Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Umat Terbaik

♡Tadabbur Kalamullah♡

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ ....

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang ('wasata') pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu....."

[Surah Al-Baqarah 143]

#Imam Ibnu Kathir melalui Tafsir al-Quran al-Azim menjelaskan:

"Perkataan "wasata" bermaksud yg terbaik, cemerlang dan gemilang"

#Inilah minda Rasulullah saw dan para sahabat Baginda ketika menjalani kehidupan seharian, berdakwah dan menyebarluaskan agama Islam. Mereka sentiasa melakukan yg terbaik dan usaha utk mencapai kecemerlangan

#Model Wasatiyyah- "Para Sahabat dan Badar":

Sejarah tlh menyaksikan bilangan dan kelengkapan peperangan tentera Muslim dlm peperangan Badar adalah sedikit berbanding tentera musuh. Namun, adakah bilangan yg sdikit itu menghalang para sahabat drp meneruskan misi mereka??

Tidak sekali-kali krn mereka yakin usaha terbaik yg dilakukan akan membuahkan hasil. Minda yg sentiasa inginkan kecemerlangan dan kegemilangan serta bersedia menghadapi badai yg menunggu di hadapan. Kualiti diri inilah yg ditanam oleh Rasulullah ke dlm minda para sahabat

♡Lahirkan dlm diri kita ciri2 wasatiyyah (berusaha melakukan yg terbaik dan cemerlang) di samping bertawakkal kpd Allah swt nescaya kita akan mjadi umat pilihan yg terbaik♡

🐊Ust naim

Tiada ulasan: