Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Zakat Kanak2

Apa pandangan ulamak tentang harta milik kanak-kanak belum baligh dan orang gila? Adakah wajib dikeluarkan zakat darinya? Jika wajib, siapa yang bertanggungjawab mengeluarkannya?

1. Pertama; Jumhur ulamak (yang terdiri dari Imam Malik, Imam Syafi’ie, Ahmad, ‘Ata’, Mujahid, az-Zuhri dan sebagainya) berpendapat; wajib dikeluarkan zakat dari harta mereka. Orang yang bertanggungjawab mengeluarkannya ialah wali atau penjaga mereka.

2. Kedua; Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya berpendapat; zakat yang wajib dikeluarkan dari harta kanak-kanak dan orang gila itu hanyalah bagi harta pertanian dan buah-buahan sahaja, tidak bagi harta-harta dari jenis yang lain.

3. Ketiga; Imam Abu Jaafar, as-Sya’bi dan an-Nakha’ie perpandangan; keseluruhan harta kanak-kanak dan orang gila tidak wajib dikeluarkan zakat.

#Pendapat yang kuat menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi ialah pandangan jumhur (pdpt yg pertama)

[Fiqh az-Zakah, 1/ 138]

Tiada ulasan: