♡Tadabbur Kalamullah♡
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا [41] وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا [42]
"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (41) "Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang"(42)
[Surah Al-Ahzab 41-42]
#Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah berkata: "Zikir ialah dengan mentaati segala perintah Allah SWT. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah SWT, maka ia tidak dikira meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran"
# Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunia meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi: "Aku mendengar bahawa Syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka ditanya, "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab, "Kami sedang menunggu bahan-bahannya"
#Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.
Sa'id bin Zaid berkata: "Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburnya wangian daripada pelbagai minyak wangi"
Malik bin Dinar berkata: "Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari"
#Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani:
"Orang itu dikatakan dekat dgn Allah swt selama dia meluangkan waktunya utk berzikir setiap hari"
#Marilah kita memperbanyak ibadah sunnah dan zikir. Setiap kali mengucapkan tasbih, pada hakikatnya, kita sedang menanam sepohon pokok dan membina sebuah mahligai indah di Syurga. Semakin banyak zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan rendang taman-taman tersebut serta semakin siap istana yg dibina
♡Berzikir dan bertasbih menenangkan jiwa dan raga♡
🐊Ust naim

Tiada ulasan:
Catat Ulasan