Soalan;
Ini berkenaan dgn zakat iaitu zakat simpanan dan pendapatan. Bolehkan zakat tersebut saya agih2kan terus kpd fakir miskin tanpa melalui agensi pemungut zakat? Dan bolehkah zakat tersebut diberikan kpd ibubapa sendiri sedangkan dia adalah tanggungan kita sendiri?
Jawapan;
Berkenaan mengagihkan sendiri zakat, telah saya jawab dalam blog saya. Sila layari; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/02/mengagih-sendiri-zakat.html).
Adapun memberi zakat kepada ibu-bapa sendiri, maka hukumnya tidak harus. Begitu juga tidak harus memberi zakat kepada anak atau cucu. Jika ibu-bapa dalam kesempitan, nafkah mereka dengan sendiri wajib ditanggung oleh anak-anak walaupun tidak tinggal sekali. Oleh demikian, tidak timbul alasan untuk membayar zakat kepada ibu-bapa sekalipun miskin atau dalam kesempitan. Lagipun membayar zakat kepada orang-orang di bawah tanggungan akan mengebabkan zakat tidak ke mana melainkan kepada diri sendiri.
Itu sekiranya faktor pemberian zakat adalah kerana kemiskinan atau kefaqiran mereka. Adapun jika pemberian zakat dibuat atas dasar yang lain dari itu iaitu atas dasar amilin (petugas pungutan zakat), gharimin (orang yang dibebani hutang), fi riqab (hamba yang ingin dibebaskan) dan fi sabilillah, maka harus zakat diberikan atas sifat tersebut sekalipun kepada ibu/bapa, anak dan cucu. Kesimpulannya, hukum memberi zakat kepada ibu-bapa; jika atas alasan mereka miskin, tidaklah harus kita memberi zakat kepada mereka kerana nafkah hidup mereka tertanggung atas bahu kitab sebagai anak.
Adapun jika atas alasan untuk melangsaikan bebanan hutang mereka atau sebagainya lagi (yang disebut tadi), haruslah kita memberi zakat untuk mereka. Ini kerana walaupun kita wajib menafkahi mereka, namun hutang mereka tidaklah wajib kita membayarnya. Kerana itu, kedudukan mereka dalam hal tersebut sama seperti orang lain.
Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Tiada ulasan:
Catat Ulasan