Sahabat Ilmu

Selasa, 25 Ogos 2015

Dosa

♡Tadabbur Kalamullah♡

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

[Surah Al-Baqarah 160]

#Dlm memahami hal ini, Abu al-Laits as-Samarqandi menjelaskan bhw dosa manusia terbahagi kpd 2 jenis iaitu:

1. Dosa antara manusia terhadap Allah.

-Dosa dgn Allah akan terampun dgn bertaubat ttpi dgn 3 syarat:
a.Menyesal dlm hati
b.Berniat tdk mengulangi kesalahan
c.Membaca istighfar dgn lidah

2. Dosa sesama manusia

-Dosa dgn manusia hendaklah memohon maaf dgn orang terbabit. Selagi manusia itu tdk memaafkan atau menghalalkan maka dosa itu masih belum terampun

#Kata hukamak:

"Bangunkan semula apa yg telah kamu robohkan. Cucilah semula apa yg telah kamu palitkan najis. Perbaikilah apa yg telah kamu rosakkan. Jernihkan semula apa yg telah kamu keruhkan. Pulangkan semula apa2 yg sudah kamu terambil dgn cara tidak sah dan kembalikanlah kpd Tuhanmu apa yg telah engkau larikan drpNya tanpa izinNya"

♡Sesungguhnya rahmat Allah kpd manusia sgt luas. Allah memberikan jln kembali kpd ketaatan, ampunan dan rahmatNya..Rebutlah peluang keemasan ini♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
(3 Jun 2015)

Tiada ulasan: