"Sudah terlalu banyak isu politik. Take a break, ok. Mari kita ingatkan diri kita tentang masalah RIBA yang masih berleluasa dalam negara kita. Aktiviti2 Riba masih aktif di pasaran melalui urusan perbankan dan kewangan.
Jangan lupa wahai pencinta-pencinta Islam! Biarpun kamu dapat mengambil alih sistem pemerintah secara politiknya, tidak layak lagi untuk negara ini diwar-warkan sebagai Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur, selagi Riba masih berleluasa di bumi bertuah.
Ingat! (aktiviti-traksaksi) Riba ini telah lama dahulu diiystiharkan pengharamannya secara mutlak dan dilarang secara total sebagaimana perisytiharan akhir nabi melalui khutbah di haji Wada iaitu sekira-kira 1400 tahun dahulu. Riba yang begitu berleluasa dahulu sebelum kedatangan nabi yang mulia. Ia kemudian berjaya dihapuskan oleh Islam.
Kini apa sudah jadi? Setelah Umat Islam lemah, Yahudi dan rakan-rakan taulannya telah menghidupkan dan ’mengeksportkannya’ dan kini RIBA telah bertapak kukuh semula di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.
Kronologi Sejarah. Ingatkan diri kita semula bagaimana kronologi Pengharaman Riba yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan maksud membimbing manusia untuk keluar dari kebiasaan buruk yang sudah berakar umbi. Tahap 1:- Allah telah berfirman dalam surah ar-Rum: 39 yang ertinya; "Dan sesuatu riba yang kamu lakukan agar menambahkan harta manusia, maka Riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka orang-orang (yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan (pahalanya). Jika diperhatikan, ayat ini tidaklah menyatakan larangan tetapi hanya mengemukakan bahawa Riba itu tidaklah disukai dan tiada keberkatan padanya. Tahap 2:- Allah telah berfirman dalam surah aN-Nisa’: 160 dan 161. Ayat ini juga tidak menyebut larangan Riba, tetapi hanya membangkitkan dan mempersiapkan mental untuk menerima adanya idea larangan Riba. Tahap 3:- Allah telah berfirman dalam surah al-Imran: 130 yang ertinya:- ”Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan Riba dengan berlipatganda dan bertawakallah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.” Tahap 4:- Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah: 278 dan 279 yang ertinya:- ” "Wahai orang-orang yang beriman! Takutlah (bertaqwalah) kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki-baki Riba itu, sekiranya kamu benar-benar orang yang beriman, sekiranya kamu masih enggan (tidak meninggalkannya Riba) sediakan diri kamu dengan suatu peperangan dari Allah dan RasulNya tetapi jika kamu bertaubat (daripada pengambilan Riba) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak dianiaya dan tidak (pula) dianiaya.” Tahap 5:- Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah: 275 yang ertinya:- ” "Orang yang makan Riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran penyakit jiwa. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jualbeli itu sama dengan Riba. Padahal Allah telah menghalalkan Jualbeli dan mengharamkan Riba..."
Begitulah hikmah kebijaksanaan pengharaman secara beransur bersesuaian dengan tabii manusia yang memerlukan masa untuk berubah secara lebih berkesan dan baik. Namun telah jelas nyata kini, ayat di atas ini tegas dan jelas mengharamkan Riba dalam pelbagai bentuknya, baik sedikit mahupun banyak.
Sudah sampai masanya, produk kewangan Riba diharamkan kepada orang Islam. Ia adalah perlu wujud sebagai alternatif untuk orang bukan Islam. Kita tak boleh biarkan ia menjadi produk utama industri yang memberi pendapatan kepada negara yang kemudiannya menjadi sebahagian makanan yang disuap ke mulut kita. Kerana ia haram, Ia mesti jadi alternatif bagi bukan Islam sebagaimana babi menjadi alternatif untuk mereka.
Mengenai Riba yang wujud pada produk perbankan maka mungkinkah sudah sampai masanya untuk ia dilabelkan atau dilogokan sebagai produk ”Non-halal” (bukan 'haram' kerana menjaga sensitiviti)?
Benar, bukan tak benar, memang ada kebenarannya bahawa bank-bank islam dan produk-produk kewangan Islam semakin bertambah. Namun banyak mana? peratusannya masih jauh kecil berbanding penguasaan bank RIBA atau produk RIBA di pasaran.
Perubahan ada. Benar. Ya. Tadaruj. Ansur-ansur. Namun berapa banyak perubahan itu dan berapa cepat? Rasanya seperti terlalu sikit dan terlalu lambat. Adakah atau bilakan tarikh sasaran ditetapkan? Iltizam dan kesungguhan di pihak siapa sebenarnya/ Sekadar sebahagian economists dan rakyat? Bagaimana dengan pihak berkuasa dan pemegang kekayaan dan pemilik-pemilik perbankan?
Bukankah Qiamat itu semakin hampir. Tidakkah kita berada diakhir zaman. Time is running out! Sekiranya pihak berkuasa yang ada tidak bersungguh-sungguh untuk merubahkan kepada sistem ekonomi Islam yang bebas Riba, mungkin ia telah menambahkan satu lagi sebab kuat untk pencinta Islam mengambil- alih kuasa politik untuk menjadikan sistem ekonomi Islam suatu realiti.
Mungkin ditakdirkan masalah ekonomi ini (Riba) hanya dapat diselesaikan melalui perubahan kuasa politik. Wallahu taala a'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan