Sahabat Ilmu

Khamis, 2 September 2010

PENAWAR KEPADA PENYAKIT HATI


يَأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّ بِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْر ِوَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ

Maksudnya: “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur’an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah Yunus : 57)

Ulasan Ayat :

1) Ayat ini menyatakan tentang kelebihan Al-Qur’an yang di dalamnya terkandung segala penawar bagi segala penyakit hati.
2) Di antara penyakit hati yang sering melanda umat manusia ialah dengki antara satu sama lain, riak, takabbur, benci dengan kelebihan orang lain dan sebagainya.
3) Bagi membersihkan hati daripada penyakit-penyakit ini, biasakan membaca serta memahami isi Al-Qur’an. Mudah-mudahan ia mampu menjadi penawar dan penyembuh kepada hati yang sudah rosak.
4) Selain itu, Al-Qur’an juga menjadi petunjuk dan pedoman buat manusia serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Wallahua’lam

Tiada ulasan: