Sahabat Ilmu

Selasa, 7 September 2010

Huraian maksud 2 bahagian al-Fatihah

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:

"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan-Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku." Setelah maksud ayatayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran)
surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.
(Tafsir Fi Zilalil Quran)

Tiada ulasan: