habis kali kedua baru kita mandi apa hukumnya dan bagaimana kita ingin mensucikan diri kita..saya kurang dalam agama dan mohon jasa baik ustaz....

IBNU MUSLIM berkata...

waalaikumussalam..blh je tuan.. 5 round sekali mandi pun blh..tq