Sahabat Ilmu

Jumaat, 6 November 2009

SOAL JAWAB SOLAT

1. Apakah hukum solat di dalam gereja?

= Sebahagian ulama seperti Sya’bi, A’to dan Ibnu sirrin mengharuskan solat di dalam gereja. Abu Musa al-Asyari pernah solat di dalam masjid. Ulama mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi berpendat ia adalah makruh.

2. Apakah hukum Menyinsing lengan baju ketika solat?

= Disebut dalam kitab Feqhul Mazahibil Arbaah dinyatakan bahawa makruh menyingsing lengan menurut mazhab yg Empat (Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali). Cuma Mazhab Maliki berpendapat:

“Sesungguhnya makruh sekiranya menyingsing lengan baju kerana nak solat. Adapun sekiranya lengan baju sudah disingsing sebelum solat lagi kerana sebab yang lain dan bersolat dgn meneruskan keadaan demikian atau meyingsing ketika dalam solat hukumnya tidak makruh”

Dalilnya Hadis Nabi s.a.w:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota, tidak melipat baju dan tidak memintal rambut.” (Hr Bukhari dan Muslim)

3. Adakah betul makruh membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku’ adalah makruh?

= Daripada Ibnu Abbas r.a beliau telah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

Maksudnya: “ Ketahuilah sesungguhnya aku ditegah untuk membaca al-Quran ketika ruku’ dan sujud.” (Hr Muslim)

Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca ayat Quran waktu sujud dan ruku’ kepada dua pendapat:

Imam Syaukani berkata:“Tegahan ini menunjukkan pengharaman membaca ayat Quran ketika sujud dan ruku’.”

Imam Nawawi telah berkata:“Dimakruhkan membaca al-Quran dalam ruku’ dan sujud. Tidak batal solat sekiranya membaca al-Quran samada al-Fatihah atau bukan.”

Setengah ulama Syafie mengatakan batal solat jika dibaca al-Fatihah dalam ruku’ dan sujud.

Adaptasi dr Fatwa Syeikh Atiah Saqor

Rujukan: Ahsanul kalam oleh syeikh Atiah saqar dan Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaili

Tiada ulasan: