Kita mungkin pernah melihat lakonan P.Ramlee dalam filem bertajuk 3 Abdul dengan pengajaran yang banyak dalam lakonan tersebut. Salah satu babak yang kita ingat ialah tentang pembahagian harta dan peninggalan wasiat yang menjadi rebutan. Dengan harta yang banyak juga menjadikan hubungan kekeluargaan boleh rapuh dan musnah.
Berbalik kepada Islam, nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang antara maksudnya,
”Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu tidak meninggalkannya iaitu A-Quran dan Sunnahku”.
Nabi s.a.w insan terbaik yang menjadi ikutan kita, yang kita sayangi dan rindui, nabi tidak tinggalkan kita harta berbukit-bukit. Nabi cuma berpesan kepada kita untuk berpegang kepada Al-Quran dan sunnahnya. Oleh itu, setiap orang Islam patut merasakan wasiat ini wasiat yang berharga dan tidak ternilai. Sepatutnya kita dapat merasai harta ini tidak kira kita sebagai pelajar, guru, doktor, peguam, bapa, anak dan sebagainya. Mari kita tanya diri kita semula, adakah hari ini kita telah membaca Quran? Adakah kita menangis membacanya? Berapa kali kita baca Quran dalam sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?
Bagaimana dengan generasi kita dan selepas kita? Adakah mereka boleh membaca Al-Quran? Oleh itu, kita kena mulakan. Bacalah Quran. Jangan biarkan sehari tanpa membaca Al-Quran. Selepas solat Subuh 1 lembar, lepas Asar 1 lembar, sebelum tidur 1 lembar, mudah2an untuk permulaan ini kita tidak lalai daripada membaca Quran. Perkara ini kita boleh lakukan untuk mendidik anak2 nanti.
Belajarlah ilmu al-Quran, insyaAllah, Allah akan mudahkan orang2 yang belajar kerana Allah.
Ahad, 8 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan