Soalan:
Apakah hukum menggunakan tangan kiri dalam pekerjaan sehari-hari? Menjamah atau menyentuh makanan. Menggunakan tangan kiri untuk mengambil lauk dengan perantaraan sudu, misalnya menceduk lauk yang berkuah dengan sudu mengganti tangan kanan untuk menyuapkan makanan kerana tangan kanan tidak dapat digunakan kerana sakit.
Jawapan:
Menggunakan tangan kanan dalam melakukan kerja sehari-hari hukumnya sunat kerana mengikut perbuatan junjungan kita nabi Muhammad SAW. Oleh itu, tidaklah menjadi salah kalau digunakan tangan kiri dengan tidak berniat hendak menurut kelakuan orang-orang yang bukan Islam.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Penulis/Ulama : Syed Yusuf B. Ali Az-Zawawi
Tarikh Diisu : 1.2.1971
Jumaat, 24 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan