Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Islam telah mengharamkan semua unsur perjudian sama ada melalui permainan, hiburan dan sebagainya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya mengharamkan judi dan menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan ia adalah perbuatan syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar.
Judi adalah salah satu perbuatan yang boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah masyarakat. Ia juga mencacatkan hubungan dengan Tuhan. Mereka yang melakukannya (melanggar larangan Allah) tidak akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.
Judi disebut dalam bahasa Arab sebagai al-maisir. Al-Maisir merupakan suatu bentuk permainan yang memakai atau menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapatkan taruhan tersebut. (Kamus Dewan: 545)
Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.(Surah Al-Baqarah: 219)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al-Ma’idah: 90)
Dan firmanNya yang lain:
Tafsirnya:
“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.
(Surah Al-Ma’idah: 91)
Ketiga-tiga ayat di atas menyebutkan beberapa kebiasaan buruk yang berkembang pada masa jahiliyah iaitu khamar (arak), al-maisir (judi), ansab (berkorban untuk berhala), dan azlam (mengundi nasib dengan menggunakan panah). Berdasarkan ayat-ayat di atas juga Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjelaskan bahawa khamar dan al-maisir mengandungi dosa besar dan juga mempunyai beberapa manfaat, tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. Dosa daripada al-maisir itu menggambarkan akibat-akibat buruk yang timbul daripadanya.
Di antara dosa dan risiko yang ditimbulkan oleh al-maisir telah dijelaskan dalam surah Al-Ma’idah di atas bahawa al-maisir adalah perbuatan syaitan yang wajib dijauhi oleh orang-orang yang beriman. Di samping itu, al-maisir juga dipergunakan oleh syaitan sebagai alat untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia, serta menghalang pelakunya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan menunaikan sembahyang.
Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas juga, ulama fiqh sependapat untuk menetapkan hukum al-maisir itu salah satu dosa besar.
Jumhur ulama daripada empat mazhab berpendapat bahawa unsur penting dari al-maisir itu adalah “taruhan”. Dalam pandangan mereka, adanya taruhan ini merupakan ‘illat (sebab) bagi haramnya al-maisir tersebut. Oleh yang demikian, setiap permainan yang mengandungi unsur taruhan adalah al-maisir dan hukum melakukannya adalah haram.
(Ensiklopedia Hukum Islam: 3/1054)
Hikmat Di Sebalik Pengharaman Judi
Hikmat Di Sebalik Pengharaman Judi
Ayat yang telah disebutkan sebelum ini ada menyatakan bahawa judi atau al-maisir itu mengandungi dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya. Manfaat yang dimaksudkan oleh Al-Qur‘an khususnya mengenai al-maisir adalah manfaat yang hanya dinikmati oleh pihak yang menang. Umpamanya dalam bentuk permainan al-mukhatharah di zaman jahiliyyah, dua orang laki-laki atau lebih, menjadikan harta dan isteri mereka masing-masing sebagai taruhan dalam permainan tersebut. Orang yang menang dalam permainan itu berhak mengambil harta dan isteri daripada pihak yang kalah. Ini bermakna harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang itu boleh diperlakukan mengikut kehendak hawa nafsunya, sama ada dengan mengahwininya atau dijadikan sebagai hamba atau gundik.
Begitu juga dengan permainan at-tajzi’ah, yang biasanya melibatkan sepuluh orang lelaki sebagai pemain. Jika hendak dibandingkan dengan permainan yang ada masa kini ia adalah sama seperti permainan daun terup. Permainan tersebut menggunakan potongan-potongan kayu yang dipanggil al-azlam atau al-aqlam sebanyak sepuluh batang. Setiap potongan itu akan diberi jumlah markah atau bahagian. Tiga daripadanya berjumlah kosong markah, dan tujuh potongan yang selebihnya itu mempunyai jumlah markah tertentu, dari satu markah hinggalah yang ketujuh markah. Jumlah keseluruhan daripada sepuluh potongan kayu itu mempunyai 28 markah. Sebagai taruhannya ialah seekor unta yang dipotong menjadi 28 bahagian sesuai dengan jumlah markah tersebut.
Kesemua potongan kayu itu dimasukkan ke dalam karung/peti lalu digoncang oleh seseorang yang dipercayai dan mengeluarkannya satu persatu kepada peserta. Maka peserta yang mendapat potongan yang tiada markah diiktiraf kalah dan tidak menerima bahagian daging unta, malahan dikehendaki membayar harga unta tersebut. Manakala peserta yang lain pula mengambil bahagian daging unta tersebut mengikut jumlah markah yang diperolehinya, lalu membahagikan kesemua daging itu kepada orang miskin. Mereka yang menang saling membanggakan diri dan mengejek-ejek peserta yang kalah hingga melibatkan kabilah masing-masing. Tindakan mereka itu selalunya berakhir dengan perselisihan dan perkelahian yang membawa kepada pembunuhan dan peperangan.
(Al-Qurtubi: 3/58)
Sebab itu, Islam dengan tegas melarang perbuatan judi itu kerana menghalang manusia daripada permusuhan dan berbenci-bencian sesama sendiri. Perbuatan judi itu juga menghalang manusia daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Daripada penjelasan-penjelasan di atas dapat difahami bahawa antara keburukan dan kemudharatan perbuatan judi itu ialah mendorong dan menjadikan seseorang itu bersifat malas iaitu dengan hanya menanti kelebihan atau rezeki yang datang daripada hasil perjudian. Ia juga melalaikan, membuang masa dan mendorong seseorang meninggal dan mengabaikan kerja-kerja berkebajikan seperti berniaga, bertani dan sebagainya. Perbuatan judi itu juga boleh menjadikan seseorang itu miskin dan papa sehingga harta benda seperti rumah, tanah, barang kemas, isteri, anak-anak, wang simpanan tergadai dan yang lebih mendukacitakan ialah hilang maruah isteri dan anak perempuan yang menjadi penampal hutang-hutang mereka...

PERMAINAN-PERMAINAN DALAM FUN FAIR
Fun fair berasal daripada perkataan Inggeris dan menurut Kamus Dewan funfair adalah pesta ria.
Sebagaimana biasanya funfair dibuat di suatu lokasi atau tempat untuk bersuka ria. Selain daripada menyediakan gerai jualan barang-barang, ada juga disediakan pelbagai jenis hiburan dan permainan yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa seperti rantai emas, jam dan sebagainya. Ia disediakan mengikut syarat-syarat yang telah diaturkan.
Kebiasaannya, di antara permainan-permainan yang disediakan termasuklah membaling gelang besi ke sasarannya. Untuk menyertai permainan ini, pelanggan terlebih dahulu dikehendaki membeli gelang besi tersebut. Cara permainannya, gelang akan dibaling ke sasarannya, jika masuk pada sasarannya, maka si penjual akan memberikan hadiah. Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah berupa anak patung atau lain-lain. Manakala pelanggan yang tiada satupun daripada gelang besi yang dibeli itu menepati sasarannya maka tiadalah hadiah yang diberikan.
Antara jenis permainan yang diadakan lagi ialah seperti memancing kepingan papan di atas air. Kepingan papan berkenaan diukir menjadi berbagai bentuk. Di belakang kepingan papan tersebut tertulis jumlah markah seperti 100, 200 atau kosong. Sebelum itu pelanggan diberitahu agar memancing ukiran papan itu sebanyak mungkin untuk mengumpul jumlah markah daripada ukiran papan tersebut. Biasanya pelanggan akan dikenakan bayaran bagi setiap ukiran papan yang dipancingnya. Sesudah pelanggan memancing ukiran papan tersebut dan membayar setiap satu ukiran yang diperolehi baharulah penjual itu menjumlahkan markah yang diperolehi pelanggan, kemudian memberi hadiah yang ditentukan mengikut kadar jumlah markah tersebut. Jika markah pelanggan itu tinggi, maka mahal dan istimewalah hadiah yang diberikan.Tetapi jika tidak mencapai pada markah yang sudah ditentukan itu maka tiadalah hadiah yang diberikan kepadanya. Cara permainan ini adalah sama dengan permainan di zaman Jahiliyyah iaitu at-tazji‘ah.
Ada juga permainan dengan cara memasukkan duit syiling di dalam bekas yang dipenuhi dengan duit syiling yang lain. Apabila duit yang dimasukkan itu terkena pada sesuatu tempat yang menyebabkan terjatuhnya sebilangan kumpulan duit, maka berjayalah pelanggan itu untuk mendapatkan duit syiling yang banyak dari bekas tersebut.
Begitulah di antara jenis dan corak permainan yang terdapat di dalam funfair tersebut mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan permainan-permainan yang lebih menarik dan canggih telah direka tanpa menyusahkan si pemain, hanya dengan membeli kupon akan diketahui sama ada dia menjadi pemenang atau sebaliknya setelah diadakah undian. Permainan seperti ini dinamakan al-yanasib (judi loteri). Walaupun tidak menimbulkan permusuhan dan tidak menghalang pelakunya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala, akan tetapi perlaksanaan undian loteri itu mempunyai akibat-akibat buruk seperti juga pada jenis judi yang lain. Akibat-akibat buruk yang dimaksudkan ialah kenyataannya ia merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah. Cara-cara seperti ini diharamkan oleh syara‘. (Ensiklopedia Hukum Islam: 3/1055)
Berdasarkan kepada contoh-contoh permainan yang disebutkan di atas, adalah jelas ia merupakan permainan-permainan yang mempunyai unsur pertaruhan dan mengadu nasib.
Jika dibandingkan dengan pengertian judi dan unsur-unsur yang ada pada judi sepertimana yang disebutkan sebelum ini, maka permainan-permainan seperti di atas adalah termasuk dalam kategori judi kerana ia mempunyai unsur-unsur yang sama.
Dari itu, hendaklah diingat bahawa mana-mana permainan yang mempunyai unsur pertaruhan, mengadu nasib atau salah satu pihak akan kerugian adalah judi.

Walau bagaimanapun tidak semua yang berbentuk permainan atau perlumbaan itu termasuk dalam kategori judi, seperti seseorang yang berkata kepada teman-temannya yang diajak bertanding dalam suatu perlumbaan: “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Sebaliknya jika kamu kalah tidak ada kewajipan apa pun atas kamu untuk saya”. Kriteria seumpama ini telah disebut dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abdullah Bin Haris bahawa Rukanah, salah seorang kafir Quraisy, pernah mengajak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengikuti permainan beradu tenaga seperti gusti. Dia menawarkan beberapa ekor kambing jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menang. Dalam perlawanan itu, ternyata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menang.
(Bazlul Majhud: 16/402)
Sayugia diingatkan bahawa permainan-permainan seumpama itu, sebenarnya sangat melalaikan bahkan tanpa disedari membawa kepada pembaziran wang.
Maka, jelas bahawa yang haram itu wajib dijauhi dalam segala hal dan keadaan, wajib memelihara diri daripadanya dengan apa jua sekalipun. Maka dalam keghairahan mencari harta dengan jalan berniaga atau lain-lain sumber pencarian, adalah wajib kita berhati-hati daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak sah dalam jual beli, apa lagi jika ia membawa kepada yang haram.
Sumber : Mufti Brunei

Tiada ulasan:
Catat Ulasan