Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Hidayah

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)" [Surah Al-Qasas 56]

# Ibnu Kathir mengatakan mengenai tafsir ayat ini:

“Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak layak mendapatkannya”

#Turunnya ayat ini berkenaan dengan cintanya Rasulullah saw kepada bapa saudaranya Abu Talib. Segala cara dan upaya yang dilakukan baginda untuk mengajak pakciknya kepada kebenaran, namun pakciknya kekal tidak beriman sehingga ajal menjemputnya. Seorang Rasul yang kita tahu kedudukannya di sisi Allah pun tidak mampu untuk memberi hidayah kepada pakciknya, apalagi kita yang keimanannya sangat jauh dibandingkan Baginda.

#Ini menunjukkan tugas kita ialah berdakwah dan bukan memberi hidayah krn hidayah milik mutlak Ilahi

#Dr.Wahbah az-Zuhaili dlm Tafsir Munir membahagikan hidayah kpd beberapa peringkat:

1. Hidayah Ilhami (naluri)
2. Hidayah hawasi (pancaindera)
3. Hidayah aqli (akal)
4. Hidayah deeni (agama)
5. Hidayah taufiqi (taufik)

-Naluri, pancaindera dan akal adalah petunjuk Allah kpd manusia sbg modal bg manusia mdpt hidayah agama dan taufik

#Petunjuk dan hidayah drp Allah adalah hak Allah utk diberikan kpd sesiapa yg dikehendakiNya. Oleh itu, kita jg perlu berusaha utk mdptkan dan menjaganya. Antara usaha yg blh kita lakukan utk mdpt dan memelihara hidayah:

1. Berdoa:
"Wahai Tuhan kami yg membolak balikkan hati kami, arahkanlah hati kami ke arah ketaatan kpdMu" (HR Muslim) dan doa yg tdpt dlm surah Ali Imran ayat 8

2. Melengkapkan diri dengan ILMU:
Ilmu yg bmanfaat blh mjadi sebab kita mdpt dan kekal dlm hidayah

3. Jauhi Dosa
Dosa blh jd penyebab utk kita dijauhi hidayah malah blh melucutkan hidayah yg tlh dikurniakan

#Mdpt hidayah drp Allah hingga mampu mendirikan solat adalah satu anugerah, krn betapa ramai org yg hanya diberi hidayah Islam ttpi tidak mdpt hidayah utk mdirikan solat. Ada yg diberi hidayah solat namun tdk pula mdpt hidayah utk menunaikan solat di awal waktu dan secara berjemaah.

#Ibadah mjadi ringan apabila ada hidayah dan taufiq drp Allah

♡Hidayah... ia blh datang dan boleh pergi..Jagalah sebaik mungkin♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Tiada ulasan: