Soalan :
Salam Ustaz, Saya telah bersalin di awal bulan Ramadahn dan masih blum sempat ganti puasa kerana masih mnyusu badan. Bolehkah sekiranya saya hanya membayar fidyah dan tidak rnenggantikan puasa kerana saya bercadang menyusu badan selama 2 tahun. Sebelum ini saya telah cuba berpuasa semasa menyusu namun tidak mampu kerana terlalau lemah.
Jawapan :
Tidak harus mengabaikan puasa qadha/ganti kecuali orang yang tidak mampu berpuasa lagi sepanjang hayatnya kerana tua atau kerana sakit yang tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Jika tidak mampu berpuasa di sepanjang tempoh menyusu, gantilah selepas tempoh itu. Usaha kita untuk memenuhi tuntutan Allah akan diganjari Allah dengan hidayah, taufik dan pahala yang besar.
Wallahu a'lam.
Ramadhan Bulan Berkat: Kembalilah Kepada Allah Bersama Orang-Orang Yang
Baik!
-
Ramadhan adalah bulan keberkatan, bulan keampunan dan bulan perubahan. Ia
bukan sekadar musim ibadah yang datang dan pergi, tetapi peluang […]
2 hari yang lalu



Tiada ulasan:
Catat Ulasan