Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Derita di Mahsyar

♡Tadabbur Kalamullah♡

يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

"(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa"

[Surah Ibrahim 48]

#Dijelaskan dlm Tafsir Ibnu Abbas:

"Iaitu hari perubahan bumi dengan bumi yang lain dengan keadaan yang berbeza. Pergantiannya iaitu ditambah dan dikurangi misalnya diratakan gunung dan lembahnya"

#Drp Sahl bin Sa'id as-Sa'idiy r.a drp Nabi saw:

"Tuhan akan himpunkan semua manusia pd hari kiamat di atas satu bumi yg putih kemerah-merahan spt sebiji roti gandum putih yg baharu dibakar. Bumi yg suci bersih tidak ada pdnya gunung ganang@ bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda@ kesan yg menunjukkan bahawa bumi itu pernah didudiki@ dimiliki orang" [al-Bukhari&Muslim]

#Imam at-Tabrani meriwayatkan bhw manusia akan berdiri di Padang Mahsyar selama 50 ribu tahun dlm keadaan tdk diberi makan dan minum. Tekak dan leher pecah akibat kehausan yg maha luar biasa. Perut terasa terbakar krn kelaparan yg sudah tidak tertanggung

#Tempoh 50ribu tahun tsebut adalah mengikut jangka masa hari ini. Dlm surah as-Sajdah ayat 5 dikatakan bhw sehari di akhirat spt kadar 1000 tahun didunia

#Namun, mufassirin menyebut lbh drp 50000 tahun sbgmana dinyatakan dlm surah al-Maarij ayat 4 (Lihat Tafsir Ibn Kathir)

#Tdpt byk penderitaan yg akan dilalui manusia di mahsyar:

1. Manusia berada dlm keadaan takut dan cemas (an-Naazi'at ayat 8-9)

2. Berdiri terjemur di bawah panas matahari yg panasnya hanya Allah yg mengetahui (rujuk HR Muslim&Tirmizi)

3. Berdiri dlm banjir peluh yg mencurah-curah (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

4. Berdiri dlm keadaan telanjang tanpa seurat benang di tubuh (rujuk HR Bukhari dan Muslim)

#Apa yg patut kita lakukan utk meringankan kesusahan di mahsyar?

Bkata Abdullah bin Abbas r.a: "Sesiapa yg ingin diringankan oleh Allah swt ketika berdiri di Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah pd malam hari dlm keadaan sujud dan berdiri krn takutkan dahsyatnya akhirat" (Ibn Jarir, Tafsir ath-Thabari)

♡Beristiqamahlah dgn apa shj amalan soleh yg memungkinkan kita diberi kemudahan ketika berhimpun di Pdg Mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan: