Sahabat Ilmu

Selasa, 7 September 2010

Tafsir Surah al-Hijr 15:87

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya." [Surah al-Hijr : 87]

Tafsir Ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim) mengenai 7 mathaani :

Pandangan pertama : '

(a )Ibn Mas'ud. Ibn Umar, Ibn Abbas, Mujahid, Saed bin Jubayr, AdDahhak dan lain mengatakan bahwa ini merujuk kepada 7 surah yang panjang ; al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', Al-Ma'idah, Al-'Anam, al-'Araf dan Yunus.

(b) atau al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau Baraa'ah (At-Taubah).

Pandangan kedua : Ia merujuk kepada surah al-Fatihah, yang terdiri dari 7 ayat. Diriwayatkan dar Ali, Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas berkata :

"Bismillah mempunyai 7 ayat dan Allah telah memberi secara ekslusif kepada kamu"

Dan hadith Abu Hurairah ra :-

"Umm al-Quran ialah 7 mathaani, dan al-Quran al-Azim"

Ibn Kathir mengatakan bahawa al-Fatihah ialah 7 Mathani dan juga al-Quran yang agung, dan ia tidak bercanggah dengan kenyataan 7 Mathaani adalah 7 ayat panjang, kerana ia juga berkongsi sifat-sifat ini.

Tafsir Jalalain juga merujuk bahawa 7 mathaani bermaksud 'al-fatihah' sebagaimana hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Tafsir Qurthubi juga merujuk kepada khilaf 2 pandangan mengenai 7 Mathaani, iaitu surah al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat dan 7 surah yang panjang (al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau At-Taubah)

Demikian sedikit info ringkasan tafsiran '7 mathaani' menurut 3 buku tafsir yang mukatabar.

Hadith riwayat Abu Hurairah, Nabi bersabda:

«أُمُّ الْقُرْآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيم»

Maksudnya: Ummul Quran ialah 7 ayat berulang-ulang dan al-Quran yang hebat.

Menurut Quraisy Shihab, seorang ulama tafsir, mathaani atau berulang-ulang ini disebabkan kandungan pesanan setiap ayat terulang-ulang dalam ayat-ayat al-Quran yang lain.

Wallahua'lam

Tiada ulasan: