Sahabat Ilmu

Rabu, 18 November 2009

GEJALA RIDDAH MODEN

RIDDAH MODEN - GEJALA MURTAD ZAMAN INI

Berlaku gejala riddah moden yang begitu berleluasa dalam negara umat Islam sejak tumbangnya sistem pemerintahan Islam / Khilafah Islamiyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924M. Sebagaimana yang diketahui umum, antara perkara yang membatalkan syahadah ialah beriktiqad bahawa hukum-hakam atau syariat dan ideologi ciptaan manusia lebih baik daripada hukum-hakam atau syariat atau ideologi yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. (Monograf Andalus II Tanta m/s 45)

Sekarang ini, kebanyakan masyarakat Islam terdedah kepada riddah moden. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan terlaksananya undang-undang ciptaan manusia tanpa menghiraukan undang-undang Allah s.w.t. Mereka juga berani mendabik dada mengatakan bahawa undang-undang mereka terbaik dan adil, manakala undang-undang Allah swt sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Dengan kata lain, mereka telah merampas tugas kehakiman/pengadilan Allah dan meletakkan wala' kepada makhluk Allah swt dan bara' daripada Allah swt dan Rasulullah saw.

Perkara ini jelas sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah ayat 44:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir".

Di dalam Kitab al-Islam Wa Audha'una al-Qanuniyyah, Ustaz Abdul Qodir 'Audah ada menyatakan:

"Sesiapa yang menolak hukum Allah swt atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarrah akan keIslaman di dalam hati mereka, walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim".

(Ibnu Muslim:Beliau adalah Al Qâdhi Asy-Syahîd Abdul Qâdir Audah, seorang hakim, fakih, mujahid dan da’i. Ustadz Audah dilahirkan pada tahun 1906 M, bertepatan dengan 1324 H)


Di dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Kathir ada menyatakan:

"Sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah saw dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah swt. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat dalam kitab Ilyasa'? Mereka juga kufur kepada Allah swt secara ijma'".

Di dalam Kitab Fi Zhilalil Quran, Sayyid Qutb ada menyatakan:

"Sesiapapun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah swt. Sesiapa yang cuba melakukan perkara sedemikian, maka ia telah mencabar ketuhanan atau uluhiyyah Allah swt yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah swt tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah swt dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma'lum minaddin biddhorurah".

Di dalam Kitab an-Nizham as-Siyasi Fil Islam, Dr. Muhammad Abdul Qodir Abu Faris menyatakan:
"Wajib keatas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah swt dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah swt adalah kafir manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redha, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar".

(Ibnu Muslim:Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan)

Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi menyatakan:

"Diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan ialah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah swt dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah swt , mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat daripada itu, mereka ini bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam".

Di catat oleh Ustaz Muhamad Naim Bin Hashim

( 1 Zulhijjah 1430H/18 November 2009; 4.00ptg)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”
Rujukan: Buku bertajuk "GERAKAN FREEMASONRY, ORIENTALISME & KRISTIANISASI MUSUH DALAM MENGHANCURKAN ISLAM" - ditulis oleh Hj. Nik Azran bin Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi bin Hj. Isa. m/s 191-193)

Tiada ulasan: