Sahabat Ilmu

Rabu, 11 November 2009

TANYALAH USTAZ??

Adakah orang kafir diharamkan memasuki masjid?

JAWAPAN PERTAMA:

Berikut adalah hukum orang bukan Islam memasuki masjid (Pandangan 4 Mazhab):

Wujud perbezaan pendapat antara Ulama-Ulama 4 Mazhab dlm hal ini:

1. HARUS orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid termasuk masjid al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dari mazhab Hanafi. Antara hujah mereka ialah, Nabi S.A.W. pernah membiarkan perwakilan daripada bani Thaqif (ثقيف) memasuki masjid baginda, sedangkan mereka itu orang-orang yang bukan Islam. Ulama dari golongan yang pertama ini memahami firman Allah S.W.T.:

يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, maka janganlah mereka menghampiri masjid al-Haram sesudah tahun ini...” (al-Taubah: 28)

Ayat ini difahami oleh ulama golongan pertama ini sebagai larangan daripada masuknya orang-orang musyrik dan menguasai masjid al-Haram, bertakabbur dan bertawaf di dalamnya dalam keadaan berbogel sepertimana kebiasaan mereka ketika jahiliyyah.

2. HARUS orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan Masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyab berkata:

قد كان أبو سفيان يدخل مسجد المدينة وهو على شركه، وقدم عمير بن وهب فدخل المسجد والنبي صلى الله عليه وسلم فيه ليفتك به فرزقه الله الإسلام

Maksudnya: “Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah)

3. Tidak boleh (HARAM) orang-orang yang bukan Islam memasuki masjid. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Ahmad di dalam salah satu riwayat daripadanya. Antara hujah golongan ini ialah, mereka berpendapat jika orang yang berhadath, berjunub dan wanita yang haid dilarang dari menetap di dalam masjid, maka orang-orang musyrik yang sememangnya berhadath itu lebih utama untuk dilarang.

4. Orang yang bukan islam TIDAK BOLEH memasuki masjid melainkan jika ada keperluan. Ini adalah pandangan ulama-ulama mazhab Maliki.

JAWAPAN KEDUA:

Terdapat larangan khas bagi orang kafir dilarang memasuki Masjid al-Haram, sebagaimana firman Allah swt dlm surah at-taubah:

يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا
“Wahai orang2 yg beriman! Sesungguhnya orang2 musyrik itu adalah najis. Jgnlah kamu biarkan mereka menghampiri masjidil haram selepas tahun ini.” (Surah At-Taubah ayat 28)

Oleh itu adalah haram utk umat islam membenarkan mana2 orang kafir memasuki Masjidil Haram dan tanah haram di sekelilingnya.

Ibn Kathir rh. menjelaskan bahawa ayat diatas turun pada tahun ke 9 Hijrah. Rasulullah telah menghantar Ali ra. yang ditemani oleh Abu Bakr ra. untuk mengumumkan bahawa setelah tahun tersebut orang Musyrik tidak dibenarkan untuk menunaikan Haji di Masjid al-Haram, atau orang 'berbogel' tidak dibenar tawaf mengelilingi Ka'bah. [Tafsir Ibn Kathir].

Bagi masjid lain (yang selain dari Masjid al-Haram), tidak ada larangan non-muslim memasuki masjid. Jika wujud keperluan, misalnya untuk mereka mendengar ceramah, menggunakan tandas, atau apa-apa alasan yang dibenarkan syara', tidak mengapa untuk mereka memasuki masjid.

Sesetengah fuqaha berkata adalah diharuskan (org kafir memasuki masjid) kerana tidak ada petunjuk yg jelas yg mengatakan ia tidak dibenarkan. Dan selainnya tidak diharuskan kerana mengqiyaskan masjidil haram.

Pendapat yg benar ialah ia diharuskan sekiranya ia memenuhi kehendak syariah atau terdesak spt seseorang yg mendengar sesuatu yg menyebabkan ia tertarik utk memasuki islam, atau dia terdesak utk meminum air di dlm masjid atau sebagainya. Ini kerana baginda S.A.W mengikat Thamaamah ibn Athal al-hanafi dimasjid sblm dia menjadi islam dan delegasi Thaqeef dan Nasrani dari Najraan tinggal di Masjid sblm mereka menjadi muslim. DI sana terdapat banyak faedah melakukan begini kerana mereka dpt mendengar ucapan dan khutbah rasulullah S.A.W, melihat orang lain bersolat dan membaca alquran dan lain2 faedah yg mereka dapat ketika melawat masjid.(Fatwa Al-Lajnah Daimah 6/276)

Imam Rafi’i dan An-Nawawi berpendapat bahawa diharuskan bagi orang kafir untuk masuk masjid selain Masjidil Haram dengan ada izin dari orang-orang Islam. Jika tidak diizinkan maka orang kafir tersebut tidak diperbolehkan memasukinya. Jika ia berkeras untuk masuk, maka orang kafir tersebut harus diberi hukuman ta’zir kecuali jika orang kafir tersebut belum memahami hukumnya. (I’laamul Masajid Bi Ahkamil Masajid Lizarkasyi 318-320)

Disebut dalam Fatawa Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz:
HARUS orang yang bukan muslim masuk ke dalam masjid untuk tujuan yang dibenarkan syara’ atau untuk melakukan perkara-perkara harus yang lain seperti mendengar tazkirah atau untuk meminum air dan seumpamanya. Ini kerana Nabi S.A.W. pernah membiarkan beberapa perwakilan orang yang bukan muslim memasuki masjid baginda dan melihat umat Islam menunaikan solat, mendengar bacaan al-Quran dan khutbah Baginda S.A.W. demikian juga untuk menyeru mereka kepada Allah dengan lebih dekat. Baginda juga penah mengikat seorang kafir di dalam masjid iaitulah Thamamah bin Athal al-Hanafi (ثمامة بن أثال الحنفي), seorang tawanan perang, lalu Allah memberi hidayah kepada beliau dengan beliau memeluk Islam. (Sila lihat Majmu’ Fatawa wa Maqalaat Mutanawwi’ah oleh al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz R.H. jld 8, m.s. 356)

Kesimpulannya, tiada dalil yang melarang, maka hukumnya harus. Banyak kelebihan kepada dakwah jika mereka datang ke masjid, dapat menyaksikan bagaimana orang Islam melakukan ibadat dan mendengar khutbah/ceramah dsb. Ulama' menjelaskan bahawa pelawat2 ke masjid ini hendaklah ditemani oleh orang Islam, dan hendaklah mereka berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dikenakan di Masjid2 di Malaysia.

Ringkasannya: Diharuskan orang kafir memasuki masjid dgn syarat2 berikut

  1. Mendapat kebenaran dari umat islam
  2. Kedatangan mereka tidak menyebabkan kekotoran kepada suasana masjid atau mengganggu suasana ibadah dan ketenteraman
  3. Berpakaian sopan / menutup aurat

Diharapkan drp artikel di atas kita sama-sama mendapat manfaat dan dapat disebar luaskan dalam memperbaiki ibadah kita kepada Allah..Jangan pula sibuk nak bergaduh dalam hal yang telah pun dibincangkan oleh ulama' muktabar.. Raikanlah semua pendapat dengan harmoni dan ikhlas.

WALLAHUA'LAM

Tiada ulasan: