Sahabat Ilmu

Isnin, 9 Julai 2012

Berpuasa Selepas Pertengahan Bulan Syaaban

"Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban maka hendaklah berhenti berpuasa sehingga masuknya bulan Ramadhan."
(Riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi)

1. Hadis ini menerangkan tentang haram bagi kita berpuasa apabila masuk separuh kedua bulan Syaaban. Kiraannya adalah bermula daripada 16 Syaaban hinggalah 29 atau 30 Syaaban.

2. Haram di sini adalah untuk puasa sunat bukan puasa qadha atau puasa nazar atau kifarat.

3. Tidak haram juga untuk orang yang berpuasa sunat yang sudah memulai puasa sunatnya sejak sebelum masuk separuh bulan Syaaban, contoh memulai pada 1 syaaban atau 6 Syaaban atau pada 15 Syaaban dan ingin meneruskan puasanya bila masuk 16 Syaaban di bolehkan.

4. Tidak haram bagi orang yang kebiasaan baginya berpuasa sunat Isnin dan Khamis, maka dia boleh teruskan puasa sunatnya itu pada hari Isnin dan Khamis dalam bulan Syaaban.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz.

Katakan seseorg tu selepas 15 saaban baru timbul keinginan yg berkobar2 utk buat puasa sunat, setelah rajin dampingi majlis ilmu.

Selama ni mmg dia tak pernah buat, peluang terdekat baginya ialah beberapa hari sebelum Ramadhan.
Dia teringin sangat, wlu 1,2 hari, mudah2an dgn puasa sunat yg first time dlm hidupnya nak mula buat tu, membuka ruang kepada puasa Ramadhan yg lebih bermakna banding tahun2 lepas (kata nye le)

Mohon pencerahan ye ustaz.