Sahabat Ilmu

Sabtu, 29 Januari 2011

Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah

Hadith :

Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:”Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :”Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.”

(Bukhari dan Muslim)


Huraian:

Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah.

Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.

Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya.

Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.

'Ibrah Hijraturrasul


BismiLlahi walhamduliLlah.

Terdapat banyak 'ibrah (pengajaran) yang diperoleh disebalik hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah.

Peristiwa Hijrah merupakan suatu titik tolak ke arah pembukaan kota Mekah. Apabila kita mengkaji sirah Rasulullah s.a.w, kita sebenarnya telah mengajak akal kita untuk turut sama berfikir tentang kebesaran Allah s.w.t. Bagaimana Rasulullah s.a.w melalui hijrah dalam keadaan yang sukar. Bayangkan, jarak dari Mekah ke Madinah lebih kurang sejauh 500km. Sedangkan Allah berkuasa untuk menghantar terus Rasulullah s.a.w ke Madinah sepertimana peristiwa isra' mi'raj.

Dalam kesukaran yang dihadapi, Rasulullah s.a.w mengatur perancangan dan strategi untuk memastikan perjalanan ke Madinah berjalan lancar tanpa sekatan dari musuh Islam.

1. Abdullah bin Abu Bakar sebagai pengintip.
2. Aishah dan Asma' sebagai pembekal makanan.
3. Ali bin Abi Talib menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w
4. dan lain-lain..

'ibrah yang diperoleh:

Dalam perjuangan, kita tidak boleh hanya menyerah semata, tetapi perlu mengatur dan menyusun strategi untuk mencapai kemenangan. Jika pihak lawan (musuh Islam) mengatur berbagai2 perancangan untuk menghancurkan Islam, kita harus bersiap sedia untuk menangkis perancangan mereka dan menyusun strategi yang lebih padu untuk mengalahkan mereka.

Sepertimana kata-kata Saidina Ali r.a, "kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun".

Insyallah

Khamis, 27 Januari 2011

ZAKAT EMAS & PERAK

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK
 
  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

       
  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112
     
  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

PATUHI&TAATILAH FIRMAN ALLAH INI WAHAI SEKELIAN KAUM MUSLIMIN



51. Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan.
52. Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.
53. Dan mereka (yang munafik) bersumpah Dengan nama Allah, Dengan sebebar-benar sumpahnya: Bahawa jika Engkau (Wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. katakanlah: " janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat Yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan".
54. Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul Allah. kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa Yang ditugaskan kepadaNya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa Yang ditugaskan kepada kamu. dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah Dengan penjelasan Yang terang nyata".

(SURAH AN-NUR AYAT 51-54)

FAHAMILAH KALAM ALLAH INI WAHAI UMAT AKHIR ZAMAN

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(SURAH AN-NUR AYAT 31)

Rabu, 26 Januari 2011

Penawar DUKA

Tersebutlah sebuah kisah, seorang wanita hidup bahagia bersama anak lelaki tunggalnya. Tiba-tiba tanpa diduga anak tunggal kesayangannya direntap kematian. Tak terkira betapa sedihnya si ibu dengan kehilangan anak tersayang. Untuk menghilangkan kesedihan yang tak tertanggung dia (kita beri nama Hazinah) pergi menemui seorang alim yang bijak di daerahnya. Dia meminta orang alim tersebut memberitahu bagaimana caranya untuk mengembalikan anak tunggalnya yang telah mati agar hidup kembali. Apa cara sekalipun akan diusahakan walaupun sukar.

Orang alim memerah otaknya sehabis daya untuk mencari jalan bagaimana menghidupkan anak Hazinah yang telah mati. Akhirnya dia mendapat satu idea, lalu dikemukakan idea bernasnya itu kepada Hazinah.

- Bawakan kepada saya satu biji biji sawi. Syaratnya biji sawi itu hendaklah diambil daripada sebuah rumah yang tidak mengenal langsung erti kesedihan!
Dengan keazaman yang kental, Hazinah mula melangkah mengunjungi rumah demi rumah di sekitar daerahnya untuk mendapatkan sebiji biji sawi.

Mula-mula dia mengetuk pintu sebuah rumah. Seorang perempuan tua membuka pintu, dia menjenguk sambil menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepada Hazinah. Hazinah bertanya tuan rumah:

- Adakah ahli rumah ini mengenali kesedihan?

Soalan itu dijawab oleh perempuan tua dengan senyuman pahit sambil air mata bercucuran dari matanya. Dia mengajak Hazinah masuk dan menceritakan kisahnya.

- Suamiku telah meninggal dunia setahun yang lalu. Dia meninggalkan empat orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Tiada langsung sumber pendapatan untuk kami sekeluarga sehingga kami terpaksa menjual perkakas rumah. Kini tidak ada apa lagi yang tinggal untuk dijual.

Hazinah sangat terkesan mendengar penderitaan perempuan itu. Dia cuba sedaya mampu meringankan beban yang ditanggung. Kunjungan itu berakhir dengan jalinan persahabatan dan Hazinah berjanji akan datang lagi menziarahinya.

Hazinah meneruskan perjalanan mengunjungi rumah ke dua sebelum menjelang mangrib untuk mencari apa yang dihajatinya. Di rumah kedua, dia menemui seorang suri rumah yang suaminya sedang sakit tenat. Makanan untuk anak-anaknya telah kehabisan beberapa hari yang lalu. Hazinah sangat kasihan melihat keadaan keluarga itu. Dia segera ke pasar dan membeli bahan-bahan mentah seperti gandum, minyak dan lain-lain. Dia kembali semula ke rumah itu dan membantu tuan rumah memasak untuk keluarganya kemudian membantunya menyuapkan makanan kepada anak-anaknya. Setelah selesai, dia meninggalkan keluarga malang itu dan berjanji akan menjenguk lagi di lain kali.

Esoknya Hazinah meneruskan pencariannya. Rumah demi rumah diziarahi namun tidak ada sebuah rumahpun yang tidak mengenal kesedihan untuk diambil daripadanya sebiji biji sawi. Oleh kerana Hazinah seorang wanita berhati mulia, dia berusaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh setiap rumah yang dikunjungi atau sekurang-kurangnya berusaha meringankan beban mereka dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati mereka.

Hari demi hari sepanjang pencariannya dia membina persahabatan dengan ahli keluarga yang dikunjungi menyebabkan dia lupa apa yang ingin dicarinya, iaitu sebiji biji sawi.

Dia tidak menemui sebuah rumahpun yang tidak mengenali kesedihan. Malah dia sendiri telah larut dengan kesedihan yang mereka alami menyebabkan dia lupa kepada kesedihannya sendiri.

Demikianlah saranan yang telah diberikan oleh orang alim yang bijak telah dapat mengubat kesedihan Hazinah.

Sesungguhnya menulung orang lain, berkongsi suka duka dengan mereka menjadikan kita bebas dari belenggu keakuan yang sempit. Dengan itu juga kita akan disayangi mereka dan hidup kita akan bahagia.

Musibah yang menimpa kita tidak mungkin dapat diketahui besar atau kecil kecuali setelah kita mengukurnya dengan musibah yang menimpa orang lain…
 

Selasa, 25 Januari 2011

FUN FAIR BOLEH MENYUMBANG KEPADA JUDI

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian sama ada melalui permainan, hiburan dan sebagainya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya mengharamkan judi dan menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan ia adalah perbuatan syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar.

Judi adalah salah satu perbuatan yang boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah masyarakat. Ia juga mencacatkan hubungan dengan Tuhan. Mereka yang melakukannya (melanggar larangan Allah) tidak akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Judi disebut dalam bahasa Arab sebagai al-maisir. Al-Maisir merupakan suatu bentuk permainan yang memakai atau menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapatkan taruhan tersebut. (Kamus Dewan: 545)

Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.(Surah Al-Baqarah: 219)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain:

Tafsirnya:
“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.

(Surah Al-Ma’idah: 91)
Ketiga-tiga ayat di atas menyebutkan beberapa kebiasaan buruk yang berkembang pada masa jahiliyah iaitu khamar (arak), al-maisir (judi), ansab (berkorban untuk berhala), dan azlam (mengundi nasib dengan menggunakan panah). Berdasarkan ayat-ayat di atas juga Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjelaskan bahawa khamar dan al-maisir mengandungi dosa besar dan juga mempunyai beberapa manfaat, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. Dosa daripada al-maisir itu menggambarkan akibat-akibat buruk yang timbul daripadanya.

Di antara dosa dan risiko yang ditimbulkan oleh al-maisir telah dijelaskan dalam surah Al-Ma’idah di atas bahawa al-maisir adalah perbuatan syaitan yang wajib dijauhi oleh orang-orang yang beriman. Di samping itu, al-maisir juga dipergunakan oleh syaitan sebagai alat untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia, serta menghalang pelakunya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan menunaikan sembahyang.

Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas juga, ulama fiqh sependapat untuk menetapkan hukum al-maisir itu salah satu dosa besar.

Jumhur ulama daripada empat mazhab berpendapat bahawa unsur penting dari al-maisir itu adalah “taruhan”. Dalam pandangan mereka, adanya taruhan ini merupakan ‘illat (sebab) bagi haramnya al-maisir tersebut. Oleh yang demikian, setiap permainan yang mengandungi unsur taruhan adalah al-maisir dan hukum melakukannya adalah haram.
(Ensiklopedia Hukum Islam: 3/1054)

Hikmat Di Sebalik Pengharaman Judi
Ayat yang telah disebutkan sebelum ini ada menyatakan bahawa judi atau al-maisir itu mengandungi dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya. Manfaat yang dimaksudkan oleh Al-Qur‘an khususnya mengenai al-maisir adalah manfaat yang hanya dinikmati oleh pihak yang menang. Umpamanya dalam bentuk permainan al-mukhatharah di zaman jahiliyyah, dua orang laki-laki atau lebih, menjadikan harta dan isteri mereka masing-masing sebagai taruhan dalam permainan tersebut. Orang yang menang dalam permainan itu berhak mengambil harta dan isteri daripada pihak yang kalah. Ini bermakna harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang itu boleh diperlakukan mengikut kehendak hawa nafsunya, sama ada dengan mengahwininya atau dijadikan sebagai hamba atau gundik.

Begitu juga dengan permainan at-tajzi’ah, yang biasanya melibatkan sepuluh orang lelaki sebagai pemain. Jika hendak dibandingkan dengan permainan yang ada masa kini ia adalah sama seperti permainan daun terup. Permainan tersebut menggunakan potongan-potongan kayu yang dipanggil al-azlam atau al-aqlam sebanyak sepuluh batang. Setiap potongan itu akan diberi jumlah markah atau bahagian. Tiga daripadanya berjumlah kosong markah, dan tujuh potongan yang selebihnya itu mempunyai jumlah markah tertentu, dari satu markah hinggalah yang ketujuh markah. Jumlah keseluruhan daripada sepuluh potongan kayu itu mempunyai 28 markah. Sebagai taruhannya ialah seekor unta yang dipotong menjadi 28 bahagian sesuai dengan jumlah markah tersebut.

Kesemua potongan kayu itu dimasukkan ke dalam karung/peti lalu digoncang oleh seseorang yang dipercayai dan mengeluarkannya satu persatu kepada peserta. Maka peserta yang mendapat potongan yang tiada markah diiktiraf kalah dan tidak menerima bahagian daging unta, malahan dikehendaki membayar harga unta tersebut. Manakala peserta yang lain pula mengambil bahagian daging unta tersebut mengikut jumlah markah yang diperolehinya, lalu membahagikan kesemua daging itu kepada orang miskin. Mereka yang menang saling membanggakan diri dan mengejek-ejek peserta yang kalah hingga melibatkan kabilah masing-masing. Tindakan mereka itu selalunya berakhir dengan perselisihan dan perkelahian yang membawa kepada pembunuhan dan peperangan.
(Al-Qurtubi: 3/58)

Sebab itu, Islam dengan tegas melarang perbuatan judi itu kerana menghalang manusia daripada permusuhan dan berbenci-bencian sesama sendiri. Perbuatan judi itu juga menghalang manusia daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Daripada penjelasan-penjelasan di atas dapat difahami bahawa antara keburukan dan kemudharatan perbuatan judi itu ialah mendorong dan menjadikan seseorang itu bersifat malas iaitu dengan hanya menanti kelebihan atau rezeki yang datang daripada hasil perjudian. Ia juga melalaikan, membuang masa dan mendorong seseorang meninggal dan mengabaikan kerja-kerja berkebajikan seperti berniaga, bertani dan sebagainya. Perbuatan judi itu juga boleh menjadikan seseorang itu miskin dan papa sehingga harta benda seperti rumah, tanah, barang kemas, isteri, anak-anak, wang simpanan tergadai dan yang lebih mendukacitakan ialah hilang maruah isteri dan anak perempuan yang menjadi penampal hutang-hutang mereka...

PERMAINAN-PERMAINAN DALAM FUN FAIR

Fun fair berasal daripada perkataan Inggeris dan menurut Kamus Dewan funfair adalah pesta ria.

Sebagaimana biasanya funfair dibuat di suatu lokasi atau tempat untuk bersuka ria. Selain daripada menyediakan gerai jualan barang-barang, ada juga disediakan pelbagai jenis hiburan dan permainan yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa seperti rantai emas, jam dan sebagainya. Ia disediakan mengikut syarat-syarat yang telah diaturkan.

Kebiasaannya, di antara permainan-permainan yang disediakan termasuklah membaling gelang besi ke sasarannya. Untuk menyertai permainan ini, pelanggan terlebih dahulu dikehendaki membeli gelang besi tersebut. Cara permainannya, gelang akan dibaling ke sasarannya, jika masuk pada sasarannya, maka si penjual akan memberikan hadiah. Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah berupa anak patung atau lain-lain. Manakala pelanggan yang tiada satupun daripada gelang besi yang dibeli itu menepati sasarannya maka tiadalah hadiah yang diberikan.

Antara jenis permainan yang diadakan lagi ialah seperti memancing kepingan papan di atas air. Kepingan papan berkenaan diukir menjadi berbagai bentuk. Di belakang kepingan papan tersebut tertulis jumlah markah seperti 100, 200 atau kosong. Sebelum itu pelanggan diberitahu agar memancing ukiran papan itu sebanyak mungkin untuk mengumpul jumlah markah daripada ukiran papan tersebut. Biasanya pelanggan akan dikenakan bayaran bagi setiap ukiran papan yang dipancingnya. Sesudah pelanggan memancing ukiran papan tersebut dan membayar setiap satu ukiran yang diperolehi baharulah penjual itu menjumlahkan markah yang diperolehi pelanggan, kemudian memberi hadiah yang ditentukan mengikut kadar jumlah markah tersebut. Jika markah pelanggan itu tinggi, maka mahal dan istimewalah hadiah yang diberikan.Tetapi jika tidak mencapai pada markah yang sudah ditentukan itu maka tiadalah hadiah yang diberikan kepadanya. Cara permainan ini adalah sama dengan permainan di zaman Jahiliyyah iaitu at-tazji‘ah.

Ada juga permainan dengan cara memasukkan duit syiling di dalam bekas yang dipenuhi dengan duit syiling yang lain. Apabila duit yang dimasukkan itu terkena pada sesuatu tempat yang menyebabkan terjatuhnya sebilangan kumpulan duit, maka berjayalah pelanggan itu untuk mendapatkan duit syiling yang banyak dari bekas tersebut.

Begitulah di antara jenis dan corak permainan yang terdapat di dalam funfair tersebut mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan permainan-permainan yang lebih menarik dan canggih telah direka tanpa menyusahkan si pemain, hanya dengan membeli kupon akan diketahui sama ada dia menjadi pemenang atau sebaliknya setelah diadakah undian. Permainan seperti ini dinamakan al-yanasib (judi loteri). Walaupun tidak menimbulkan permusuhan dan tidak menghalang pelakunya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala, akan tetapi perlaksanaan undian loteri itu mempunyai akibat-akibat buruk seperti juga pada jenis judi yang lain. Akibat-akibat buruk yang dimaksudkan ialah kenyataannya ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah. Cara-cara seperti ini diharamkan oleh syara‘. (Ensiklopedia Hukum Islam: 3/1055)

Berdasarkan kepada contoh-contoh permainan yang disebutkan di atas, adalah jelas ia merupakan permainan-permainan yang mempunyai unsur pertaruhan dan mengadu nasib.

Jika dibandingkan dengan pengertian judi dan unsur-unsur yang ada pada judi sepertimana yang disebutkan sebelum ini, maka permainan-permainan seperti di atas adalah termasuk dalam kategori judi kerana ia mempunyai unsur-unsur yang sama.

Dari itu, hendaklah diingat bahawa mana-mana permainan yang mempunyai unsur pertaruhan, mengadu nasib atau salah satu pihak akan kerugian adalah judi.

Walau bagaimanapun tidak semua yang berbentuk permainan atau perlumbaan itu termasuk dalam kategori judi, seperti seseorang yang berkata kepada teman-temannya yang diajak bertanding dalam suatu perlumbaan: “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Sebaliknya jika kamu kalah tidak ada kewajipan apa pun atas kamu untuk saya”. Kriteria seumpama ini telah disebut dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah Bin Haris bahawa Rukanah, salah seorang kafir Quraisy, pernah mengajak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengikuti permainan beradu tenaga seperti gusti. Dia menawarkan beberapa ekor kambing jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menang. Dalam perlawanan itu, ternyata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menang.
(Bazlul Majhud: 16/402)

Sayugia diingatkan bahawa permainan-permainan seumpama itu, sebenarnya sangat melalaikan bahkan tanpa disedari membawa kepada pembaziran wang.

Maka, jelas bahawa yang haram itu wajib dijauhi dalam segala hal dan keadaan, wajib memelihara diri daripadanya dengan apa jua sekalipun. Maka dalam keghairahan mencari harta dengan jalan berniaga atau lain-lain sumber pencarian, adalah wajib kita berhati-hati daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak sah dalam jual beli, apa lagi jika ia membawa kepada yang haram.

Sumber :
Mufti Brunei

Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?


Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib ataupun tidak? Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti
berikut:-

(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu. Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidakakan berdosa setelah dia bertaubat.

(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu di tubuh badannya itu.

(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu tersebut.

(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian (i) di atas.

Sumber :
Mufti Brunei

Peringatan Para Ulama' Bagi Mereka Yang Menolak Hukum Allah

Ustaz Abdul Qodir Audah( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”


Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”

As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.

Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.”

Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”

[ Cukuplah dan insafilah akan kekerdilan serta ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang jalannya telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Allah mengetahui bahawa ada hal-hal yang manusia tidak mampu untuk menyelesaikannya melainkan dengan penyelesaian dari Allah. Lebih 50 tahun kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kemerdekaan, namun tidak ada satu jenayah pun di dalam negara ini yang berkurangan, bahkan bertambah-tambah dan menakutkan dari hal pembunuhan, perompakan, pencurian, pemerkosaan, penzinaan, pemurtadan dan sebagainya yang mewarnai wajah negara ]

Rujukan:

Gerakan FreemasonryMusuh Dalam Menghancurkan Islam: Hj Nik Azran Muhamed

Isnin, 24 Januari 2011

Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason?






















Senibina Freemason Di Malaysia.

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross
Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya

Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?


Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah
The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

Source: Facebook | Mass edited by Oh! Tidak

SURATAN ATAU KEBETULAN?
http://greenboc.blogspot.com/2010/12/senibina-putrajaya-berkonsepkan.html 

Tazkirah.- Tahun Yang Penuh Muslihat

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:  
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. 

Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. 

Maka ada yang menanyakan: "Apa itu Ruwaibidhah?"
Dijawab baginda s.a.w. : "Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum."

- Riwayat Ibn Majah

Tazkirah - Pesan Taqwa untuk Pemerintah.

SUMBER: HELANG KEDAH

Wahai Amirul Mukminin!

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya.”



  Wahai Amirul Mukminin!

Sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan.

Hendaklah tuanku tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaiban) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah tuanku atau mengadakan hijab (penghalang) antara tuanku dengan mereka. Hendaklah tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima dan bersimpatilah dengan musibah yang menimpa mereka.

Wahai Amirul Mukminin!

Urwah bin Ruwain berkata: ”Pernah Rasulullah s.a.w. memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi sehingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah jibril bertanya: ’Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk menghancurkan atau menakutkan hati umatmu?’.”

Wahai Amirul Mukminin!

Relakanlah dirimu dengan dirimu! Dan carilah keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ”Sesungguhnya tempat letak panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat al-Tabarani no.6134)

Wahai Amirul Mukminin!

Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal ditanganmu atau sesiapa sahaja.

Wahai Amirul Mukminin!

Ingatlah kata-kata Umar al-Khattab: ’Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan  mengenainya diakhirat kelak! Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?”

Wahai Amirul Mukminin!

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ” Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turut kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” ( Surah Sad 38:26)

Wahai Amirul Mukminin!

Rasulullah bersabda yang bermaksud: ” Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan satu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota dari badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu dihitung  amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia terlepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun).”

Wahai Amirul Mukminin!

Umar r.a. berkata: ” Amir (pemerintah) itu ada empat jenis:

1.                  Amir yang kuat yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya. Ia seperti mujahid ( orang yang berjihad ).

2.                  Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Dia berada ditepi jurang kebinasaan, kecuali Allah menurunkan rahmat keatasnya.

3.                  Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ’Pengembala yang terjahat  itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri.’

4.                  Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.”

Wahai Amirul Mukminin!

Umar al-Khattab telah berdoa: ”Wahai Tuhanku! Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata.”

Wahai Amirul Mukminin!

Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah, sesiapa yang mencari kemuliaaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia akan dihina dan direndahkan oleh Allah.
 

( Surat ini ditulis dan diutuskan oleh Imam al-Auza’I kepada Khalifah al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah )

Sabtu, 22 Januari 2011

ULAMA' YANG BERBAKTI







-DALAM AGAMA ADA POLITIK DAN DALAM POLITIK ADA AGAMA-

Mengapa doa tidak dimakbulkan

Diriwayatkan Nabi Musa a.s telah melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Melihat peristiwa itu, Nabi Musa mengadu nasib lelaki itu kepada Allah, “Wahai Allah, hambamu ini memohon kepadaMu supaya dikasihani akan dirinya kerana engkaulah yang amat mengasihani dari segala kasih, apakah yang telah lakukan kepada hajatnya itu?”. Allah memberitahu kepada musa, “ Wahai Musa, kalau dia mengangkat tangannya sehingga putus sekalipun, aku tidak akan memenuhi hajatnya  sehingga dia sendiri memenuhi hak-hak aku”.

Menurut satu lagi riwayat, Ketika Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya, “mengapakah doa kami tidak dimakbulkan Allawa SWT, padahal kami selalu berdoa kepadanya”. Jawab Ibrahim bin Adham, “ini kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh sepuluh perkara”.

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.
Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan  sunnah.
Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.
Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.
Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Rasulullah juga bersabda, “tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu imam (pemerintah) yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi yang diangkat doanya oleh Allah tanpa ada sebarang kabus pada hari akhirat dan dibukakan pintu-pintu langit dan Allah berfirman, “demi dengan kemuliaanku, aku akan member kemenangan kepadamu walaupun selepas satu jangka masa” – Riwayat Ibn Majah dan Al-Tirmizi.

Kata Dr Yusuf Al-Qardawi, “aku ditanya oleh seorang sahabat, sesungguhnya pada setiap tahun  berhimpun di Arafah dan Tanah Suci dalam keadaan bersih, berfawaf di Baitullah dengan rasa kehambaan diri kepada Allah SWT, mereka berlari-lari anak antara  bukit Safa dan Marwah dengan penuh zikir, mereka berdiri di Arafah sambil menyebut talbiyah dengan penuh khusyuk sambil membersihkan diri mereka dari perhiasan dunia dan keindahannya. Semua mereka itu menyeru Allah SWT akan dimenangkan hak ke atas seteru-seteru mereka, memulangkan putar-belit ke atas diri mereka sendiri, mengembalikan panahan-panahan beracun mereka ke atas diri mereka dan mengeluarkan umat Islam dari mehnah dan fitnah mereka”.

Begitu juga dilaporkan pada setiap tahun lebih 2 juta orang yang berterawih dan berqiamullail di masjidil haram. Persoalannya kenapa doa-doa mereka ini yang dipohon kepada Allah dalam keadaan kyusuk dan tawaddu’ masih tidak dimakbulkan Allah? Tempatnya suci, masanya suci, hati-hati mereka adalah hati-hati yang khusyuk, lidah-lidah mereka adalah lidah-lidah yang bersih.Kenapa umat Islam masih dikepung musuh? Kena umat Islam masih diserang, dibunuh, dibom dan sebagainya? Bukankah umat ini berdiri di atas agama yang benar.

Jawab Al Qardawi’ “penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakinya dan dengan cara yang dikehendakinya.”

Makbulnya Doa Seorang Ibu

Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat.

Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.

Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu.
Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.

"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
"Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.

Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.

Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata. Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak memperdulikan nasihatnya itu.

"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.

"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya. Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."

Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.

Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta, terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi pencuri kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori oleh tuan rumah.

"Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan diri."

Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil menuding-nuding orang yang sedang berzikir.

"Pencuri, pencuri..... " teriaknya keras sekali.

Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk mengarak pencuri itu di hadapan umum.

"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja di sepanjang jalan.

Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuriitu kepada pegawai raja:

"Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh, katakanlah begitu!"

Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang dituduh itu.. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura. Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.

Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah dia mendengar ibunya sedang beroda:

"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."

"Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki," jawab anaknya.

"Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.

"Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba telah dipotong."

"Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan muhrimmu?" jawab ibunya.

"Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta," jawab anaknya.

Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

"Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada ibu, maafkanlah ibu."

Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu berkata:

"Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak menanggung malu lagi."

Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama. Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu

Rahsia Rasulullah saw Mendidik Para Sahabat r.ahum

Umum telah mengetahui kisah Bilal bin Rabah r.a. Beliau sanggup dijemur dibawah kepanasan cahaya matahari selama berhari-hari tanpa sebarang makan dan minum. Bukan setakat dijemur, malahan diikat, dan terpaksa menanggung batu yang berat di atas badannya. Bilal tidak memanggil-manggil Rasulullah saw supaya memberikan pertolongan kepadanya. Bahkan, dia hanya menyebutkan, “Ahad, ahad, ahad”

Penderitaan Khabab r.a juga tidak kurang hebatnya. Beliau telah dibaringkan di atas bara api kerana menyatakan imannya kepada Allah dan Rasul. Sehinggakan nanah, peluh & darah yang mengalir keluar daripada tubuhnya, telah dapat memadamkan bara api yang dinyalakan. MasyaaAllah!

Begitu juga dengan kisah Yasir r.a  & Sumayyah r.aha yang telah disiksa sehingga mereka syahid kerana mempertahankan iman mereka. Dan banyak lagi kisah-kisah lain yang mungkin juga kita tidak tahu akan kewujudannya.

Mendengar cerita seperti itu pada hari ini, kita berasa sangat pelik. Bagaimana mereka sanggup menahan beban kesakitan yang sangat dahsyat??Sedangkan kita pada hari ini, baru sahaja diduga dengan ujian yang sedikit sudah tidak mampu untuk menahannya. Pelik tetapi benar. Apakah yang telah menyebabkan fizikal mereka terlalu kuat untuk menahan penderitaan ini? Mengapa mereka sanggup disalai, dipukul, disula sedangkan mereka boleh sahaja berpura-pura tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya?

Jelas sekali bahawa, kekuatan rohani  telah menguatkan semangat  mereka untuk menghadapi situasi seperti itu. Cinta mereka terhadap Allah swt dan Rasul saw yang meluap-luap tidak dapat dipertikaikan lagi. Kerana cinta yang sangat mendalam ini, mereka sanggup berkorban apa sahaja, hatta kan nyawa mereka sendiri. Keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah swt, menjadikan iman mereka tidak dapat dicalari walau sedikit pun.

Inilah rahsia pendidikan Rasulullah saw kepada para sahabat r.ahum. Rasulullah saw telah mengajarkan mereka tentang IMAN terlebih dahulu. Rasulullah saw telah mengajarkan bahawa, Allah lah yang Maha Berkuasa. Semua berhala-berhala yang terdapat di Kaabah pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa.
Allah lah yang menciptakan semua makhluk di dunia ini. Dia bukan sahaja mencipta, malah Dia juga memelihara semua keperluan makhluknya di atas muka bumi. Allah lah yang memberikan kita rezeki. Bukan sahaja manusia, malah Allah menjaga rezeki untuk semua makhluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tiada satu makhluk pun di dunia ini, yang dapat melakukan tugas ini. Bahkan Allah lah yang Maha Berkuasa.
Maka tidak hairanlah, tatkala Rasulullah saw membentangkan perintah-perintah Allah swt, para sahabat r.ahum telah menerimanya dengan hati yang terbuka. Tanpa berlengah lagi, mereka akan terus (immediately) menunaikan perintah tersebut. Satu soalan pun tidak diajukan kepada Rasulullah saw, mengapa Allah swt tidak bagi kita buat itu dan ini, atau esok saya akan buat perintah ini. Tidak! Mereka akan terus laksanakan perintah tersebut tanpa sebarang alasan lagi.

Diceritakan bahawa, tatkala perintah larangan minum arak diturunkan oleh Allah swt, sahabat-sahabat r.ahum terus keluar dari masjid dan mencari botol-botol dan tong-tong arak untuk dihapuskan. Diberitakan bahawa, tanah kota Madinah telah dipenuhi dengan arak di sana-sini pada masa itu, kerana mereka bertungkus-lumus memusnahkan arak, sehingga tidak tinggal walau sebotol pun dalam simpanan mereka.

Apabila perintah menutup aurat diturunkan, para wanita terus mengambil apa sahaja kain termasuk kain langsir rumah untuk menutupi aurat mereka. Telah diceritakan dalam sebuah kisah, seorang kanak-kanak telah bertemu dengan seorang wanita yang berjalan-jalan di kota sewaktu ayat tersebut diturunkan. Kanak-kanak itu telah berkata, “tidakkah kamu  tahu kamu bahawa, perintah menutup aurat telah diturunkan. Lantas, wanita itu terus berasa malu, dan menyembunyikan diri di sebalik dinding bangunan seraya berkata, “Aku tidak akan bergerak walau sedikit pun dari tempat ini, sehingga aku diberikan kain untuk menutupi tubuh badanku.”

Semoga kisah ini dapat kita teladani dalam mendidik anak-anak kita. IMAN perlu diterapkan dalam jiwa anak kita sejak mereka kecil lagi, meskipun sewaktu berada dalam kandungan, meskipun mereka tidak dapat memahami apa-apa lagi. Setiap hari dalam kehidupan mereka, perlu kita ceritakan  tentang kebesaran dan kehebatan Allah swt.
Lebih banyak kebesaran Allah swt masuk ke dalam hati mereka, makin bertambahlah  cinta mereka kepada Allah swt . Lebih banyak cinta kepada Allah swt mereka miliki, maka lebih mudahlah untuk mereka mentaati perintah Allah swt. InsyaAllah :)
Hakikatnya, Allah swt yang memberikan iman kepada kita dan anak-anak kita. Mohonlah pada Allah agar terus ditingkatkan dan dikekalkan iman yang ada dalam diri kita.

Ya Allah, jangnlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi” ( Ali Imran:ayat 8 )