Hadirin jumaat rahimakumullah,
Dalam kesempatan yang berbahagia ini, saya berwasiat terutama kepada diri saya sendiri dan juga kepada para jemaah sekalian, agar sentiasa meningkatkan rasa takwa kita kepada Allah SWT, dengan melaksanakan sebenar-benarnya segala perintahNya, dan menjauhi sejauhnya segala laranganNya, agar bila suatu saat nanti menghadap Allah dalam keadaan mukmin dan muslim.
Selain itu, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita sekalian, sehingga pada detik ini dapat menunaikan kewajipan yang mulia, iaitu solat Jumaat dalam keadaan sihat walafiat, Alhmdulillah.
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Pada hari ini, mimbar ingin menyeru para jemaah sekalian untuk bersama-sama merenungkan khutbah dibawah tajuk yang indah, ‘akhirat diutamakan, dunia tidak dilupakan’..sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas, Ayat 77,
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS Al-Qashash, 28:77)
Dalam ayat ini jelas Allah meletakkan keutamaan akhirat yang utama, namun tidak melupakan bahagian di dunia. Namun apa yang terjadi pada hari ini, dunia diutamakan, akhirat dilupakan, seruan azan 5 kali sehari kekadang diabaikan, projek-projek, kontrak-kontrak, bisnes-bisnes dan kerja-kerja lain lebih diutamakan. Harta-harta ditumpukkan sehingga ‘rumah dan pejabat sentiasa dibaiki, namun keimanan berterusan dirobohkan’, pakaian juga sentias diperbaiki, namun keimanan sentiasa dikoyakkan’.
Namun bukan kita menolak dunia, umat islam memang harus bangkit pada hari ini, samada dari bidang ekonomi, teknologi, pendidikan, dan sebagainya, kerana kita harus jadikan dunia di tangan kita, tapi jangan jadikannya di hati kita, kosongkan hati kita dari dunia, tapi jangan kosongkan di tangan kita’. Umat islam harus bersungguh-sungguh dalam mencari nafkah yang halal. Harus berusaha menjadi yang terbaik. Namun apa yang pasti, dalam kita menelusuri perjalanan dunia yang jauh ini, kematian tidak akan menunggu kita sampai ke destinasi, akhirat sentiasa menanti kedatangan kita, kerana kita harus sedar, dunia hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-mu’min, ayat ke 39
“Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS Al-Mu’min, 40:39)
Bayangkan jika umur kita di dunia mampu sampai 60 tahun, jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi, pasti dunia seperti tiada nilainya. Tidak penting berapa lama kita hidup, yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup’. Berapa ramai kita melihat manusia pada hari ini yang telah tenggelam dengan permainan dunia, anak-anak muda kita berapa ramai yang telah hancur kehidupannya dengan perzinaan, video lucah, merempit, vandalisme, judi bola, dadah, narkoba, ganja dan sebagainya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW
Namun keseronokan menenggelamkan hukum. Semua dengan alasan muda hanya sekali, enjoy la dulu, taubat kemudian, lagu wali band sering didengar, tapi mungkin tidak difahami liriknya. Sedarlah firman Allah dalam surah Al-Hadid, ayat ke 20
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid, 57:20)
Jemaah jumaat yang dikasihi sekalian,
Waktu sangat berharga, janganlah kita habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga, hidup yang berguna adalah yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai, yang menyediakan payung sebelum datangnya hujan, yang menyediakan bekalan akhirat sebelum sampai waktu ajalnya. Kita tahu bahawa setiap yang bernyawa akan mati, namun mengapa kita tidak yakin bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa tanpa mampu diawal atau ditunda barang sesaat. Seperti firman Allah yang tidak mampu kita nafikan dalam surah yunus atyat 49
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).” (QS Yunus, 10:49)
Serta tidak kira dimana kita berada,
“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh” (QS An-Nisa;, 4:78)
Bayangkan jika kita mati dalam keadaan berdosa, bayangkan jika kita mati dalam keadaan belum bertaubat, bagaimana malam pertama kita di alam kubur, adakah kita sedia untuknya. Mungkin kita pernah melihat mayat diusung ke kuburan, mayat dimasukkan ke liang lahad, namun pernahkah kita sedar kita bakal menyusuli mereka. Manusia akan mati tidak kira umur, kanak-kanak, remaja, mahasiswa,orang tua, samseng, businessman, doktor, polis, semuanya tidak kira dalam peringkat umur manapun, ajal di tangan Yang Maha Mematikan, yakinlah kita akan janjiNya. Cukuplah dosa dan maksiat yang kita lakukan, tambahlah ibadat dan amal sebelum terlambat, bertaubatlah sepenuhnya sebelum nyawa di kerongkongan, sebelum malaikat maut datang menjemput kita. Ingatlah firman Allah
“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS Al-Imran, 3:135)
Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Janganlah kita jadikan sikap bertangguh dalam bertaubat menjadi amalan kehidupan kita. Fikirkalah dosa dan pahala, lalu laksanakanlah yang berpahala, tingglkan yang berdosa. Bila ditanya bila waktu untuk bertaubat, jawapannya adalah sekarang!!..ya sekarang..selagi nyawa belum di teronggokan, seperti sabda Rasulullah SAW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan